omniture

Huawei dan IUCN Anjur Sidang Kemuncak Tech4Nature Dorong Inovasi dalam Pemuliharaan Alam Semula Jadi

Huawei
2024-06-07 13:16 85

SHENZHEN, China, 7 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Huawei dan International Union for Conservation of Nature (IUCN) menganjurkan secara bersama Sidang Kemuncak Tech4Nature 2024 semalam bagi menandakan bermulanya Fasa 2 perkongsian global Tech4Nature dan mendorong selanjutnya inovasi dalam pemuliharaan alam semula jadi.

Tao Jingwen, Board Member and Chairman of the CSD Committee for Huawei, joined the Summit and delivered a keynote speech.
Tao Jingwen, Board Member and Chairman of the CSD Committee for Huawei, joined the Summit and delivered a keynote speech.

Sejajar dengan inisiatif TECH4ALL Huawei dan Green List IUCN, Tech4Nature mewakili visi bersama kedua-dua rakan kongsi untuk membangunkan penyelesaian teknologi bagi Kawasan Dilindungi dan Dipelihara (PCA) di seluruh dunia. Ia juga merupakan kali pertama sama ada Huawei atau IUCN menjalin perkongsian utama yang mencakupi kedua-dua sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta pemuliharaan alam semula jadi.

"Dunia semula jadi menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini dan teknologi serta penyelesaian digital dapat menjadi kuasa yang hebat demi kebaikan bagi melindungi biodiversiti planet kita. Atas sebab inilah IUCN menjalin perkongsian Tech4Nature bersama Huawei," kata Dr. Grethel Aguilar, Ketua Pengarah IUCN. "Saya berasa bangga melihat perkongsian ini melangkah ke fasa seterusnya, bagi membantu semua pihak berkepentingan bersatu demi alam semula jadi dan membina masa depan yang lebih baik."

Fasa 1 Tech4Nature  

Fasa 1 Tech4Nature berlangsung mulai tahun 2020 hingga 2023 di lima PCA di China, Mauritius, Mexico, Sepanyol dan Switzerland. Kejayaan utama termasuk:

  • Pemantauan akustik ke atas beruk paling jarang ditemui di dunia - ungka Hainan - bagi mengenal pasti setiap ekor haiwan ini dengan tujuan untuk membantu spesies yang terancam secara kritikal ini ditambah semula populasinya. Hanya 37 ekor yang tinggal pada masa ini.
  • Pengecaman corak AI untuk mengenal pasti dan menjejaki jaguar di Mexico; kehadiran tujuh ekor jaguar disahkan di Kawasan Simpanan Negeri Dzilam pada tahun lalu buat kali pertama.
  • Sistem termaju untuk tontonan dan pemantauan langsung projek pemuliharaan dan pemulihan terumbu karang yang dijalankan oleh masyarakat setempat di Mauritius; 25,000 serpihan karang yang sihat telahpun dipindahkan ke kawasan terumbu yang terdegradasi di Lautan Hindi.

"Sebagai rakan kongsi teknikal kerajaan, pelanggan dan agensi perlindungan alam sekitar, Huawei bersedia untuk terus meninjau senario perlindungan alam sekitar dan alam semula jadi, membangunkan teknologi digital yang sesuai untuk menangani cabaran perlindungan alam sekitar dan bersama-sama membina dunia digital yang lebih saksama dan mampan," kata Tao Jingwen, Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa CSD untuk Huawei. "Huawei melaksanakan empat strategi pembangunan mampan serta konsep S.H.A.R.E: Bagi menjamin masa depan digital yang mampan (Mampan), kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi rantaian industri untuk membina ekosistem perniagaan yang harmoni dan sejahtera (Harmoni), memaksimumkan kesamarataan dan kebolehcapaian melalui rangkuman digital (TECH4ALL) dan membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan ICT yang selamat dan andal bagi melindungi dunia digital (Keandalan). Melalui inovasi saintifik dan teknologi, kita boleh mencapai pembangunan sosial dan keseimbangan ekologi bersama-sama (Alam Sekitar)."

Fasa 2 Tech4Nature

Fasa 2 Tech4Nature (2023–2026) akan menyokong enam projek utama di China, Mexico, Sepanyol, Brazil, Kenya dan Türkiye. Sidang kemuncak ini menandakan pelancaran rasmi enam projek ini, susulan perjanjian untuk melancarkan Fasa 2 yang diumumkan oleh Huawei dan IUCN pada Oktober 2023.

Fasa 2 turut mewakili komitmen bersama IUCN dan Huawei untuk menyokong sasaran 30x30 dan Sasaran 4 bagi mencegah kepupusan yang ditakrifkan dalam Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) Kunming-Montreal. Fasa ini juga akan meluaskan kolaborasi antara sektor teknologi dan pemuliharaan alam semula jadi dengan melibatkan lebih ramai orang, rakan kongsi serta negara.

Sidang kemuncak ini dihadiri oleh pengamal pemuliharaan, ahli akademik, sektor swasta dan wakil kerajaan, selain komuniti Tech4Nature yang lebih luas.

Bengkel diadakan bagi membina kapasiti dalam kalangan rakan kongsi, meneroka pelan tindakan untuk mencapai pemuliharaan yang adil dan berkesan melalui IUCN Green List, membincangkan pertimbangan etika dan memberi panduan mengenai pelaksanaan, serta mengupayakan pembelajaran dan pertukaran sesama rakan.

Rakan-rakan kongsi turut melancarkan penerbitan utama Tech4Nature Partnership for our Planet. Tersedia untuk dimuat turun di laman web Tech4Nature, bahan penerbitan ini mengetengahkan peranan penting yang dimainkan oleh penyelesaian teknologi termaju dalam menyahut cabaran pemuliharaan moden.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Animal Welfare Corporate Social Responsibility Environmental Issues Joint ventures Licensing/marketing agreements Trade show news Cision Influencer List - ESG