omniture

Hult Raih Anugerah Inovasi MBA 2014 daripada AMBA

Hult International Business School
2014-11-10 09:00 143

LONDON, 10 November 2014 /PRNewswire/ -- Hult International Business School berjaya mengalahkan 100 pusat pengajian lain bagi meraih Anugerah Inovasi MBA 2014 daripada Persatuan MBA (AMBA) menerusi kurikulum MBA Satu Tahun mereka yang direka semula.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141104/713948)

AMBA merupakan badan kuatkuasa bebas peringkat antarabangsa dalam pendidikan pascaijazah perniagaan. Perkhidmatan akreditasi mereka merupakan piawaian global bagi kesemua program MBA, DBA serta MBM, dan kini mereka mengakreditasikan lebih 200 pusat pengajian perniagaan di lebih 70 negara.

Anugerah Inovasi MBA AMBA mengiktiraf amalan baharu, risiko dan juga kreativiti program yang diiktiraf AMBA. Kurikulum MBA baharu oleh Hult, yang membawa kepada penerimaan anugerah tersebut, ialah program pertama di dunia yang direka melalui kolaborasi bersama beberapa pemimpin dan majikan perniagaan global.

Hult telah mereka semula kurikulum MBA Satu Tahun mereka bagi menyepadukan sepenuhnya pengajaran 'kemahiran insani' yang amat penting dan menilai kemajuan para pelajar dengan cara yang sistematik dan menyeluruh. Dengan menggunakan lima kecekapan utama (Pemikiran Adaptif, Komunikasi, Menjalin Hubungan, Kerja Berpasukan serta Pelaksanaan) yang dikenal pasti oleh majikan sebagai unsur penting bagi mencapai kejayaan di tempat kerja, para pelajar MBA berusaha untuk meningkatkan kecekapan ini sepanjang program tersebut melalui penyepaduan latihan, bimbingan dan juga maklum balas daripada rakan setara, fakulti serta pakar pembangunan profesional.

Andrew Main Wilson, Ketua Eksekutif AMBA menjelaskan kejayaan Hult: "Hakikat yang sangat mengagumkan ialah Hult International Business School berjaya membangunkan program MBA melalui perundingan tertutup dengan majikan terkemuka, yang direka untuk menghasilkan graduan MBA yang sedia berprestasi bagi memberi kesan yang besar melalui peranan mereka bermula pada hari pertama lagi. Pencapaian ini juga benar-benar sejajar dengan keperluan perniagaan moden."

Pengiktirafan terkini yang diterima hasil daripada inovasi Hult dalam bidang pendidikan perniagaan mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis pembelajaran tindakan, yang amat penting dalam pendekatan yang dibawa oleh pusat pengajian tersebut sejak mula ditubuhkan sebagai Arthur D. Little School of Management di Boston pada tahun 1964. Kurikulum MBA baharu itu membawa pendekatan pembelajaran menerusi tindakan kepada tahap baharu dengan menggabungkan pembangunan kemahiran dan simulasi daya saing melalui 'Cabaran Kesan Hult' selama enam bulan – projek amali yang melibatkan cabaran perniagaan masa kini yang dihadapi oleh syarikat multinasional seperti IBM, Unilever dan juga Philips.

Latar Belakang Hult: 

Hult merupakan pusat pengajian perniagaan terkenal pada peringkat antarabangsa, yang bertempat di beberapa lokasi termasuk Boston, San Francisco, London, Dubai, Shanghai, New York serta Miami. Pusat pengajian tersebut menawarkan program MBA, MBA Eksekutif, Ijazah sarjana dan juga Ijazah sarjana muda. Program MBA selama satu tahun yang ditawarkan oleh Hult merupakan antara 5 program Terbaik bagi Perniagaan Antarabangsa dan Pengalaman Antarabangsa, menurut Financial Times pada tahun 2014. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.hult.edu.

SUMBER  Hult International Business School

Source: Hult International Business School
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Awards