omniture

P&C Solution bakal Ambil Bahagian dalam AWE USA 2024 dengan XR Glasses Dikuasakan oleh Snapdragon

P&C Solution
2024-05-31 08:00 70

SEOUL, Korea Selatan, 31 Mei 2024 /PRNewswire/ -- P&C Solution akan mengambil bahagian dalam AWE USA 2024 (Ekspo Dunia Terimbuh) untuk mempamerkan 'METALENSE 2' yang baharu dan lebih baik kepada pasaran Amerika Utara.

P&C Solution to Participate in AWE USA 2024 with XR Glasses Powered by Snapdragon
P&C Solution to Participate in AWE USA 2024 with XR Glasses Powered by Snapdragon

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, AWE menjadi ekspo teknologi penumpuan maya terbesar di dunia, yang mana syarikat-syarikat dalam industri AR, VR dan MR berhimpun untuk berkongsi kepakaran pembangunan yang terbaik dan trend kontemporari. P&C Solution mengambil bahagian dalam AWE USA setiap tahun sejak tahun 2021 dan tahun ini menandakan penyertaan keempatnya yang berturut-turut.

METALENSE 2 daripada P&C Solution menggabungkan QHD resolusi tinggi (2560*1440) dan Micro OLED tahap luminans tinggi, memberikan paparan yang terang dan jelas, yang pada hakikatnya menyelesaikan herotan paparan kandungan digital dan kemungkinan rasa pening. "METALENSE 2 ialah produk barisan seterusnya yang menggabungkan maklum balas daripada pengguna dalam bidang ini, membantu mengoptimumkan fungsian yang penting untuk pekerja barisan hadapan," kata wakil daripada P&C Solution.

METALENSE 2 dikuasakan oleh platform Snapdragon® XR, mengukuhkan keupayaan penjejakan dan pengecaman ruang peranti baharu ini, yang seterusnya merapatkan jurang antara dunia fizikal dan ruang digital.

Di samping itu, METALENSE 2 dicalonkan untuk 'Peranti Dipakai Atas Kepala Terbaik' Auggie Awards di AWE USA pada tahun ini. P&C Solution membuat kenyataan dalaman bahawa hakikat ia mengambil bahagian dalam ekspo ini merupakan satu peluang untuk menghebahkan kecemerlangan METALENSE 2 dan juga satu langkah yang membawa kejayaan ke arah menembusi pasaran AS.

AWE USA 2024 akan berlangsung di Los Angeles, California, selama tiga hari mulai 18 Jun hingga 20 Jun.

Snapdragon ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated. Snapdragon ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiarinya.

Source: P&C Solution
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news