omniture

BMO Mempernalkan Rohit Sharma sebagai Duta Kriket Global

BMO Financial Group - Strategy
2024-06-14 00:11 64
  • Pemain kriket dan ikon budaya antarabangsa Rohit Sharma telah dinamakan sebagai duta kriket BMO menjelang Piala Dunia Kriket T20 Lelaki ICC.

TORONTO, 14 Jun 2024 /PRNewswire/ -- BMO hari ini mengumumkan kerjasama duta kriket dengan pemain kriket profesional dan ikon budaya antarabangsa, Rohit Sharma, menjelang Piala Dunia Kriket T20 Lelaki ICC 2024 pada bulan Jun, yang diadakan buat julung kalinya di Amerika Utara serta di Hindia Barat.

Diraikan oleh peminat di seluruh dunia, Rohit Sharma telah meraih pelbagai anugerah dan rekod dalam semua format permainan. Peminat di India dan seluruh dunia boleh menjangkakan untuk melihat Rohit mengetuai pasukan India dalam Piala Dunia Kriket T20 Lelaki ICC tahun ini.

Kata Sumit Sarkar, Ketua Pertumbuhan & Segmen Pelanggan, BMO, "Kisah Rohit Sharma tentang cita-cita, semangat dan kejayaan menjadi inspirasi bagi ramai orang di seluruh dunia, termasuk peminat yang datang ke Kanada untuk membina kehidupan baharu dan mencapai kemajuan kewangan yang sebenar. Sukan membangkitkan semangat kemasyarakatan dan tujuan yang melampaui sempadan. Kerjasama kami dengan Rohit mencerminkan hubungan global kriket dan membolehkan kami bertemu dengan pendatang baharu di mana sahaja mereka berada dalam perjalanan kewangan mereka dengan menghubungkan mereka dengan sebahagian dari tempat asal mereka ke tempat baharu mereka."

"Sepanjang kerjaya saya, saya telah melihat bagaimana kriket menyatukan dan memberi inspirasi kepada peminat-peminat di seluruh budaya dan sempadan. Berpegang kepada keyakinan ini, saya gembira dapat bekerjasama dengan BMO dan berperanan dalam komitmen mereka untuk membantu pendatang baharu mencapai kemajuan di mana-mana pun mereka berada," kata Rohit Sharma. "Dengan sokongan yang tepat, saya selalu percaya bahawa sebarang impian boleh dicapai dengan kerja keras dan ketekunan. Bersama dengan BMO, saya berharap dapat menjadi suara yang memberi kuasa kepada peminat untuk mengejar dan mencapai matlamat peribadi dan kewangan mereka," tambah beliau lagi.

Melalui kerjasama dengan BMO, Rohit akan muncul dalam video promosi dan siaran media sosial untuk memberi inspirasi kepada pendatang baharu di Kanada supaya merancang perjalanan kewangan mereka yang baharu. Kerjasama duta kriket ini memperkukuhkan komitmen BMO untuk menyediakan pengalaman perbankan yang mudah dan berteknologi digital yang menyokong pendatang baharu di Kanada sepanjang perjalanan mereka dan memberi kuasa kepada mereka untuk mencapai kemajuan kewangan. 

Pada tahun 2023, program New to Canada BMO diiktiraf untuk Penggunaan Teknologi Terbaik dalam Perbankan Runcit oleh Anugerah Teknologi Perbankan, sebuah organisasi yang meraikan perkembangan utama dan inovasi dalam perbankan, kewangan dan teknologi. Pada November 2023, program Pembukaan Akaun Pra-Ketibaan NewStart® BMO menerima Anugerah Inovasi Global BAI dan Anugerah Inovasi Perbankan Qorus-Accenture, menekankan usaha berterusan BMO untuk menerajui kemajuan dalam perbankan digital dan mencerminkan misi bank tersebut untuk menyediakan pengalaman perbankan yang luar biasa merentasi sempadan.

Permulaan Baharu Menjadi Lebih Mudah: BMO Membantu Pendatang Baharu Mencapai Kemajuan Kewangan Sebenar 

  • Program Permulaan Baharu BMO: Program NewStart BMO menyediakan pelanggan dengan rangkaian produk perbankan terbaik, diperibadikan dan tanpa yuran, termasuk akaun semasa dan simpanan, pilihan gadai janji yang disesuaikan, kredit tanpa sejarah kredit, pelaburan dan pemindahan wang ke seluruh dunia untuk membina kewangan mereka.

  • Program Pembukaan Akaun Pra-Ketibaan: Program perbankan digital terkemuka industri BMO membolehkan pemohon dalam talian di bidang kuasa yang layak untuk memproses permohonan akaun bank Pra-Ketibaan BMO mereka dengan serta-merta. Program ini juga membolehkan pemohon dari 13 negara untuk membuka akaun bank dalam beberapa minit dan GIC Pelajar Antarabangsa jika layak, sebelum mereka tiba di Kanada, menjadikan peralihan kewangan mereka lebih mudah dan cepat.

  • BMO SmartProgress: Untuk membantu dengan peralihan mereka, BMO SmartProgress ialah program pendidikan kewangan dalam talian percuma yang menyediakan pendatang baharu dengan pengalaman pembelajaran yang diperibadikan, atas permintaan dan interaktif. Platform celik kewangan ini bertujuan untuk membantu mendidik pendatang baharu tentang sistem perbankan Kanada dan membantu mereka membentuk tabiat kewangan yang baik ketika mereka memulakan kehidupan baharu. Platform ini mengandungi kandungan termasuk video dan alat untuk memberi pendatang baharu pemahaman yang lebih baik tentang topik kewangan kompleks, termasuk pengurusan belanjawan dan kredit, pemilikan rumah dan pelaburan untuk masa depan mereka.

  • Program Bakat Pendatang Baharu BMO: Program Bakat Pendatang Baharu BMO adalah program pengambilan untuk orang yang kehilangan tempat tinggal, pendatang, dan pelarian, menyediakan sokongan dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk pendatang baru ke Kanada dan Amerika Syarikat. Program ini termasuk halaman perekrutan yang diperibadikan yang memudahkan pencari kerja untuk memperkenalkan diri kepada BMO dan meneroka peluang kerja di Kanada dan Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara BMO dapat membantu warga Kanada baharu mencapai kemajuan kewangan, layari www.bmo.com/newcomers.

Perihal BMO Financial Group 
BMO Financial Group merupakan bank kelapan terbesar di Amerika Utara dari segi aset, dengan jumlah aset keseluruhan sebanyak $1.4 trilion pada 30 April 2024. Melayani pelanggan selama 200 tahun dan terus berkembang, BMO adalah sebuah pasukan yang pelbagai dengan pekerja yang sangat berpenglibatan yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan peribadi dan komersial, pengurusan kekayaan, pasaran global dan perbankan pelaburan kepada 13 juta pelanggan di seluruh Kanada, Amerika Syarikat, dan beberapa pasaran pilihan di seluruh dunia. Didorong oleh satu tujuan tunggal, iaitu untuk dengan Berani Memupuk Kebaikan dalam perniagaan dan kehidupan, BMO berkomitmen untuk mendorong perubahan positif di dunia ini, serta membuat kemajuan untuk ekonomi yang berkembang, masa depan yang mampan, dan masyarakat yang inklusif.

Hubungan Media: Anke Suwanda, Toronto, Anke.Suwanda@bmo.com, (416) 867-3996

Source: BMO Financial Group - Strategy
Related Stocks:
NYSE:BMO Toronto:BMO
Keywords: Banking/Financial Service Sports New products/services