omniture

Edgar Davids - 'anomaly' dalam Dunia Kreatif

Anomaly
2014-11-09 11:22 78

NEW YORK, 9 November 2014 /PRNewswire/ -- Selain merupakan pemain bola sepak bertaraf dunia, Edgar Davids kini menumpukan daya kreatif beliau kepada syarikat pemasaran dan inovasi, Anomaly di New York.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141107/157333

Davids bermain bola sepak untuk setiap permainan yang beroleh kemenangan di Belanda, Itali, Sepanyol dan juga England mewakili Ajax, Juventus, Barcelona serta Tottenham. Beliau bermain untuk negara beliau selama lebih sedekad dengan mewakili Belanda sebanyak 74 kali termasuk Kejohanan Eropah dan Kejohanan Dunia.

Rakan Pengasas Anomaly Richard Mulder sebelum ini menghabiskan beberapa tahun bersama Nike dan mengenali Edgar sepanjang tempoh itu.

"Edgar ialah individu kreatif yang meminati setiap sudut berkaitan dengan pemasaran yang hebat dan budaya jalanan. Beliau pernah bekerja dengan jenama seperti Nike, Pepsi serta EA. Berbanding atlet lain yang pernah saya temui, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbang kepada proses kreatif dan memberikan pandangan serta idea hebat untuk menghasilkan produk, iklan, acara atau apa sahaja yang beliau lakukan dengan lebih baik. Beliau merupakan salah satu individu pertama yang melihat kehebatan dan peluang pemasaran bola sepak jalanan serta budaya bandar tersendirinya, yang hampir menjadi kategori tersendiri beberapa tahun berikutnya. Oleh itu, beliau agak berpengalaman dalam bidang ini. Memandangkan beliau kini mempunyai lebih (sedikit) masa lapang, beliau ingin memahami proses kreatif dengan lebih baik, dan melibatkan diri dalam proses kreatif daripada peringkat awal hingga akhir," kata Mulder.

Beliau turut berkata… "Kami juga amat sukakan pendapat beliau yang segar dan tidak bertapis tentang pelbagai perkara. Di samping membantu kami bersama para pelanggan yang memanfaatkan pandangan beliau tentang sukan dan budaya secara langsung – seperti Budweiser dan Dicks Sporting Goods – beliau juga mempunyai banyak idea untuk kami usahakan, sebagai usaha niaga Anomaly dan juga bersama para pelanggan kami. Kami mahu memberi peluang kepada beliau untuk mempelajari, memandangkan beliau akan berusaha dengan penuh minat sebagaimana ketika beliau bermain sebagai pemain tengah bertaraf dunia. Kami semua amat teruja. Ia akan menjadi suatu yang menarik."

Rakan Pengasas dan ECD (Pengarah Kreatif Eksekutif) Global Mike Byrne pula berkata – "Beliau memiliki beberapa ciri penting yang kami hargai pada diri seseorang – bakat semula jadi, dedikasi yang tidak berbelah bahagi untuk menjadi lebih baik serta cita-cita yang tinggi – kami tidak pernah teragak-agak untuk membawa bakat yang berbeza ke dalam syarikat dan berharap untuk meneroka bidang baharu bersama-sama."

Davids berkata: "Saya telah mengenali pasukan Anomaly sejak sekian lama dan sentiasa mengagumi kesungguhan mereka mencabar status quo. Mereka sememangnya pesaing sebenar. Mereka adalah yang terbaik di dunia dalam memahami atlet sebenar dan makna di sebaliknya, serta peranan yang tepat untuk dimainkan oleh syarikat dalam dunia itu. Gabungan rumit ini terdiri daripada keaslian, budaya, hiburan serta selebriti – dan mereka berjaya membuktikan mereka mampu melakukannya dengan betul. Saya amat teruja menyertai pasukan tersebut bagi mempelajari, memperbaiki diri dan membantu menghasilkan kerja yang membawa perubahan untuk jenama yang progresif."

Latar Belakang Anomaly
Ditubuhkan pada tahun 2004, Anomaly merupakan agensi 'model baharu' yang sukar untuk dijelaskan, tetapi mempunyai persekitaran kerja yang menyeronokkan, dengan beberapa pejabat di New York, London, Amsterdam, Toronto serta Shanghai. Barisan pelanggan utama agensi ini ialah Budweiser, Converse, Diageo, Duracell, Google, MINI, Panera, Pepsico dan juga P&G. Anomaly mendapat pengiktirafan atas pelbagai bidang kerja termasuk anugerah Gold Effies bagi kecekapannya, termasuk Strategi Media dan sebagai Pemilik Jenama; anugerah Lions, Cyber Lions dan juga Grand Prix daripada Cannes; Hadiah Muzik Mercury; serta dua anugerah Emmy bagi siri TV yang diterbitkan dan dimiliki bersama oleh agensi itu.

Source: Anomaly
Related Links:
Keywords: Advertising Sports Personnel announcements