omniture

Bakery China Labuhkan Tirai Edisi Ke-26 dengan 393,009 Kunjungan Luar Biasa Besarnya di Shanghai

Bakery China
2024-06-12 23:29 72

SHANGHAI, 12 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Bakery China ke-26, dianjurkan bersama China Association of Bakery and Confectionery Industry (CABCI) dan Bakery China Exhibitions Co., Ltd., berakhir dengan jayanya pada 24 Mei. Pameran ini mencapai kedudukan tinggi yang terulung dengan kawasan berkeluasan 320,000 meter persegi, merangkumi seluruh rantaian industri. Dengan lebih 2,200 peserta pameran dari lebih 30 negara dan wilayah, ia mempamerkan rangkaian yang mengagumkan dengan lebih 100,000 jenama. Acara ini memperoleh sejumlah 393,009 kunjungan yang luar biasa daripada pembeli profesional.

Menjangkau selama 4 hari, pameran ini memfokuskan untuk mempamerkan keadaan semasa industri ini dan prospek pembangunan tertentu. Matlamatnya adalah untuk membantu industri bakeri memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelbagai senario dan demografi dengan cara yang inovatif dan dalam masa yang sama menyediakan platform untuk berkongsi peluang perniagaan yang tidak terkira banyaknya.

Memupuk Integrasi Global demi Pembangunan Industri Terselaras

Pameran ini menarik minat delegasi pembeli daripada pasaran baru muncul atau mereka yang mempunyai kuasa beli yang tinggi, seperti Asia, Timur Tengah, Eropah dan Oceania, yang menghasilkan lebih 10,000 kunjungan dari luar China. Perkhidmatan Pemadanan Perdagangan Antarabangsa mempermudah lebih 3,000 sesi pemadanan perniagaan yang tepat. Lebih daripada 90% pembeli antarabangsa menyatakan rasa puas hati terhadap perkhidmatan ini. "Kami sangat setia dengan Bakery China selama sekurang-kurangnya 7 atau 8 tahun," ulas seorang pembeli Perancis.

"Semakin ramai pembeli antarabangsa dan pembuat kek profesional dan pembuat kek industri datang ke China untuk mendapatkan lebih banyak peralatan, keperluan membuat kek serta menantikan inovasi baharu dan juga trend baharu," kata Zhen Hongguo, Presiden Filipino-Chinese Bakery Association, Inc.

Pasaran Produk Bakeri di China dijangka mencapai saiz pasaran yang diunjurkan sebanyak AS$162.4 bilion menjelang tahun 2030. Trajektori pertumbuhan ini menarik minat bilangan pembeli antarabangsa, pembuat kek profesional dan industri yang semakin meningkat ke China, yang ingin mendapatkan peralatan canggih dan ramuan bagi memenuhi keperluan membuat kek mereka. Mereka meneroka jalan yang inovatif secara aktif demi pembangunan dan trend baru muncul dalam industri ini.

Mencipta Platform Bersepadu yang Inovatif dan Didigitalkan

Menerusi lebih 2,200 peserta rantaian bekalan industri, pameran ini mempamerkan trend inovasi termaju merentas pelbagai dimensi secara komprehensif. Berganding bahu dengan firma-firma perunding yang terkemuka di peringkat global seperti Euromonitor, Innova dan Mintel, ia menyediakan data secara langsung dan trend inovatif daripada China dan pasaran-pasaran utama yang lain. Di samping itu, paparan kes contoh Bakery China Go Green menunjukkan tindak balas terhadap inisiatif penyahkarbonan dan pengurangan emisi global.

Pelbagai aktiviti, termasuk hampir tiga puluh forum, empat pertandingan tematik, satu bazar, pelbagai zon kluster industri dan banyak lagi, disepadukan ke dalam pameran ini. Dengan menghubungkan makanan, fesyen, budaya dan seni, ia benar-benar mewujudkan sebuah acara tahunan yang memecahkan sempadan. Tambahan pula, platform digital iBakeryChina mempelopori susun atur dewan pameran berlapis dan mengupayakan penyegerakan masa nyata antara lokasi reruai fizikal peserta pameran dan kedai dalam talian mereka.

Nantikan barisan acara membuat kek akan datang yang menarik. Bakery China Autumn & China Home Baking Show 2024 dijadualkan berlangsung mulai 17 hingga 19 Oktober di Pusat Ekspo Antarabangsa Wuhan. Bakery China ke-27 dijadualkan untuk diadakan mulai 19 hingga 22 Mei 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan.

 

Source: Bakery China
Keywords: Food/Beverages Organic Food Restaurants Retail Trade show news