omniture

Sinopec Keluarkan Laporan Tawarkan Tinjauan Pembangunan Tenaga, Hidrogen dan Kimia China

SINOPEC
2024-05-30 16:09 13

RIYADH, Arab Saudi, 30 Mei 2024 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") mengumumkan laporan yang memberi penerangan tentang masa depan sektor petrokimia China, berserta usaha penyahkarbonan syarikat-syarikat Cina tatkala mereka terus mendesak peralihan hijau, rendah karbon, di sidang akhbar di Riyadh, Arab Saudi, pada 29 Mei. Persidangan ini mempunyai jumlah hadirin seramai lebih 70 orang, membawakan ucapan penting oleh Xie Qinsheng, Menteri Penasihat Hal Ehwal Ekonomi dan Komersial, Kedutaan Republik Rakyat China di Kerajaan Arab Saudi. Peserta-peserta yang dihormati termasuk wakil-wakil daripada Kementerian Tenaga Saudi, Saudi Aramco, King Abdullah Petroleum Studies and Research Center, King Fahd University of Petroleum and Minerals dan pelbagai agensi berita tempatan.

Sinopec Releases Reports Offering Outlooks of China’s Energy, Hydrogen and Chemical Development.
Sinopec Releases Reports Offering Outlooks of China’s Energy, Hydrogen and Chemical Development.

Tiga laporan utama, iaitu "Tinjauan Tenaga China 2060 (Edisi 2024)", "Tinjauan Industri Tenaga Hidrogen China" dan "Laporan Pembangunan Industri Tenaga dan Kimia China 2024", telahpun dibentangkan di sidang akhbar dengan tema Peralihan Hijau, Pembangunan Berprofil-tinggi, Masa Depan Inovatif, diikuti dengan laporan ucaptama yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Center for Research and Intercommunication Knowledge (CRIK) Arab Saudi dan Wood Mackenzie Ltd. bagi memperkenalkan prospek pembangunan industri tenaga dan kimia Arab Saudi serta mengetengahkan hasil penyelidikan terhadap peralihan tenaga global.

Tinjauan Tenaga China 2060 (Edisi 2024) menunjukkan trend menurun bagi penggunaan tenaga dan emisi karbon di China, didorong oleh inisiatif hijau dan rendah karbon negara, dengan ramalan pecahan seperti di bawah:

  • Tinjauan meramalkan bahawa penggunaan arang batu China, yang mengukuhkan sekuriti tenaga negara, akan berhenti berkembang sekitar tahun 2025.
  • Permintaan minyak akan mencapai kemuncak sebelum tahun 2027.
  • Penggunaan gas asli semakin meningkat dan diunjurkan mencapai puncaknya menjelang tahun 2040.
  • Tenaga bukan fosil diunjurkan akan mendominasi bekalan tenaga China keseluruhan menjelang kira-kira tahun 2045.

Laporan Tinjauan Industri Tenaga Hidrogen China meramalkan bahawa menjelang tahun 2060, penggunaan tenaga hidrogen China akan menghampiri 86 juta tan, mewujudkan sebuah industri yang bernilai 4.6 trilion RMB. Bahan api bukan fosil sebagai sumber tenaga yang digunakan untuk membuat hidrogen akan melonjak kepada 93% pada masa itu, dengan tenaga solar dan angin menyumbang sebanyak dua pertiga daripada pengeluaran.

Laporan Pembangunan Industri Tenaga dan Kimia China 2024 menekankan keperluan untuk mengutamakan pemuliharaan, intensifikasi dan kitar semula sumber yang berkecekapan tinggi pada tahun 2024 daripada industri petrokimia dan dalam masa yang sama terus mara ke arah mencapai puncak karbon dan keneutralan karbon, mempercepatkan peningkatan kecekapan tenaga dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga boleh baharu. Harga minyak antarabangsa akan mengekalkan paras sederhana hingga tinggi, namun kemungkinan berlakunya peristiwa global yang besar mungkin mendatarkan pasaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai laporan, sila kunjungi http://www.sinopecgroup.com/group/en/.

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Alternative Energies Chemical Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Survey, Polls & Research