omniture

Laporan Kemampanan ZTE 2023 tonjol inovasi digital maju demi masa depan lebih lestari

ZTE Corporation
2024-06-07 09:35 254

SHENZHEN, China, 7 Jun 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, baru-baru ini mengeluarkan Laporan Kemampanan syarikat 2023, yang memperincikan strategi, tindakan dan kemajuannya dalam inovasi hijau, sumbangan sosial serta tadbir urus korporat. Sebagai Pemacu Ekonomi Digital, ZTE mengeluarkan laporan kemampanan selama 16 tahun berturut-turut, menonjolkan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada perniagaan yang mampan.

Xu Ziyang, Ketua Pegawai Eksekutif di ZTE, menyatakan dalam laporan ini: "Kami mendukung falsafah Bertumpukan-Manusia (Human-Centric) dan Teknologi demi Kebaikan (Tech for Good) serta meneroka bidang baharu, aplikasi dan nilai transformasi digital dan pintar secara berterusan. Bersama-sama pelanggan global, rakan kongsi, pelabur dan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat, kami akan membina ekosistem digital dan pintar, melaksanakan usaha dan sumbangan bagi menggalakkan revolusi perindustrian, mempercepatkan pembangunan sosial serta meningkatkan kesejahteraan seluruh umat manusia."

Kemajuan dan pencapaian kemampanan ZTE pada tahun 2023 termasuk:

Inovasi Hijau

Laporan Kemampanan ZTE 2023 tonjol inovasi digital maju demi masa depan lebih lestari
Laporan Kemampanan ZTE 2023 tonjol inovasi digital maju demi masa depan lebih lestari

 

  • Dinamakan kepada CDP A List, tahap pengiktirafan tertinggi untuk ketelusan dan prestasi persekitaran korporat.
  • Kedua-dua sasaran pengurangan emisi GHG jangka pendek dan jangka panjang telahpun diluluskan oleh Science Based Targets initiative (SBTi).
  • Penurunan 9.7% berbanding tahun sebelumnya bagi emisi GHG mutlak (skop 1&2&3) sepanjang rantaian nilai.
  • Penurunan 14.58% berbanding tahun sebelumnya bagi intensiti fizikal emisi GHG semasa fasa penggunaan dan penyelenggaraan produk telekomunikasi terjual syarikat ini.
  • Lebih 700% pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya bagi kapasiti terpasang penjanaan kuasa PV dicapai.
  • Lebih daripada 150 pembekal menerima audit pengurangan karbon.
  • Pengurangan 3.26% dalam intensiti emisi karbon melalui logistik hijau.
  • Menjalankan penilaian jejak karbon untuk 101 produk, merangkumi semua kategori produk.

Sumbangan Sosial

Laporan Kemampanan ZTE 2023 tonjol inovasi digital maju demi masa depan lebih lestari
Laporan Kemampanan ZTE 2023 tonjol inovasi digital maju demi masa depan lebih lestari

 

  • Diiktiraf sebagai salah satu Juara P2C pertama oleh International Telecommunication Union (ITU), berjanji untuk membina infrastruktur ICT setiap tahun untuk Negara-negara Kurang Maju (LDC), Negara-negara Membangun Tanpa Laut (LLDC) dan Negara-negara Membangun Pulau Kecil (SIDS) menjelang tahun 2025 dan untuk mengkhususkan 50,000 jam kuliah ICT secara global demi manfaat tenaga kerja tempatan yang memerlukan untuk memacu ketersambungan bermakna global.
  • Purata jam latihan setiap pekerja mencapai 144.7.
  • Sukarelawan pekerja berdaftar mencapai 10,754, menyumbang 29,024 jam waktu sukarela secara keseluruhan.

Tadbir Urus Korporat 

Laporan Kemampanan ZTE 2023 tonjol inovasi digital maju demi masa depan lebih lestari
Laporan Kemampanan ZTE 2023 tonjol inovasi digital maju demi masa depan lebih lestari

 

  • Lulus audit pensijilan semula sistem pengurusan antirasuah dan mengekalkan pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah ISO 37001.
  • Menjalankan 214 latihan BCP bersama dalam bidang berisiko tinggi.
  • Pusat Pensijilan dan Pengujian Global ZTE menjalankan 1,372 ujian keselamatan sepanjang tahun dengan kadar lulus ujian 100%.

Pengiktirafan dan Anugerah 

Laporan Kemampanan ZTE 2023 tonjol inovasi digital maju demi masa depan lebih lestari
Laporan Kemampanan ZTE 2023 tonjol inovasi digital maju demi masa depan lebih lestari

 

  • Ahli United Nations Global Compact (UNGC) dan Global Enabling Sustainability Initiative (GeSI)
  • Dipilih dalam Kes Sektor Swasta UNGC bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
  • Dimasukkan ke dalam Siri Indeks FTSE4Good selama lapan tahun
  • Dinamakan kepada Fortune China ESG Impact List selama tiga tahun berturut-turut
  • Diberi penghormatan dengan Kes Perintis Pembangunan Mampan IDC China
  • ZTE dianugerahkan sebagai Perusahaan Pengurusan Rantaian Bekalan Hijau Peringkat Kebangsaan
  • ZTE Heyuan Base diiktiraf sebagai Kilang Hijau Kebangsaan
  • Menerima LinkedIn MostIn Awards - Majikan Magnet Bakat Global

Untuk butiran lanjut mengenai Laporan Kemampanan ZTE 2023, sila kunjungi: 

https://www.zte.com.cn/content/dam/zte-site/investorrelations/en_announcement/ZTE_Sustainability_Report_2023_EN_0603.pdf

Sila kunjungi laman web ZTE Sustainability untuk mendapatkan lebih banyak kemas kini:

https://www.zte.com.cn/global/about/sustainability.html

IKUTI KAMI: 

Facebook www.facebook.com/ZTECorp
www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA: 

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards New products/services Survey, Polls & Research Cision Influencer List - ESG