STOLBERG, Jerman, 10 November 2014 /PRNewswire/ -- Risiko individu bagi strok, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung ialah faktor penentu keputusan sama ada untuk memulakan rawatan bagi tekanan darah tinggi atau kolesterol yang tinggi. Risiko tersebut boleh dikenal pasti pada sebarang peringkat awal dengan memeriksa halaju gelombang nadi (PWV).
IEM – berpangkalan di Stolberg/Jerman – akan memperkenalkan sistem PWV yang disahkan secara klinikal, "Memeriksa tekanan darah dan PWV sekali gus," di Medica 2014.
Data saintifik menunjukkan PWV merupakan peramal bebas bagi masalah kardiovaskular dan keunggulannya amat signifikan jika dibandingkan dengan hanya memeriksa faktor risiko yang biasa ditekankan, seperti tekanan darah yang meningkat atau pemeriksaan kolesterol atau risiko berdasarkan skor risiko Framingham.
Prinsip asas kaedah ujian PWV yang inovatif ini ialah gabungan pemeriksaan tekanan darah dan analisis gelombang nadi. PWV dianggap sebagai piawai emas dalam penilaian kekerasan arteri. Diketahui umum semakin keras arteri, semakin tinggi risiko penyakit jantung.
Manfaat untuk para pesakit dan pengamal perubatan ialah membezakan antara kesihatan vaskular dan risiko kardiovaskular. Kelebihannya adalah dengan memeriksa tekanan darah lengan atas dan PWV secara serentak, pesakit dapat dikenal pasti sama ada "berisiko rendah" atau "berisiko amat tinggi". Ini menyediakan maklumat asas yang pantas dan padat bagi memutuskan rawatan.
Sistem ujian disahkan komprehensif yang pertama dengan kaf lengan atas ini dikenali sebagai Mobil-O-Graph®, yang telah disahkan terhadap pengkateteran invasif di bawah syarat yang sangat ketat.
Kunjungi IEM GmbH di Medica bermula pada 12 hingga 15 November 2014 di Dewan 9, Gerai C68. Anda juga boleh mendapatkan analisis gelombang nadi tekanan darah.
Alamat untuk dihubungi bagi mendapatkan artikel lengkap dan penyuntingan
I.E.M. GmbH
Cockerillstr. 69
D-52222 Stolberg
Tel: +49-2402-95-000
Faks: +49-2402-95-00-11
E-Mel: info@iem.de
Internet: http://www.iem.de