omniture

Daimler Financial Services Jangka 2014 Sebagai Tahun Terbaik dalam Sejarah Syarikat

Daimler Financial Services AG
2014-11-13 21:00 101

STUTTGART, Jerman, 13 November 2014 /PRNewswire/ --

  • Rekod jumlah kenderaan dibiayai atau disewa sebanyak 3.3 juta
  • EBIT meningkat sebanyak 14 peratus kepada hampir EUR1.1 bilion hingga September
  • Hasil daripada perkhidmatan mobiliti akan mencapai EUR 100 juta pada tahun 2014

Daimler Financial Services dijadualkan mencipta rekod baharu pada tahun 2014. Syarikat tersebut kini menyewa atau membiayai lebih banyak kenderaan penumpang, van, trak serta bas berbanding sebelumnya -- berjumlah 3.3 juta kenderaan bernilai EUR95 bilion. "Kami mengalami salah satu tahun terbaik dalam sejarah syarikat kami," kata Klaus Entenmann, Pengerusi Lembaga Pengurusan Daimler Financial Services. "Kami mencatatkan EBIT hampir EUR1.1 bilion bagi tiga suku pertama tahun 2014; ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 14 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya -- rekod baharu yang sukar ditandingi."

Pada sepuluh bulan pertama tahun ini, Daimler Financial Services memulakan kira-kira 1.1 juta kontrak pembiayaan atau penyewaan baharu di seluruh dunia (lebih 13 peratus berbanding tahun sebelumnya) dengan nilai berjumlah EUR38 bilion. Khasnya di China, semakin ramai pelanggan kereta kini membiayai atau menyewa kenderaan mereka -- dan hasilnya, jumlah kontrak baharu di China meningkat lebih sekali ganda. Jumlah polisi insuran kenderaan yang diaturkan oleh Daimler Financial Services di serata dunia turut meningkat -- sebanyak 10 peratus kepada hampir 1.1 juta.

Pertumbuhan selanjutnya

Pada beberapa tahun akan datang, Daimler Financial Services menjangkakan pembangunan yang positif. "Kami terus berusaha untuk mengalami pertumbuhan yang menguntungkan," kata Entenmann. Pertumbuhan ini akan didorong oleh beberapa faktor seperti serangan model Mercedes-Benz dan permintaan yang kian meningkat di negara seperti China dan India. Di samping itu, Daimler Financial Services merancang untuk menarik lebih ramai pelanggan muda dengan menawarkan beberapa syarat yang fleksibel untuk mereka. Syarikat ini juga akan menambahkan aktiviti dalam talian dan menawarkan lebih banyak aplikasi.

Perkhidmatan mobiliti daripada satu sumber

Daimler Financial Services juga merancang untuk terus berkembang melalui syarikat subsidiari perkhidmatan mobiliti moovel GmbH, yang hasilnya akan mencecah EUR100 juta buat kali pertama pada tahun 2014. Aplikasi moovel menyediakan pelbagai perkhidmatan mobiliti, yang termasuklah perkongsian kereta dan perkhidmatan teksi sehinggalah kepada pengangkutan awam. "Dengan moovel, kami mahu mendefinisikan semula mobiliti peribadi," kata Entenmann. Pada bulan September lalu, moovel GmbH mengambil alih Intelligent Apps GmbH, yang menyediakan aplikasi mytaxi, dan juga platform mobiliti Ridescout di A.S. Tumpuan utama moovel ialah perkhidmatan perkongsian kereta car2go, yang kini mempunyai lebih 900,000 pelanggan.

Anugerah majikan

Institut bebas, Great Place to Work Institute mengkategorikan Daimler Financial Services sebagai salah satu majikan terbaik di dunia. Pada bulan Oktober, institut tersebut mengelaskan bahagian Perkhidmatan Kewangan Daimler pada senarai 25 "Tempat Kerja Multinasional Terbaik Dunia". DFS merupakan syarikat Jerman pertama yang disertakan dalam senarai tersebut. Kira-kira 2,800 syarikat layak menyertai pertandingan tersebut. "Menjadi tempat kerja yang hebat merupakan suatu set minda," kata Entenmann. "Budaya korporat kami adalah berdasarkan set nilai teras yang jelas. Setiap pekerja mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk menjadikan syarikat kami tempat kerja yang hebat. Mereka berjaya melakukannya. Kakitangan kami yang amat bermotivasi dan budaya kami yang mantap merupakan beberapa faktor yang membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang cemerlang serta hasil yang mantap tahun demi tahun."

Hubungi:
Andreas Spannbauer
Talian: +49(0)711-25-74-40-78

Maklumat lanjut tentang Daimler boleh didapati di Internet melalui http://www.media.daimler.com dan http://www.daimler-financialservices.com .

Source: Daimler Financial Services AG
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Earnings projections or forecasts