omniture

Partners HealthCare berpangkalan di Boston dan Shanghai Jiahui International Hospital Bangunkan Bersama Pusat Penjagaan Peringkat Tertier Terkini

Partners HealthCare International
2014-11-12 20:36 221

BOSTON, 12 November 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini, Partners HealthCare International® (PHI), cabang global Partners HealthCare, dengan rasminya mengumumkan perkongsian kolaboratif dengan Shanghai Jiahui International Hospital Ltd. (SJIH), bagi tujuan melanjutkan hubungan perundingan berterusan yang bermula pada tahun 2011. SJIH akan menjadi model penjagaan kesihatan baharu dan inovatif di China yang bertumpu pada keluarga, komuniti serta hubungan lebih erat antara pesakit dan penjaga. Melalui perkembangan SJIH, kedua-dua organisasi mempunyai matlamat untuk menentukan standard baharu bagi penjagaan kesihatan berkualiti tinggi yang masih belum direalisasikan di China, lalu menjadikan masa depan penjagaan kesihatan suatu realiti masa kini untuk para penduduknya.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141028/154881
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141028/154882
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141028/154883

"Perkongsian ini memperlihatkan setiap kemungkinan apabila organisasi bersama-sama merealisasikan matlamat yang sama. Misi PHI adalah untuk memberi kesan terhadap penambahbaikan yang mampan dan transformatif dalam bidang penjagaan kesihatan untuk setiap individu di seluruh dunia. Rakyat China merupakan pengguna global dan mereka mahukan rawatan kesihatan terbaik. Mereka mahukan kualiti, perkhidmatan dan juga pakar perubatan terbaik - Jiahui International Hospital akan menetapkan standard penjagaan baharu. Gabungan usaha kami akan mewujudkan penjagaan kesihatan yang luar biasa, mudah diakses serta boleh dicapai," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Partners HealthCare International, Gilbert Mudge, M.D.

Pasaran penjagaan kesihatan China telah menghadapi pelbagai cabaran, termasuk hospital yang amat sesak, sistem penjagaan kesihatan utama yang kurang maju, dan juga kekurangan pakar perubatan terlatih serta kakitangan klinikal lain, yang semuanya menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna. Pada tahun 2010, China memulakan peralihan daripada sistem penjagaan kesihatan awam yang diuruskan oleh kerajaan kepada sistem terpencar dan dibuka untuk pelaburan swasta serta asing, seterusnya bersedia untuk hospital swasta, antarabangsa seperti SJIH. Terletak di tengah-tengah Daerah Xuhui, Shanghai, Jiahui International Hospital ialah hospital peringkat tertier swasta sepenuhnya dan majoritinya dimiliki oleh negara asing berdasarkan standard antarabangsa.

"Kami ingin menambah baik penjagaan kesihatan di China dengan mewujudkan sistem penjagaan kesihatan alternatif yang berkualiti tinggi," ujar Feng Ge, SJIH. "Kebanyakan rakyat China hanya mempunyai pengalaman di hospital awam. Belum ada lagi pengalaman penjagaan kesihatan lain di China yang setanding dengan Jiahui International Hospital." Menurut Ge, budaya Cina menjadi asas bagi tugas yang dilakukan di Jiahui. "Kami membangunkan 'ekosistem' yang berteraskan pesakit. Ia merupakan prinsip yang amat ringkas tetapi hebat." Daripada rekaan hinggalah kepada operasi, Jiahui mempunyai matlamat untuk melaksanakan amalan terbaik agar dapat menjadi institusi perubatan terkemuka di China yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa, menyediakan khidmat penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, berpaksikan pesakit dan bersepadu, selain latihan profesional serta penyelidikan klinikal.

Bagi mencapai matlamat ini, pasukan SJIH yang terdiri daripada pakar profesional penjagaan kesihatan mewujudkan perkongsian berbilang tahun dengan Partners HealthCare International. Para pengasas PHI, Massachusetts General Hospital (MGH) serta Brigham and Women's Hospital (BWH) merupakan dua hospital gabungan terbesar milik Harvard Medical School, dan diiktiraf secara konsisten sebagai 10 hospital terbaik dalam senarai Hospital Terbaik oleh U.S. News and World Report. Melalui kerjasamanya dengan SJIH, PHI memanfaatkan pengetahuan luas yang boleh didapati daripada seluruh rangkaian Partners HealthCare termasuk kebolehan tiada tandingan dalam bidang onkologi, pembedahan saraf, penyakit kardiovaskular, terapi radiasi terkini, kesihatan wanita serta ortopedik. Tugas awal bersama pasukan tersebut memberi tumpuan kepada perancangan hospital, model pelaksanaan penjagaan yang inovatif serta model perekrutan dan pengambilan kakitangan yang dapat membantu menarik pakar perubatan terkemuka.

Pada 21 Oktober, SJIH menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan MGH, yang dengannya Pusat Kanser MGH (MGHCC) akan bekerjasama dengan SJIH untuk membangunkan bersama pusat kecemerlangan bagi kanser payudara. Program tersebut akan menerima pakai pendekatan berbilang disiplin MGHCC yang berpaksikan pesakit bagi memenuhi keperluan para pesakit kanser payudara di China dan kaum keluarga mereka. Pasukan SJIH turut mempertimbangkan potensi tambahan bagi gabungan klinikal dengan hospital anggota Partners.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang SJIH, sila baca artikel Forbes ini: http://www.forbes.com/sites/benjaminshobert/2014/10/22/how-chinas-sea-turtles-are-going-to-improve-the-countrys-healthcare-economy/

Latar Belakang Shanghai Jiahui International Hospital (SJIH)
Shanghai Jiahui International Hospital merupakan hospital besar yang majoritinya dimiliki oleh negara asing berasaskan keuntungan, yang dibina di Shanghai. Ia mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan China ("MOH") dan Kerajaan Perbandaran Shanghai pada April 2011 serta beroleh lesen hospital besar antarabangsa pertama di China yang diberikan oleh MOH. Hospital ini terletak di pusat bandar Shanghai di Daerah Xuhui dengan kapasiti penjagaan tertier diluluskan bagi 500 katil berlesen.

Latar Belakang Partners HealthCare International
Partners HealthCare International (PHI) merupakan cabang global Partners HealthCare, salah satu sistem penjagaan kesihatan bukan berasaskan keuntungan yang terkemuka di A.S. Ditubuhkan pada tahun 1997, PHI dikhususkan untuk memajukan misi Partners HealthCare di seluruh dunia melalui kolaborasi dan perkongsian yang diwujudkan untuk memperluas kapasiti pelanggan pada peringkat global bagi menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi. Partners telah ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Brigham and Women's Hospital serta Massachusetts General Hospital, yang merupakan dua hospital pelatih perubatan tertua dan terbesar milik Harvard Medical School, dan turut merangkumi hospital komuniti dan khusus, organisasi jagaan yang diuruskan, jaringan pakar perubatan, pusat kesihatan komuniti, jagaan di rumah dan lain-lain entiti berkaitan kesihatan. Lima hospital terbaik milik Partner merupakan sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan, serta kesemuanya mendapat pengiktirafan U.S. News and World Report 2014 – 2015. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang PHI dan bagaimana kami memajukan kebolehan sistem penjagaan kesihatan di China, India, Jepun, Timur Tengah, serta komitmen kami kepada pasaran antarabangsa, sila layari www.partners.org/international.

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi
Stephanie Adams
Talian: 011-617-535-6478
E-mel: sadams9@partners.org

Source: Partners HealthCare International
Keywords: Health Care/Hospital Broadcast feed announcements Corporate Expansion New products/services