omniture

Dunia Perdagangan dan Bola Sepak Bawa Kecemerlangan Ke Tahap Baharu di Ciutat Esportiva, Barcelona

IronFX Global Limited
2014-11-14 16:55 121

LIMASSOL, Cyprus, 14 November 2014 /PRNewswire/ -- IronFX, Peneraju Global bagi Perdagangan Dalam Talian, telah membawa ganjarannya ke tahap baharu dengan menganjurkan acara yang belum pernah diadakan untuk rakan kongsinya, bersama para pemain bola sepak terkenal daripada FC Barcelona di padang latihan Ciutat Esportiva Joan Gamper, Barcelona, hari ini.

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140312/674461
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141030/713624

Pemain bola sepak bertaraf dunia Daniel Alves da Silva, Sergio Busquets dan juga Javier Mascherano bertemu IB (Broker Pencadang) premium IronFX di acara eksklusif di padang latihan FCB, bagi menyokong perkongsian rasmi antara kedua-dua badan ini, yang telah dirasmikan pada Mac 2014. Melalui acara hari ini di Ciutat Esportiva, IronFX Global berjaya mewujudkan penanda aras baharu untuk kecemerlangan sebagai ganjaran kepada IBnya, yang tidak dapat ditandingi oleh broker lain dalam industri forex.

Bola sepak dan perdagangan bersatu di atas padang apabila tiga pemain bola sepak daripada salah satu kelab bola sepak profesional paling berjaya di dunia berinteraksi dengan Broker Pencadang (IB) IronFX yang paling cemerlang. Kedua-dua kumpulan tersebut, walaupun berbeza, adalah yang terbaik dalam bidang masing-masing dan memanfaatkan waktu tersebut dengan berkongsi pengalaman, selain menghabiskan masa untuk berseronok bersama-sama di padang tersebut. Pihak pengurusan kanan IronFX, yang mengiringi IB bagi menghadiri acara yang luar biasa ini, telah menyampaikan plak peribadi kepada para pemain bola sepak FC Barcelona sebagai tanda kenangan acara istimewa tersebut.

Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif IronFX Global Markos Kashiouris mengulas: "Melalui acara paling sukar untuk dilupakan yang diadakan di Barcelona hari ini, kami sekali lagi menegaskan kedudukan kami untuk menerajui industri forex. Hari ini, kami telah mengingatkan rakan kongsi dan para pelanggan kami, hanya IronFX boleh dipercayai dapat memberikan perkhidmatan cemerlang yang tiada tandingannya, digabungkan dengan pengalaman seumur hidup yang paling tidak dapat dilupakan."

Latar Belakang IronFX Global 

IronFX merupakan Peneraju Global yang memenangi anugerah bagi kategori Perdagangan Dalam Talian. Dengan 15 platform perdagangan bagi lebih 200 instrumen untuk tukaran mata wang asing, logam spot, saham dan juga niaga hadapan, IronFX Global menyediakan khidmat untuk para pelanggan runcit dan institusi dari lebih 180 negara di 6 benua. Melalui lebih 60 pejabat yang berada di serata dunia, dan lebih 1,500 kakitangan yang menyediakan bantuan sokongan dalam lebih 45 bahasa, para pelanggan IronFX mendapat manfaat daripada liputan sepanjang waktu yang disampaikan oleh salah satu pasukan liputan pelanggan global paling besar dan paling berjaya di dunia. Model berpaksikan pelanggan IronFX menggabungkan fungsi perdagangan ditempah khas melalui platformnya dengan pilihan produk paling banyak yang menawarkan harga, pelaksanaan serta kecairan terbaik. Suapan berita pasaran harian dan kajian mendalam memberi pelanggan akses kepada maklumat dan data terbaik untuk membuat keputusan perdagangan berdasarkan maklumat. Hasil daripada kepimpinan IronFX Global dalam arena perdagangan dalam talian seluruh dunia, IronFX Global juga dengan rasminya telah memeterai persetujuan perkongsian bersama FC Barcelona, salah satu kelab bola sepak profesional paling berjaya di dunia.

IronFX Global mematuhi standard kawal selia antarabangsa, dan diberi kuasa serta dikawal selia oleh FCA, ASIC, FSB (Afrika Selatan), FSP (New Zealand), CRFIN, UCRFIN dan juga CySEC. Syarikat tersebut merupakan anggota Bursa Eurex dan juga firma yang diselia oleh EU serta berlandaskan MiFID.

Latar Belakang FC Barcelona 

FC Barcelona telah diasaskan pada 29 November 1899 sebagai inisiatif oleh Joan Gamper yang berasal dari Switzerland. Beliau dan sekumpulan kecil rakan kongsi telah menubuhkan kelab tersebut bagi memperlihatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat awam terhadap negara yang ramah dan mengambil berat, Catalonia. Bermula dengan Presiden Walter Wild hinggalah Josep Maria Bartomeu, Barça telah berkembang maju sebagai fenomena sosial besar-besaran yang menjangkaui sempadan sukan semata-mata. Kemajuan kelab ini adalah seiring dengan perkembangan bandar di sekelilingnya, dan bersedia menjadi wakil Barcelona serta Catalonia untuk seluruh dunia.

FC Barcelona kini mempunyai lebih ramai ahli berbanding apa-apa kelab bola sepak lain di dunia dan segala pencapaian kelab itu turut menjadikannya salah satu kelab bola sepak paling berjaya. Hanya sebilangan kecil kelab bola sepak telah berjaya meraih jumlah piala utama seperti mana FCB. Ini termasuklah 4 Liga Juara, 22 Liga Sepanyol, 26 Copa Sepanyol, 11 Piala Super Sepanyol, 4 Piala Super Eropah, 2 Piala Kelab Dunia serta 4 Piala Pemenang Piala Eropah. Beberapa pemain kelab ini turut meraih pelbagai anugerah terkemuka peringkat individu semasa menyertai Barça termasuk 4 kemenangan Ballon d'Or untuk Leo Messi.

Maklumat Perhubungan:
Yan Mai
YMai@IronFX.com

Jing Li
JingLi@IronFX.com

Helen Astaniou
HAstaniou@IronFX.com
Tel: +357-25027000

Source: IronFX Global Limited
Keywords: Sporting Events Sports Trade show news