omniture

Live Nation dan Java Festival Productions Akan Lancarkan Live Nation Indonesia

Live Nation Entertainment, Inc.
2014-11-11 10:47 104

LOS ANGELES, 11 November 2014 /PRNewswire/ -- Live Nation Entertainment, Inc. (NYSE: LYV) dan PT. Java Festival Production hari ini mengumumkan mereka telah menjalinkan usaha sama PT Live Nation Indonesia.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141108/157475LOGO

Java Festival Production merupakan penerbit terkemuka bagi pesta di Indonesia, yang dimulakan dengan Pesta Jaz Jawa pada tahun 2005 dan seterusnya memasukkan SoulNation dan Rockin'Land ke dalam portfolionya. Persembahan yang menjadi tajuk berita baru-baru ini membariskan Stevie Wonder, James Morrison, Thirty Seconds to Mars dan juga Natalie Cole. Java Festival Production diasaskan oleh Peter Gontha dan diuruskan oleh Dewi Gontha serta Paul Dankmeyer.

Michael Rapino, Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden Live Nation Entertainment, berkata: "Saya gembira dapat menjadi rakan kongsi penerbit terkenal seperti Java Festival Production bagi membawakan Live Nation ke Indonesia. Memandangkan Indonesia sedang mengalami perkembangan yang pesat, negara ini merupakan pasaran penting untuk disertakan kepada jejak global kami."

Alan Ridgeway, presiden Live Nation untuk pasaran antarabangsa & pasaran baru muncul, berkata: "Dengan populasi yang terdiri daripada 250 juta orang dan segmen pendapatan pertengahan yang berkembang paling pantas di Asia, Indonesia merupakan negara dengan peluang yang signifikan untuk mengembangkan pasaran muzik secara langsung – dimulakan di Jakarta, kemudian disusuli dengan bandar lain di seluruh negara ini."

Peter Gontha berkata: "Terdapat peningkatan permintaan terhadap hiburan secara langsung di Jakarta dan kawasan lain di Indonesia. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan Live Nation untuk memenuhi permintaan ini dengan membawa artis antarabangsa dan tempatan bagi konsert serta pesta baharu yang bakal diadakan."

Latar Belakang Live Nation Entertainment 
Live Nation Entertainment (NYSE: LYV) merupakan syarikat hiburan secara langsung terkemuka di dunia yang terdiri daripada peneraju pasaran global: Ticketmaster, Live Nation Concerts, Live Nation Media & Sponsorship serta Artist Nation Management. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.livenationentertainment.com.

Ikuti kami @twitter.com/LiveNationInc

Source: Live Nation Entertainment, Inc.
Related Stocks:
NYSE:LYV
Keywords: Music Joint ventures