- Pemegang Rekod Terdahulu Dijual pada Harga Lebih $1.3 Juta Dolar
LAMBERTVILLE, New Jersey, 11 November 2014 /PRNewswire/ -- Pada 7 Disember 2014, Rago Auctions akan melelong mutiara air masin semula jadi hampir sempurna bulat terbesar yang ditemui setakat ini.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141105/156784
Latar Belakang Kerongsang Mutiara Putilov
Laporan Pengenalpastian Mutiara GIA #2165503254 menggambarkan mutiara Putilov sebagai mutiara air masin semula jadi digerudi yang berasal daripada spesies tiram Pinctada, berukuran 19.08 x 18.88 x 16.50mm yang tiada indikasi rawatan; hampir sempurna bulat; berwarna putih; ton terang timur. Mutiara tersebut digerudi penuh dengan palam nakreus, satu daripadanya kini telah dipisahkan.
Mutiara itu diletakkan pada kerongsang bujur abad ke-19 yang berukuran 2" x 1 5/8". Kerongsang itu dilingkungi 16 berlian lombong lama hampir tidak berwarna yang dipotong, dengan jumlah berat kira-kira 28 karat, serta pemotongan simpai, dengan pelbagai berlian dipotong berbentuk bunga ros yang lebih kecil, dihiasi emas dengan perak di atasnya. Pin boleh tanggal boleh mengubah kedudukan sama ada secara melintang ataupun menegak. Bingkainya mempunyai tanda tergores KAM dan N677 yang tidak dapat dikenal pasti. Beratnya adalah 19.7 berat peni.
Sejarah Kerongsang Mutiara Putilov/Asal-Usul Namanya
Alexei Putilov, pemodal dan usahawan dari Rusia, membawa kerongsang tersebut dari Rusia ke Paris pada musim bunga tahun 1918. Putilov merupakan individu berpengaruh di Rusia sebelum berlakunya Revolusi. Keluarga beliau menubuhkan Putilov Metal Works Company. Beliau meneruskan kerjaya dalam bidang perbankan di Paris dengan menggunakan nama Perancis.
Pengirim barang tersebut adalah cicit Putilov.
Pemegang Rekod Terdahulu
Mutiara air masin semula jadi hampir sempurna bulat itu merupakan yang terbesar pernah direkodkan, dan kini memegang gelaran mutiara kedua terbesar, dijual di syarikat lelongan British, Woolley & Wallis pada 1 Mei 2014 dengan harga £811,000 (US $1,368,075). Laporan makmal, daripada SSEF, Switzerland, menyatakan mutiara tersebut berukuran 17.44 x 16.51mm.; seberat 33.147cts. (132.59 berat bijian); agak bulat; digerudi separa; putih; dan merupakan mutiara air masin semula jadi.
Produk daripada diameter paling panjang dan paling pendek mutiara ini adalah 287.93 mm persegi.
Produk daripada diameter paling panjang dan paling pendek Mutiara Putilov pula adalah 314.82 mm persegi – kira-kira 8 peratus lebih besar daripada mutiara yang dijual di Woolley and Wallis.
Hadiah untuk Pembida yang Bersungguh-sungguh
Rago meminta $100,000 daripada sebarang pihak yang berminat untuk membida. Untuk maklumat lanjut, untuk menetapkan janji temu ataupun mendaftar untuk membida, sila hubungi Sarah Churgin melalui talian +1-609-397-9374 atau sarah@ragoarts.com.
Katalog dalam talian boleh didapati di ragoarts.com dari 17 November 2014.