omniture

SERMATEC Memajukan Strategi Karbon-Sifar dengan Projek Storan Tenaga Komersial di Eropah Timur

SERMATEC
2024-06-13 21:13 84

FRANKFURT, Jerman, 13 Jun 2024 /PRNewswire/ -- SERMATEC, salah satu daripada sebahagian kecil syarikat yang dipilih untuk senarai Tahap 1 BloombergNEF (BNEF) selama dua suku tahun berturut-turut, baru-baru ini menyelesaikan sambungan grid projek storan tenaga komersial dan perindustrian (C&I) di Eropah Timur. Projek ini menyampaikan penyelesaian storan tenaga (ESS) komprehensif yang merangkumi sistem storan EasyCube Series 372kWj, PCS, Transformer Pengasingan dan Kabinet Terhubung-grid Bersepadu.


Selok-belok sebenar projek ini menonjolkan penyediaan set lengkap penyelesaian storan yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan. Sistem storan EasyCube Series 372kWj amat sesuai khususnya untuk keperluan storan tenaga C&I berkapasiti besar. Dengan skala projek 372kWj*2, ia menawarkan beberapa kelebihan prestasi:

  • Ia membawakan perlindungan kebakaran rendaman tahap-PACK bagi memastikan keselamatan yang tinggi dan kabinetnya mempunyai tahap perlindungan tinggi IP55, menjamin prestasi yang stabil dalam persekitaran luar yang kompleks.
  • Sistem pengurusan kesihatan bateri pintar, merangkumi penilaian kesihatan, amaran keselamatan dan ramalan jangka hayat, memastikan status sistem dan pengurusan risiko yang komprehensif, membolehkan operasi serta penyelenggaraan yang selamat.
  • Tindak balas penghantaran berkelajuan tinggi sistem ini, dengan perbezaan suhu sel sebanyak ≤3℃, meningkatkan lagi jangka hayat bateri.

ESS benar-benar meningkatkan kualiti kuasa dan menyediakan kuasa sandaran, mengurangkan kos tenaga untuk perusahaan dan meningkatkan penggunaan tenaga hijau. Ia juga mengekalkan operasi sistem yang selamat dan stabil, menyokong selanjutnya strategi karbon sifar.

Li Feng, Pengerusi SERMATEC, menyatakan rasa bangga beliau terhadap pencapaian syarikat, dengan menyatakan, "Saya berasa teruja dengan kemajuan luar biasa yang dicapai oleh kami dalam pasaran storan tenaga global. Kejayaan penyerahan projek storan tenaga C&I kami di Eropah Timur bukan sahaja menunjukkan dedikasi kami terhadap teknologi dan penyelesaian tetapi juga mencerminkan pemahaman mendalam kami berhubung keperluan pelanggan. Pengembangan kami yang berterusan di Eropah, APAC, Afrika dan Amerika Latin, berserta projek-projek yang berjaya baru-baru ini di Eropah, Afrika dan Asia Tenggara, benar-benar memperkukuh kedudukan utama kami pada skala global."

Memandang ke hadapan, SERMATEC akan mempamerkan inovasi terkininya di pameran-pameran industri yang akan datang. Di SNEC, syarikat ini akan berada di Reruai No. A130 di Dewan 8.1, memperkenalkan produk terkini dan "Stesen Kerja Rendah Karbon Hijau" bagi membantu perusahaan mencapai strategi karbon sifar. Di Intersolar, yang terletak di Reruai No. C2.410, SERMATEC akan mempamerkan ESS komersial dan bahagian grid yang terkini. Syarikat ini juga khususnya mengekalkan pejabat di Frankfurt, Jerman.

SERMATEC mengekalkan strategi pembangunan berpandangan jauh dan bersungguh-sungguh secara konsisten, melabur dengan banyak di rantau seperti Eropah dan APAC sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memahami permintaan pasaran tempatan dan menyediakan ESS yang tangkas. Syarikat ini kini sedang bersedia untuk menyerahkan beberapa projek di Eropah, Afrika dan Asia Tenggara. Sebagai pengeluar storan tenaga Tahap 1 BNEF, SERMATEC berjaya menyampaikan lebih 5GWj sistem storan tenaga ke seluruh dunia. Kumpulan pelanggan globalnya menjangkau lebih daripada 30 negara dan wilayah. Menerusi pasukan teras yang mempunyai pengalaman industri selama lebih 20 tahun dan lebih 55% kakitangan yang menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pembangunan, SERMATEC serba lengkap untuk memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang. 

Source: SERMATEC
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news