omniture

Asia Plantation Capital Komited untuk Bekerja Bersama Pakar Industri Kayu Agar Terkemuka China

Asia Plantation Capital
2014-11-13 15:03 198

SINGAPURA, 13 November 2014 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital baru-baru ini melebarkan sayapnya ke tanah besar China. Negara ini kini mendapat reputasi sebagai pasaran tunggal terbesar dan paling pantas berkembang di dunia untuk kayu Agar – atau dikenali sebagai "kayu gaharu" di negara dengan kepadatan penduduk tertinggi itu.

Perluasan

Peringkat pertama perluasan ini ialah usaha sama bersama Hua Lin aloes Biological Engineering Co. Ltd., China bagi membina dan mengendalikan kilang penyulingan minyak kayu Agar (Oud) yang canggih serta mengurus kilang pengeluaran dan pembungkusan serpai kayu dan kemenyan yang sedia ada.

Sistem milikan itu yang dibangunkan oleh Asia Plantation Capital di Thailand – yang memudahkan penyarian minyak Oud yang konsisten dan berkualiti tinggi – akan diwujudkan dalam kilang binaan khusus seluas 30,000 kaki persegi di Dongguan, terletak di dalam taman kayu Agarnya sendiri yang seluas 100 ekar, terletak kurang 30 minit perjalanan dari sempadan dengan Hong Kong.

Tradisi

Hua Lin aloes Biological Engineering Co. Ltd., telah mengeluarkan produk serpai kayu dan kemenyan daripada kayu Agar sejak sekian lama. Sebahagian daripada penyelidikan dan program perluasan yang dimulakan oleh syarikat itu adalah untuk menyumber dan mengaturkan penggunaan sistem terbaik dan paling canggih secara berkesan untuk penyarian minyak kayu Agar, serta untuk penggredan dan pengeluaran serpai kayu dan ukiran kayu yang berkualiti tinggi.

Penyumberan

Selepas dua tahun dihabiskan untuk penyelidikan dan lawatan serta penilaian beberapa syarikat, pegawai eksekutif daripada Hua Lin aloes Biological Engineering Co. Ltd., serta Lembaga Pengarahnya membuat keputusan untuk memasuki perkongsian pengeluaran untuk minyak Oud di tanah besar China, memanfaatkan sistem canggih Asia Plantation Capital. Ini bakal menjadi sebahagian daripada pelaburan berterusan syarikat itu dalam penyelidikan dan pembangunan, dan akan diurus serta dikendalikan sepenuhnya oleh Asia Plantation Capital.

Hubungan

Jurucakap Asia Plantation Capital dan Pegawai Pengantara China, Yan Peng dipetik sebagai berkata, "Kami bangga dan berbesar hati kerana Hua Lin Group dari China telah memilih untuk bekerja bersama Asia Plantation Capital, dan menetapkan perniagaan usaha sama baharu dalam membangunkan dan memperluas kilang penyarian minyak Oud dan pengeluaran di China. Ini memberi kami kelebihan daya saing yang sangat besar untuk mencapai pasaran China dengan produk kayu Agar berkualiti tinggi kami, serta potensi eksport tambahan daripada kilang itu kepada pasaran lain seluruh dunia. Ini membenarkan kami memanfaatkan pengalaman kami bersama Hua Lin aloes Biological Engineering Co. Ltd., yang telah mengeluarkan kemenyan dan serpai kayu sejak sekian lama."

Apabila ditanya tentang pasaran masa kini, Yan Peng berkata, "Buat masa kini, China dilaporkan mengimport, secara rasminya, lebih 460 tan kayu Agar setiap tahun, dan kini kami di Asia Plantation Capital menyasarkan untuk mencapai peratusan yang besar dalam pasaran ini daripada ladang kami di Thailand dan Malaysia. Kini kami boleh memproses bahan mentah yang dihasilkan dalam ladang kami di Thailand dan negara lain di tanah besar China, menggunakan sistem yang hanya boleh didapati dalam pasaran China."

Pasaran

Yan Peng berkata lagi, "Melihatkan hanya peratusan kecil perdagangan kayu Agar di China – dan di seluruh dunia – yang direkodkan secara rasmi, angka dan permintaan sebenar mungkin lebih tinggi lagi. Anggaran biasa memberikan bilangan kedai runcit di China yang menjual serpai kayu Agar, biojisim, produk perubatan dan juga minyak, sebanyak lebih 5,000 kedai; dengan lebih 400 di Beijing sahaja. Daerah Fujian mempunyai kira-kira 1,200 kedai kayu Agar, dan nampaknya angka itu pun akan meningkat nanti."

Kepakaran

Sebagai komitmen lanjut kepada pasaran China serta memperluas tapak pengetahuan milikan mereka pada peringkat global, Asia Plantation Capital dengan bangganya mengalu-alukan Dr. Haofu Dai ke dalam Lembaga Penasihat Saintifik sepenuh masa mereka.

Dr. Dai ialah salah seorang pakar yang paling terkemuka dan paling dihormati di China dan di dunia kerana kepakaran beliau dalam kayu Agar, dan khususnya sistem inokulasi canggih. Kini beliau akan menyertai Dr Pakamas Chetpattananondh dari Thailand dan SKP Engineering dalam Lembaga Penasihat Saintifik syarikat itu.

