omniture

Gan & Lee Pharmaceuticals bakal Bentang Data Rintis mengenai Tiga Produk Inovatif di Sesi-sesi Saintifik ke-84 American Diabetes Association

Gan & Lee Pharmaceuticals
2024-06-18 21:06 53
  • Percubaan 1b/2a fasa A menilai GZR18 sekali dan dua kali seminggu, analog GLP-1 baharu, terhadap subjek warga Cina yang mengalami obesiti/berat badan berlebihan
  • Kajian praklinikal menilai sifat molekul dan farmakologi GZR4, analog insulin percubaan sekali seminggu
  • Kajian praklinikal menilai dan mencirikan insulin basal yang bertindak amat lama, GZR33 dan formulasi pracampurannya GZR101

BRIDGEWATER, New Jersey, 18 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Gan & Lee Pharmaceuticals (Bursa Saham Shanghai: 603087) hari ini mengumumkan pembentangan tiga abstrak yang memaparkan produk percubaan mereka di Sesi-sesi Saintifik ke-84 American Diabetes Association (ADA[1]). Mesyuarat ini akan diadakan secara bersemuka dan maya mulai 21-24 Jun 2024, di Orlando, Florida.

Semua abstrak akan diterbitkan di laman web jurnal Diabetes®. Data daripada kajian-kajian terpilih akan dibentangkan secara langsung pada 22 Jun, dari jam 12:30-1:30 PM EDT di Dewan Poster.


Abstrak dan pembentangan di atas menunjukkan data yang akan dipaparkan atau diterbitkan oleh Gan & Lee. Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan berhubung produk percubaan yang ketika ini sedang dibangunkan oleh Gan & Lee. Penting untuk diperhatikan bahawa terdapat risiko-risiko yang berkaitan dengan pembangunan ubat dan tiada jaminan bahawa kajian masa depan akan menghasilkan keputusan yang konsisten dengan yang dibentangkan di Sesi-sesi Saintifik ke-84 ADA.


Rujukan:

[1].  Sesi-sesi Saintifik ke-84 ADA. https://professional.diabetes.org/scientific-sessions 

[2].  Zhang M, Zhang Y, Peng X, et al. GZR18, a novel long-acting GLP-1 analog, demonstrated positive in vitro and in vivo pharmacokinetic and pharmacodynamic characteristics in animal models. Eur J Pharmacol. 2022;928:175107. doi:10.1016/j.ejphar.2022.175107

Latar Belakang Gan & Lee 

Gan & Lee Pharmaceuticals membangunkan analog insulin domestik Cina yang pertama. Pada masa ini, Gan & Lee mempunyai enam produk insulin teras, termasuk lima jenis analog insulin: suntikan glargine bertindak lama (Basalin®), suntikan lispro bertindak pantas (Prandilin™), suntikan aspart bertindak pantas (Rapilin®), suntikan lispro campuran zink protamin (25R) (Prandilin™25), suntikan aspart 30 (Rapilin®30) dan satu suntikan insulin manusia - suntikan insulin manusia protamin campuran (30R) (Similin®30). Syarikat mempunyai dua peranti perubatan yang diluluskan di China, iaitu pen suntikan insulin boleh guna semula (GanleePen) dan jarum pen pakai buang (GanleeFine®).

Dalam Perolehan Berasaskan Volum (VBP) kedua China pada tahun 2024, Gan & Lee Pharmaceuticals menduduki kedudukan kedua secara keseluruhan dan pertama dalam kalangan syarikat domestik dari segi permintaan perolehan untuk analog insulin. Syarikat ini juga mengorak langkah dalam pasaran antarabangsa, menerusi jarum pen pakai buang (GanleeFine®) yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada tahun 2020 dan menerima kelulusan pemeriksaan GMP daripada Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) pada tahun 2024. Pencapaian ini meningkatkan daya saing Gan & Lee dengan ketara baik dalam pasaran antarabangsa mahupun domestik.

Pada masa depan, Gan & Lee akan berusaha untuk mencapai liputan komprehensif bagi rawatan diabetes. Melangkah ke hadapan dengan misinya untuk menjadi syarikat farmaseutikal bertaraf dunia, Gan & Lee juga akan membangunkan entiti kimia baharu dan ubat biologi secara aktif, memfokuskan kepada rawatan untuk penyakit metabolik, penyakit kardiovaskular dan bidang-bidang terapeutik yang lain.

Maklumat Lanjut
BPRD@ganlee.com(Media)
BD@ganlee.com(Pembangunan Perniagaan)

Source: Gan & Lee Pharmaceuticals
Related Stocks:
Shanghai:603087
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news Future Events