EYSINS, Switzerland, 14 November 2014 /PRNewswire/ -- Berikutan pendaftaran penuh rangkaian produknya oleh FDA China pada April lalu, Biosafe terus mempergiat aktivitinya di Republik Rakyat China melalui perluasan secara besar-besaran terhadap operasinya yang berpangkalan di Shanghai, termasuk pengambilan kakitangan dan penggabungan kemudahan. Perluasan sedemikian membolehkan Biosafe menyokong sejumlah besar pembangunan baharu di China dalam pasaran Bank Darah Tali Pusat, Perubatan Jana Semula serta Biopemprosesan yang diterajui oleh Kumpulan tersebut.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140407/679480)
Bagi meraikan perluasan perniagaan yang penting ini, hari ini Biosafe mengadakan acara sambutan rasmi di Grand Hyatt Hotel Shanghai, berserta persidangan tentang terapi sel induk yang akan turut melibatkan pembentangan kertas dasar oleh Dr. Joanne Kurtzberg (Pengarah, Program Pemindahan Sumsum dan Darah Pediatrik, Duke University, Amerika Syarikat).
Olivier Waridel, Ketua Pegawai Eksekutif Biosafe Group mengulas: "Perluasan operasi kami di China memperlihatkan komitmen Biosafe untuk bekerjasama dengan komuniti terapi sel China, dengan bekerja lebih rapat bersama para pelanggan kami dan juga rakan kongsi saintifik di Republik Rakyat China. Biosafe berharap dapat terus mewujudkan hubungan yang rapat bersama mereka dan amat bersemangat untuk bersama-sama menyokong usaha mereka."
Latar Belakang Biosafe Group
Biosafe Group yang diasaskan pada tahun 1997 amat aktif mereka bentuk, menghasilkan dan turut memasarkan sistem pemprosesan sel automatik. Sebagai syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di Switzerland, Biosafe Group beroperasi melalui syarikat subsidiari serantau (Geneva, Houston, Hong-Kong, Shanghai dan juga São Paulo) serta berada di lebih 50 negara, sama ada secara langsung atau melalui pihak pengedar.
Untuk maklumat lanjut:
Christopher Bolton
Ketua Pegawai Kewangan
Biosafe Group SA
+41-22-365-27-27
christopher.bolton@biosafe.ch
http://www.biosafe.ch