omniture

Here Lies Love dan Kerajaan NSW Umumkan Tempat untuk Tumpuan Utama Teater Vivid Sydney

Tarikh jualan tiket dan pakej pelancongan diumumkan
Destination NSW
2014-11-14 10:08 157

SYDNEY, 14 November 2014 /PRNewswire/ -- Pengumuman telah dibuat hari ini tentang tempat sementara khas yang akan dibina di Barangaroo bagi tujuan menempatkan salah satu persembahan teater paling inovatif yang akan diadakan di Australia tahun hadapan. Para penonton Sydney dijangka akan teruja apabila anggota pengasas Talking Heads, David Byrne dan Fatboy Slim menerusi persembahan New York yang dikagumi berjudul Here Lies Love, akan membuat kemunculan di bandar itu sebagai sebahagian daripada acara Vivid Sydney pada Mei 2015.

Talking Heads’ David Byrne with Destination NSW CEO, Sandra Chipchase and Newtheatricals Director, Rodney Rigby. Photo credit: Brett Hemmings; Destination NSW
Talking Heads’ David Byrne with Destination NSW CEO, Sandra Chipchase and Newtheatricals Director, Rodney Rigby. Photo credit: Brett Hemmings; Destination NSW

 

Talking Heads’ David Bryne in Sydney today for Here Lies Love announcement. Photo credit: Brett Hemmings; Destination NSW
Talking Heads’ David Bryne in Sydney today for Here Lies Love announcement. Photo credit: Brett Hemmings; Destination NSW

Menteri Pelancongan Serantau NSW, John Barilaro berkata, "Here Lies Love akan menjadi persembahan pertama yang ditayangkan di Central Barangaroo, kawasan baharu bersebelahan pelabuhan yang akan menampilkan ruang terbuka bagi mengadakan pesta, aktiviti hiburan, kesenian, kebudayaan dan juga aktiviti pendidikan."

"The Millennium, tempat sementara yang menarik, akan menggabungkan kemesraan dan daya cipta yang berani serta mengaitkan sejarah perkapalan di lokasi tersebut sambil berdiri megah bagi memaparkan keindahan pembaharuan bandar yang berlaku di Barangaroo."

"Sebagai tayangan perdana Australia di Sydney pada bulan Mei, Here Lies Love akan menjadi persembahan muzikal pertama yang mendapat tumpuan utama di Vivid Sydney, yang merupakan pesta muzik, cahaya dan juga idea terbesar di Hemisfera Selatan."

"Hanya dalam tempoh enam tahun, Vivid Sydney menjadi pesta terbesar dan paling berjaya di Australia, dengan catatan 1.43 juta orang mengunjunginya pada tahun 2014. Pesta ini adalah yang terbaik untuk memaparkan kreativiti dan inovasi Here Lies Love," kata beliau.

Here Lies Love di The Millennium akan dipersembahkan kepada penonton dengan nilai seni, budaya serta hiburan yang akan diadakan pula di Central Barangaroo setelah proses pembinaan selesai.

David Byrne berkata "Suatu pesta di Australia telah mencuba nasib dengan bahan ini pada mulanya – yang merupakan versi konsert – jadi sewajarnya setelah bertahun-tahun lamanya Here Lies Love akhirnya muncul kembali, sebagai persembahan sebagaimana ia sepatutnya diadakan. Tindakan untuk memastikan ketepatannya dan memahaminya telah mengambil masa, namun itu berjaya dilakukan."

"Saya dapat merasakan penduduk Australia dapat 'memahami' persembahan ini – bukan sekadar aspeknya yang mendalam, bahkan sejarah dan era persembahan ini sedia diketahui oleh kebanyakan penduduk Australia, memandangkan Filipina begitu dekat jaraknya dari situ."

"Peluang untuk menjadi sebahagian daripada Vivid Sydney adalah sangat hebat – banyak perkara dapat disaksikan pada persembahan ini – selain menjadi sebahagian daripada projek kebudayaan yang besar di Barangaroo."

