LONDON, 13 November 2014 /PRNewswire/ -- Enterprise Rent-A-Car melantik Greyfell Nordic sebagai rakan francais di Sweden dan Norway bagi memperluas jenama Enterprise ke Scandinavia. Persetujuan ini adalah sebahagian daripada program perluasan yang dirancang sejak 18 bulan lalu yang melihat Enterprise menjalin perkongsian dengan penyedia mobiliti terkemuka di seluruh Eropah.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/MM55552LOGO-d
Perkongsian baharu bersama Greyfell Nordic membawakan Enterprise selangkah ke hadapan bagi mencapai matlamatnya untuk menambahkan pilihan untuk para pelanggan kereta sewa di seluruh dunia dan memperlihatkan nilai perkhidmatan pelanggan yang unggul oleh Syarikat itu untuk kedua-dua penyewa tempatan dan pelancong antarabangsa.
Persetujuan ini juga adalah selaras dengan wawasan Enterprise untuk membina jaringan yang diiktiraf kerana kualitinya yang tinggi dan khidmat pelanggan melalui perkongsian dengan perusahaan bebas dalam beberapa pasaran utama pelancongan ke negara ini. Perkongsian baharu ini juga meningkatkan jaringan Enterprise yang luas di Eropah dan Amerika Utara, selain memperluas operasinya di Asia.
Greyfell Nordic diterajui oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman, mempunyai rekod yang mengagumkan kerana mencapai kejayaan dalam pasaran kereta sewa di Scandinavia. Pasukan tersebut membuka beberapa lokasi di lapangan terbang di bawah jenama Enterprise di Stockholm Arlanda, Gothenburg Landvetter dan juga Oslo Gardermoen serta banyak lagi yang akan menyusul.
Sweden dan Norway menempatkan sejumlah besar syarikat multinasional dan mempunyai pasaran sewa tempatan yang mantap. Kedua-dua negara ini juga terkenal dengan destinasi pelancongan untuk para pelancong global.
Peter A. Smith, naib presiden francais global di Enterprise, berkata: "Persetujuan tersebut merupakan satu lagi perkara penting yang membentuk komuniti berkembang maju yang sedang kami usahakan, terdiri daripada perusahaan kereta sewa berjaya. Para pelanggan kami memberi maklum balas yang amat positif terhadap perluasan jaringan kami di Eropah, yang dibangunkan melalui rakan francais dengan rekod prestasi terbukti mantap bagi perkhidmatan. Syarikat seperti Greyfell Nordic membantu kami menyediakan nilai lebih hebat, kualiti serta ketelitian untuk semua pelanggan kami di mana-mana sahaja lokasi pelancongan mereka."
Morten von Krogh, Pengarah Urusan Greyfell Nordic, berkata: "Persetujuan ini didorong oleh keyakinan yang dikongsi bersama terhadap kepentingan khidmat pelanggan sebagai pemacu asas bagi nilai perusahaan. Kami berharap dapat berkembang dan meraih kejayaan bersama melalui perkongsian kami bersama Enterprise dengan menyediakan perkhidmatan untuk para pelancong perniagaan dan juga pelancong yang mencari kereta sewa bernilai hebat serta khidmat pelanggan yang cemerlang."
Di EMEA, jenama Enterprise juga boleh didapati di Albania, Austria, Belgium, Bosnia Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Perancis, Jerman, Yunani, Hungary, Iceland, Ireland, Israel, Itali, Macedonia, Belanda, Poland, Portugal, Romania, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Turki dan juga UK. Syarikat tersebut akan beroperasi di negara tambahan di seluruh Eropah dalam beberapa bulan akan datang.
Enterprise Rent-A-Car adalah sebahagian daripada Enterprise Holdings yang berpangkalan di St. Louis, penyedia khidmat kereta sewa terbesar di dunia. Enterprise beroperasi di lebih 8,600 pejabat di serata dunia. Baru-baru ini, Enterprise telah memperluas dengan pantas operasi jenamanya di lapangan terbang dan hab pengangkutan di beberapa wilayah seluruh dunia dan kini beroperasi di lebih 70 negara.
Enterprise Holdings juga mengurus jenama National Car Rental dan Alamo Rent A Car di seluruh Amerika, dan bersama rakan sekutunya Enterprise Fleet Management, menawarkan penyelesaian pengangkutan yang menyeluruh. Penggabungan Enterprise Holdings dan Enterprise Fleet Management – yang meliputi khidmat perkongsian kereta dan kereta sewa secara meluas, sewa trak komersil, pengurusan armada korporat dan juga jualan kereta runcit – menyumbang kepada pendapatan sebanyak $17.8 bilion, menggaji 83,000 kakitangan dan mengendalikan 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia pada tahun kewangan 2014. Dengan menjalankan operasi melalui syarikat subsidiari serantaunya, Enterprise Holdings ialah syarikat kereta sewa terbesar di dunia apabila dilihat daripada segi pendapatan, armada serta kakitangan. Pendapatan tahunan Enterprise Holdings juga meletakkannya di kedudukan teratas dalam industri pelancongan, mengalahkan syarikat kereta sewa lain, dan juga kebanyakan syarikat penerbangan, syarikat kapal persiaran, hotel, pengusaha pelancongan serta agensi pelancongan dalam talian.