omniture

Pemuda Rakyat Malaysia 28 tahun Pandu Pulang Kereta Pertama Di Peraduan Hari Raya Beli & Menang Lactel

Lactalis Malaysia
2024-05-30 18:52 10

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Bagi Muhammad Najmi Adha bin Hj Nasir, beliau membuat pilihan secara waras  pada Ramadan dan Hari Raya tahun ini untuk mengutamakan kesihatan dan kebahagiaan keluarganya. Dengan membeli Lactel untuk rakan dan keluarganya ketika melawat kampung halamannya, lelaki berusia 28 tahun telah membawa pulang hadiah utama, sebuah Perodua Bezza baharu yang berkilat.

(Dari kiri ke kanan) Paul Cazes, Pengurus Besar Lactalis Malaysia bersama Pemenang Hadiah Utama, Muhammad Najmi Adha bin Hj Nasir bergambar dengan kereta pertamanya, Perodua Bezza serba baharu
(Dari kiri ke kanan) Paul Cazes, Pengurus Besar Lactalis Malaysia bersama Pemenang Hadiah Utama, Muhammad Najmi Adha bin Hj Nasir bergambar dengan kereta pertamanya, Perodua Bezza serba baharu

"Hadiah ini merupakan kereta pertama saya, dan kemenangan ini telah mengubah kehidupan saya. Saya kini lebih bermotivasi untuk mendapatkan lesen memandu agar dapat membawa ibu bapa saya yang semakin tua dan menjaga keperluan keluarga," kata pemenang hadiah utama tersebut.

Peraduan Kebaikan & Kebahagian Berbuka Bersama Lactel, yang dianjurkan dari 1 Mac hingga 30 April, menerima penyertaan yang memberangsangkan daripada pengguna Lactel sepanjang tempoh kempen.

"Di Lactalis, kami mengutamakan keperluan khasiat harian, terutamanya pada bulan Ramadan, yang merupakan tempoh yang penting bagi umat Islam di Malaysia . Minuman yogurt Bliss kami, yang sejuk dan menyegarkan, amat bermanfaat pada bulan ramadhan dan musim panas . Diperbuat dengan yogurt dan adunan jus buah-buahan sebenar dan kultur hidup, yogurt Bliss menyokong penghadaman untuk waktu sahur dan berbuka puasa. Selain itu, Yogurt Set Asli Lactel, tidak mengandungi gula tambahan dan rendah lemak. Lactel Yogurt Set Asli juga menjadi pilihan popular pada bulan Ramadan dan Hari Raya, menawarkan alternatif yang lebih sihat dari penggunaan  santan dan mempertingkatkan perapan daging untuk hasil yang lembut, terutamanya dalam masakan rendang dan kari," jelas Paul Cazes, Pengurus Besar Lactalis Malaysia.

"Lactel Malaysia kekal berdedikasi untuk menyampaikan produk tenusu berkualiti tinggi, bernutrisi dan berkhasiat dalam penggunaan harian, kesemua produk Lactel adalah produk dikilangkan di Petaling Jaya. Mengutamakan rasa dan kesihatan, jenama Lactel komited untuk menghasilkan yogurt dan minuman yogurt yang berkualiti untuk setiap isi rumah di Malaysia, termasuk kanak-kanak, melalui inovasi berterusan dengan ramuan berkualiti dan formula produk yang ringkas. Lactel menawarkan rangkaian yang luas  dan pelbagai perisa dalam produk tenusu,menyokong dan menjaga kesihatan usus kesejahteraan setiap pengguna," tambah beliau.

Peraduan itu telah menghimpunkan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat dalam semangat kegembiraan dan kebersamaan dengan menjemput mereka untuk membeli produk Lactel bernilai RM15 dalam satu resit untuk berpeluang memenangi Perodua Bezza 1.3G TV Sharp  42-inci, dan Pembersih hampagas Slim Fluffy Dyson V8. Antara hadiah mingguan lain termasuk La Gourmet Vintage Tiffin dan kredit e-Wallet Touch n' Go.

Untuk maklumat selanjutnya dan kemas kini mengenai Lactel Malaysia, sila layari  https://lactel.com.my atau layari Facebook atau Instagram Lactel untuk butiran lebih terperinci. 

Perihal Lactel

Lactel, jenama No. 1 dalam yogurt dan minuman yogurt di Malaysia dengan komitmen untuk memberikan manfaat pemakanan tenusu kepada isi rumah di Malaysia. Rangkaian penuh produk yogurt, minuman yogurt Lactel Bliss, minuman yogurt Temptation, yogurt Set Asli, Yogurt Tanpa Lemak, Yogurt Greek, Yogurt Kanak-kanak, Yogurt Snack dan Yogurt Smooth, terdiri daripada kultur hidup yang menyokong penghadaman. Produk Lactel boleh didapati secara meluas dalam pasaran runcit dan juga saluran perkhidmatan makanan.

Perihal Lactalis

Lactalis, sebuah syarikat tenusu terkemuka Perancis yang terdapat di lebih 90 negara di seluruh dunia, telah mengambil alih perniagaan yogurt tenusu sejuk dan minuman yogurt Nestle di Malaysia sejak tahun 2019. Lactalis, yang terkenal dalam memupuk masa hadapan, menyediakan produk tenusu berkualiti tinggi untuk menyokong pertumbuhan setiap individu, telah membawa kepakaran dan pengetahuannya ke Malaysia dengan produk baharu dan inovatif di pasaran untuk mengekalkan kedudukan sebagai jenama tenusu sejuk kegemaran negara.

Source: Lactalis Malaysia
Keywords: Beverages Food/Beverages Retail Corporate Social Responsibility