Dr. Dai turut merupakan Timbalan Pengarah Institut Biosains Tropika dan Bioteknologi, serta Akademi Sains Tropika dan Pertanian China – institusi yang dikhususkan kepada penyelidikan dan pembangunan dalam sektor biosains pertanian.

Semasa di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber Perubatan Hainan Li di China, Dr. Dai menghabiskan lebih 10 tahun daripada program penyelidikan perubatan beliau untuk menerokai kayu Agar serta pelbagai aspeknya. Penyelidikan beliau termasuklah kajian terperinci tentang, dan penyiasatan tentang, penghasilan serta sistem pengeluaran kayu Agar domestik di China, serta dalam 10 negara lain – termasuklah Vietnam, Indonesia, Malaysia, Laos, Myanmar dan juga Thailand – semuanya menempatkan projek Asia Plantation Capital yang sedang beroperasi.

Penyelidikan

Sepanjang tempoh ini, Dr. Dai menyempurnakan dan mendaftarkan paten sistem inokulasi tersendiri, yang sebelum ini hanya digunakan di China, yang menyebabkan seluruh pokok mengeluarkan getah kayu Agar sebagai tindak balas jangkitan yang sengaja dimasukkan. Asia Plantation Capital menjalankan ujian menyeluruh di Thailand dan pasaran lain, dan kini menggunakan sistem ini dalam keadaan yang terbukti sangat baik.

Sistem yang telah dipatenkan itu membenarkan jangkitan yang dalam melibatkan keseluruhan pokok dalam jangka masa berpanjangan – malah termasuk akarnya sekali. Ini akan meningkatkan isi padu biojisim boleh guna dan terjangkit dalam pokok itu secara dramatik bagi menghasilkan minyak, serta untuk serpai kayu terjangkit yang menghasilkan produk akhir organik yang konsisten.

Pembangunan

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital Barry Rawlinson berkata, "Kami bangga kerana berada di barisan hadapan untuk sentiasa memperbaiki penyelidikan dan pembangunan sistem terbaik dan paling cekap untuk merangsang penghasilan getah di dalam pokok. Kami juga komited terhadap penambahbaikan dalam penyulingan, penyarian serta pemprosesan bagi memastikan produk akhir kami sentiasa konsisten dan berkualiti tinggi."

Beliau berkata lagi, "Sistem baharu yang dibangunkan oleh Dr. Dai ini memang tersendiri, kerana ia membenarkan pokok itu terus bertumbuh, dan agar sistem itu dapat diserap oleh keseluruhan pokok sepanjang tempoh masa antara 2 hingga 5 tahun. Apabila puncak jangkitan dicapai, pokok akan mula merosot dan malah boleh mati jika dibiarkan terlalu lama. Pemikiran asli serta kepakaran Dr. Dai telah mengelakkan masalah ini. Pencapaian ini adalah sangat besar dalam industri yang sudah sedia terbukti mempunyai potensi untuk meningkatkan lagi nilai dan kemungkinan penghasilan daripada pokok yang kami tanam di ladang kami yang terurus. Kami ingin berkongsi sistem ini dengan penanam dan pengeluar lain melalui program "penanam luar" kami, yang menerusinya Asia Plantation Capital akan bertanggungjawab membeli semula semua pokok yang dijangkiti sebaik saja ia sudah matang. Ini akan membolehkan kami memaksimumkan syer pasaran kami dan mengawal kualiti produk akhir yang dihasilkan daripada pokok Agar, menggunakan sistem pemprosesan dan penyaringan yang berkaitan dengan teknik inokulasi terbukti. Minyak dan serpai kayu akhir yang dikeluarkan oleh sistem ini turut konsisten dengan piawai kami sendiri yang sangat tinggi."

Pesanan

Dr. Dai sering dilihat dalam televisyen di China – muncul dalam CCTV (China Central Television) Saluran 1 dan Saluran 2, serta Saluran 4 dan Saluran 10 – terutamanya melalui rancangan khas dan juga dokumentari tentang kepentingan kayu Agar dan kayu gaharu dalam masyarakat China. Ulasan Dr. Dai sebagai Ilmuwan China terkemuka yang berkepakaran dalam kayu Agar, telah memberikan lebih banyak perhatian dan kepentingan terhadap industri yang penting dalam Republik Rakyat itu.

Lewat tahun ini, Dr. Dai akan menerbitkan buku bertajuk 'The Global Agarwood Industry', yang akan menyediakan pandangan seimbas lalu yang menarik dan tajam ke dalam industri itu. Buku itu adalah hasil titik keringat selama 10 tahun bagi Dr. Dai (daripada segi penulisan serta penyelidikan), dan akan memasukkan sekali sumbangan daripada ramai rakan sekerja akademik beliau yang terhormat.

