LONDON, 14 November 2014 /PRNewswire/ -- Bloomberg Businessweek mengumumkan senarai pemeringkatan 2014 bagi program MBA sepenuh masa terbaik pada 11 November. Hult International Business School buat julung kalinya berada dalam senarai ini, berada pada kedudukan #21 dalam kategori antarabangsa. Businessweek menyenaraikan 112 pusat pengajian perniagaan: 85 pusat pengajian A.S. dan 27 pusat pengajian antarabangsa. Program MBA Satu-Tahun Hult kini dipilih oleh tiga badan pemeringkatan peringkat global yang terkemuka: Financial Times, The Economist serta Bloomberg Businessweek.
Hult berada di kedudukan sepuluh teratas dalam kalangan pusat pengajian antarabangsa bagi kategori kepuasan majikan, menambahkan momentum terhadap matlamat pusat pengajian ini untuk menyediakan pendidikan perniagaan paling global dan sesuai dengan majikan. Bagi mencapai matlamat ini, Hult yakin dengan bekerja serapat mungkin bersama para majikan untuk menentukan keperluan tempat kerja moden, dan terus mengubah kurikulum mereka bagi memenuhi semua keperluan berkaitan.
Presiden Hult, Stephen Hodges mengulas tentang pusat pengajian ini yang ditempatkan dalam senarai pemeringkatan global MBA tersebut: "Kami berasa amat sukacita dapat berada dalam senarai berprestij ini kerana 90 peratus daripadanya ditentukan oleh pelajar dan kepuasan majikan. Ini juga merupakan kriteria yang kami tetapkan bagi menilai kejayaan dan keberkesanan kami sebagai pusat pengajian."
Cadangan majikan oleh Hult ini jelas menunjukkan para graduan mereka amat dihargai di tempat kerja. Majikan terkemuka seperti Johnson & Johnson dan Deloitte, akan berurusan dengan kami saban tahun bagi merekrut pekerja di semua lokasi mereka di seluruh dunia. Pada tahun 2013, Hult melancarkan perkhidmatan mencari eksekutif yang tersendiri, membolehkan mereka untuk memadankan pelajar dan alumni dengan tawaran paling bersesuaian oleh para majikan di seluruh dunia.
Businessweek menggunakan tiga kriteria untuk menentukan pemeringkatan mereka: tinjauan kepuasan pelajar (45 peratus); tinjauan majikan yang merekrut para graduan (45 peratus); serta kepakaran setiap fakulti pusat pengajian (10 peratus). Kepuasan pelajar merupakan salah satu metrik utama yang dipantau oleh Hult dengan teliti secara dalaman, menggunakan penilaian oleh pelajar bagi menilai prestasi semua perkhidmatan. Para pelajar daripada lima kampus global mereka kini memberikan pemeringkatan purata bagi kursus yang ditawarkan melebihi 4.0 pada skala 5 mata.
Latar Belakang Hult:
Hult merupakan pusat pengajian perniagaan paling antarabangsa di dunia, yang berada di Boston, San Francisco, London, Dubai, Shanghai, New York serta Miami. Pusat pengajian tersebut menawarkan program MBA, MBA Eksekutif, Ijazah Sarjana dan juga Ijazah Sarjana Muda. Pada tahun 2014, program MBA Satu-Tahun oleh Hult berjaya meraih Anugerah Inovasi MBA Persatuan MBA dan berada dalam kedudukan 5 Teratas untuk Perniagaan Antarabangsa dan Pengalaman Antarabangsa dalam senarai pemeringkatan oleh Financial Times. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.hult.edu.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: press@hult.edu