SEOUL, Korea Selatan, 5 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Gravity, sebuah syarikat permainan global, mengumumkan pelancaran global platformer 3D baharu 'ALTF42' melalui platform Steam jam 12 PAGI (PDT) pada 5 Jun.
'ALTF42' ialah susulan rasmi kepada 'ALTF4,' permainan yang dinikmati oleh ramai pengguna di seluruh dunia. Tajuk baharu ini bersedia untuk mencapai kejayaan global, memanfaatkan pengalaman luas dan kepakaran Gravity dalam perkhidmatan global. Permainan ini menampilkan grafik yang dinaik taraf dan peletakan perangkap yang lebih mencabar, lalu meningkatkan kesukarannya. Ia juga memperkenalkan kandungan unik seperti sistem syiling, trek perlumbaan penyu, kostum dan pertempuran bos gergasi, yang menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik.
Dalam versi keluaran rasmi, tahap bertemakan hutan, yang terpanjang dalam 'ALTF42,' telahpun ditambah. Pemain boleh mengalami keseronokan menavigasi pelbagai perangkap dan haiwan sejajar dengan konsep hutan. Sagang terbang secara rawak muncul dalam seluruh tahap, memberi peluang untuk memperoleh item dan syiling tambahan. 'ALTF42' tersedia dalam 15 bahasa, termasuk bahasa Korea, bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Perancis dan bahasa Jerman.
Gravity akan mengadakan acara cabaran main habis laju dengan jumlah hadiah terkumpul sebanyak $5,000 untuk rantau global mulai jam 12:00 PAGI (PDT) pada 5 Jun hingga 12 Jun. Untuk mengambil bahagian, pemain harus merakam video mereka menghabiskan permainan dari tahap pertama hingga tahap akhir semasa tempoh acara dan memuat naik ke halaman acara. 10 peserta teratas dengan masa habis terpantas akan menerima wang tunai, diagihkan berdasarkan kedudukan mereka.
Yoo Joon, Ketua Pasukan Perniagaan Konsol di Gravity, berkata, "Susulan keluaran kami pada Stove Store, kami melancarkan secara rasmi 'ALTF42' untuk rantau global melalui Steam. Kami menjangkakan prestasi permainan yang dipertingkat, digabungkan dengan kepakaran penerbitan global Gravity, akan mencapai kejayaan yang luar biasa, setanding dengan pendahulunya. Kami mengundang semua orang untuk meneroka versi keluaran rasmi, yang menawarkan tahap dan kandungan baharu untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan serta menyertai acara cabaran untuk rantau global."
Maklumat lanjut mengenai keluaran rasmi 'ALTF42' pada Steam boleh didapati melalui halaman Steam ALTF42.
(https://store.steampowered.com/app/2187230/ALTF42/)
Penyertaan dalam acara cabaran main habis laju disokong pada halaman acara berasingan.
(https://www.speedrun.com/challenges/jm3qmpnq-altf42-altf42-speedrun-challenge)
[Laman web rasmi Gravity]
http://www.gravity.co.kr
[Laman web penerbit Steam Gravity]
https://store.steampowered.com/publisher/gravity
[Laman web Steam ALTF42]
https://store.steampowered.com/app/2187230/ALTF42/
Latar Belakang Gravity
Gravity Co., Ltd ialah sebuah syarikat permainan Korea yang ditubuhkan pada April 2000 dan sebuah syarikat permainan global yang disenaraikan pada NASDAQ (GRVY). Setakat 30 Jun 2021, Ragnarok IP, IP wakilan Gravity, melangkaui 120 juta akaun global. Berdasarkan kepada kolaborasi antara ibu pejabat, subsidiari dan cawangan luar negaranya, Gravity membina kesedaran dan pengaruh globalnya dengan terlibat dalam perniagaan penerbitan global yang menemui dan mengedarkan permainan melalui pelbagai platform dan genre, termasuk permainan Ragnarok IP.
Hubungi
Gravity Co., Ltd.
Sangmin Park, Gravity 2 Business Unit
gv_steam@gravity.co.kr