Kualiti

Keputusan ujian bebas baru-baru ini daripada kilang penyulingannya, diterbitkan oleh Asia Plantation Capital, telah menunjukkan yang minyak Oud mereka diberi gred 'A+'. Ini merupakan hasil penilaian 9 komponen organik utama, termasuk agarospirol, eudesmol, serta guaiol. Komponen sama ini boleh ditemui dalam serpai kayu syarikat itu, dan menghasilkan ketekalan dalam setiap kumpulan (dianalisis sewajarnya) yang penanam lain (menggunakan kaedah perniagaan kampung kecil) dapati mustahil untuk menirunya. Ia sangat penting bagi pasaran pengguna akhir dalam bidang perubatan, minyak wangi, farmaseutikal dan juga kosmetik.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel: adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65 6222 3386
Mudah Alih: +65 9750 7440

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta pantas:

  • AS$ 600 juta – nilai tergabung aset yang dimiliki dan di bawah pengurusan
  • AS$ 53.5 juta – perolehan dalam tahun kewangan lepas
  • AS$ 100 juta - ramalan perolehan untuk tahun kewangan semasa
  • 2,000,000 – bilangan pokok Aquilaria hari ini, di ladang kayu Agar.

Asia Plantation Capital ialah pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan komersil dan pertanian komersil merentasi rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia, sebahagian daripada syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokus mereka adalah ke atas pelbagai projek perladangan berbilang budaya yang diwujudkan bagi memenuhi permintaan domestik dan komersil dalam negara tempat mereka beroperasi. Bekerjasama rapat dengan komuniti tempatan yang membantu ialah prinsip teras dasar bagi perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan, bagi menjauhkan masyarakat ini daripada pembasmian hutan dan aktiviti pembalakan haram, yang sebelum ini dianggap sebagai sumber pendapatan utama dalam sesetengah rantau di Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008, (namun beroperasi secara swasta mulai tahun 2002), kumpulan itu kini mempunyai projek perladangan dan pertanian atas empat benua dengan projek pengendalian pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara serta Eropah.

Menggalakkan penggunaan kayu yang diperakui dan mampan ialah cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian biologi serta memerangi kemiskinan dalam rantau hutan hujan tropika. Untuk sektor kapal layar (pengguna tegar kayu jati), yang sentiasa mahukan kecemerlangan, dan sudah pun terlibat dapat usaha pemuliharaan alam sekitar, ini juga menjamin yang tiada kayu hasil pembalakan haram digunakan.

Latar Belakang Hua Lin aloes Biological Engineering Co Ltd.

Hua Lin aloes Biological Engineering Co Ltd. dari China telah mengeluarkan dan menghasilkan produk kayu Agar (kayu gaharu) selama lebih 20 tahun, dengan menyediakan bekalan kepada pasaran tempatan dan eksport China.

Komited terhadap pengeluaran dalam cara yang mesra alam dan selamat daripada segi ekologi, Hua Lin bukan sahaja berada dalam kedudukan untuk menjamin bekalan produk kayu Agar kepada pasaran yang sentiasa berkembang, tetapi turut menjamin pengguna akhir mendapat kualiti tinggi bagi semua produknya. Ini telah menjadikannya salah satu pembekal produk kayu Agar yang paling dipercayai dan dicari-cari di Asia Tenggara dan melangkauinya.

Kayu Agar, dan minyak Oud yang dikeluarkan daripadanya, ialah komoditi yang menjadi semakin berharga dan telah digunakan dalam pelbagai budaya selama ribuan tahun. Ia telah menjadi komponen dalam upacara keagamaan, pembakaran kemenyan, serta untuk pelbagai khasiat kesihatannya yang menjadikan bahan mistik ini begitu terkenal.

Hari ini minyak Oud ialah salah satu bahan yang paling diingini dalam wangian mewah, dan telah menjadi komponen penting untuk kebanyakan pengeluar minyak wangi elit dunia. Ini merupakan tambahan di samping permintaan untuknya yang tinggi dalam industri kosmetik dan farmaseutikal.

Di barisan hadapan teknologi canggih dalam proses pengeluaran untuk kayu Agar, Hua Lin aloes Biological Engineering Co Ltd. dari China mengkhusus dalam perusahaan berteknologi tinggi bersepadu dan pembangunan produk. Kini ia sedang berkolaborasi dengan Akademi Perhutanan China, Universiti Guangxi, serta Akademi Sains Perubatan China.

Hua Lin aloes Biological Engineering Co Ltd. dari China menggabungkan amalan perniagaan moden dan semangat keusahawanan, serta rasa hormat kepada tradisi yang didatangkan bersama bahan yang wujud sejak sebelum ketamadunan manusia lagi. Menjadi sebahagian daripada bahagian pengeluaran pakar untuk Asia Plantation Capital merupakan satu lagi perkembangan menguja bagi syarikat yang sudah mantap dan dihormati ramai itu.

Hua Lin aloes Biological Engineering Co Ltd. dari China telah dikenal pasti oleh Asia Plantation Capital sebagai rakan kongsi perniagaan yang sesuai, turut sama berkongsi nilai teras untuk kemampanan, tanggungjawab korporat dan juga kesedaran alam sekitar, serta pendekatan tekun terhadap semua pelabur dan pihak berkepentingan.

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Joint ventures