Tiket untuk Here Lies Love akan dijual bermula pada hari Isnin, 24 November. The Millennium dapat menampung 550 orang dan terbitan itu dijangka akan menarik minat ramai pihak. Oleh itu, para penonton digalakkan untuk membuat tempahan sekarang dan memanfaatkan peluang pakej pelancongan bernilai hebat daripada Wotif.com:

Percutian pertengahan minggu serendah $166pp(AUD)*

  • Dua tiket bagi persembahan sebelah malam
  • Penginapan satu malam di Metro Hotel Sydney Central di dalam Bilik Kembar Kelas Mewah (Deluxe Double)

Hujung minggu Luxe serendah $241pp(AUD)^

  • Dua tiket bagi persembahan sebelah malam
  • Penginapan satu malam di Sofitel Sydney Wentworth di dalam Bilik Klasik

Here Lies Love diterbitkan di Australia oleh Rodney Rigby bersama Joey Parnes dan Emursive serta mendapat sokongan Destination NSW, yang merupakan agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW.

Sila layari www.sydney.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tiket Mula Dijual:

Isnin 24 November 2014

Persembahan bermula pada:

Khamis 7 Mei 2015

Waktu:

Selasa -- Khamis pada 7.30 malam; Jumaat pada 8 malam


Sabtu pada 4 petang dan 8 malam; Ahad pada 2 petang dan 6 petang.

Tiket:

Serendah $99(AUD) (bayaran transaksi mungkin dikenakan)

Tempahan:

Ticketmaster: 1300 723 038 atau www.ticketmaster.com.au/Here-Lies-Love 


Kumpulan: 1300 889 278 atau groups@ticketmaster.com.au

Bagi pakej pelancongan termasuk hotel, tiket dan/atau tambang penerbangan, sila layari www.wotif.com.

Syarat Pakej Pelancongan: Tertakluk kepada ketersediaan.

*

Berdasarkan perkongsian berkembar. Termasuk tiket sebelah malam Here Lies Love dan penginapan semalaman di Metro Hotel Sydney Central. Harga adalah berdasarkan kadar untuk hari Selasa 26 Mei 2015. Benar setakat 12.11.14.

^

Berdasarkan perkongsian berkembar. Termasuk tiket sebelah malam Here Lies Love dan penginapan semalaman di Sofitel Sydney Wentworth. Harga adalah berdasarkan kadar untuk hari Sabtu 30 Mei 2015. Benar setakat 12.11.14.

Latar Belakang Destination NSW:

Destination NSW merupakan agensi Kerajaan utama bagi sektor pelancongan dan acara utama New South Wales (NSW). Peranan kami adalah untuk memperkenalkan Sydney dan NSW sebagai salah satu destinasi acara utama dan pelancongan yang unggul di dunia; untuk menjamin acara sukan dan kebudayaan utama; untuk bekerjasama melalui perkongsian dengan Business Events Sydney bagi mengadakan persidangan antarabangsa utama dan program ganjaran perjalanan insentif; untuk mewujudkan dan menyediakan inisiatif yang akan mendorong pertambahan pelancong ke seluruh Negeri tersebut; untuk mencapai matlamat Kerajaan NSW untuk menggandakan perbelanjaan pengunjung untuk bermalam di negeri itu menjelang tahun 2020.

Kalendar Tahunan Acara di New South Wales terdiri daripada acara seperti pesta makanan dan wain, pertandingan meluncur, acara sukan bertaraf dunia, serta perayaan seni dan budaya, yang meraikan pelbagai aspek kehidupan kontemporari penduduk Australia. Sydney ialah lokasi yang tiada tandingannya di Australia dengan kapasitinya untuk mengadakan acara eksklusif yang membuatkan seluruh dunia bertumpu padanya. Destination NSW ialah peneraju usaha mewujudkan dan mengadakan acara bertaraf dunia yang menjadikan Sydney sebagai tumpuan pada peringkat global.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141113/8521406790-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141113/8521406790-b

Source: Destination NSW
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Leisure/Travel/Hotels Music Travel New products/services