omniture

Thales Melengkapkan Pesanan Terbesar A320 oleh Lion Air

-- Thales akan melengkapkan 234 kapal terbang A320 yang dipesan oleh Lion Air dengan pakej avioniknya.
-- Ini memperlihatkan pesanan terbesar Airbus yang pernah dibuat oleh Lion Air.
-- Ini berikutan pesanan yang dibuat oleh China Eastern awal tahun ini, mengukuhkan kedudukan Thales sebagai peneraju utama di Asia Tenggara.
Thales
2014-11-14 22:01 169

ZHUHAI, China, 14 November 2014 /PRNewswire/ -- Thales akan melengkapkan pakej avionik pada semua 234 kumpulan kapal terbang A320 Airbus baharu yang dibeli oleh Lion Air. Ini memperlihatkan pesanan terbesar bagi kapal terbang satu lorong Airbus yang pernah dibuat oleh Lion Air.

Lion Air, yang telah pun melengkapkan seluruh kumpulan kapal terbang ATR mereka dengan sistem Thales, merupakan syarikat penerbangan swasta terbesar di Indonesia dan salah satu syarikat penerbangan yang berkembang paling pantas di Asia Tenggara.

Set avionik yang dipasang pada kapal terbang baharu ini termasuklah Sistem Pengurusan TopFlight Thales[1], yang dengan lebih 60 peratus bahagian pasaran, merupakan pilihan nombor satu bagi kapal terbang satu lorong Airbus.

Said Rusdi Kiran, Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air Group: "Dilengkapi dengan peralatan terkini dan teknologi avionik maju, set avionik oleh Thales akan meningkatkan keselamatan kapal terbang Lion Air dengan memudahkan penerbangan dalam keadaan cuaca yang berbahaya dan menyediakan pengalaman penerbangan yang selesa untuk para penumpang kami."

Set avionik yang dilengkapi pada kumpulan kapal terbang A320 baharu itu termasuklah platform pengawasan T3CAS® ACSS (L-3 & syarikat Thales)[2]. Berikutan keputusan Airbus untuk menjadikannya set avionik pengawasan yang standard untuk kumpulan kapal terbang A320, terdapat minat yang ketara terhadap sistem ini, terutamanya di Asia. Lion Air kini berada dalam senarai syarikat penerbangan yang pantas berkembang (termasuk China Eastern, Air Asia dan juga Cebu Pacific) yang memilih platform pengawasan generasi baharu ini untuk kumpulan kapal terbangnya.

Pakej tersebut turut merangkumkan ELT Integra[3], Pemancar Lokasi Kecemasan.

Sistem pengurusan navigasi yang amat andal ini menyediakan suasana bertugas yang lebih ringkas untuk juruterbang Lion Air, terutamanya dalam ruang udara Asia Selatan yang amat sesak.

"Kedudukan kami sebagai rakan kongsi pilihan bagi peralatan avionik di Asia semakin kukuh pada tahun ini. Setelah beroleh kejayaan dengan China Eastern, keyakinan diperbaharui yang diletakkan pada kami menerusi Lion Air dalam pembaharuan kumpulan kapal terbang yang hebat ini, memperlihatkan bagaimana Thales semakin pantas menjadi peneraju utama di rantau ini," kata Daniel Malka, Naib Presiden dan Pengurus Besar Thales bagi Avionics Services Worldwide.

Nota kepada Editor

[1] Sistem FMS Thales merangkumi perkakas hebat digabungkan dengan perisian Airbus Release 1A terkini yang disahkan, menawarkan tindak balas dan ciri tersendiri yang tiada tandingan seperti rancangan penerbangan sekunder, pengiraan trajektori navigasi realistik atau keupayaan Sistem Pendaratan FMS (FLS) kepada anak kapal.

[2] T3CAS® daripada ACSS ialah penyelesaian pengawasan lengkap yang menyepadukan TCAS, TAWS serta transponder di dalam kotak 6MCU tunggal pada kapal terbang Satu Lorong Airbus. T3CAS menyediakan platform yang menawarkan keupayaan Prestasi Navigasi Wajib – Kebenaran Diperlukan (RNP AR), Kepekaan Situasi Trafik Udara (ADS-B IN ATSAW), Sistem Perlindungan Terlajak Landasan (ROPS) yang dipatuhi sepenuhnya dan juga transponder pertama berlandaskan ADS-B OUT DO-260B dalam pasaran.

Sistem Komunikasi & Pengawasan Penerbangan (ACSS), 70 peratus dimiliki oleh L-3 manakala 30 peratus dimiliki oleh Thales, merupakan peneraju bagi sistem avionik keselamatan yang meningkatkan keselamatan, kepekaan situasi dan juga kecekapan untuk pengendali kapal terbang dalam semua fasa penerbangan. ACSS adalah sebahagian daripada Produk Penerbangan L-3, yang terdiri daripada Perakam Penerbangan, Sistem Paparan Sistem Avionik serta Perkhidmatan Sistem Elektronik 2.

Platform pengawasan mematuhi keperluan ATM sedia ada dan masa depan di Eropah, AS dan rantau APAC serta membuka ruang untuk keupayaan ADS-B IN. Di samping menawarkan TCAS Change 7.1 yang disepadukan, TAWS yang berdasarkan prestasi dan juga transponder dengan kemampuan ADS-B dalam pakej 6 MCU, T3CAS® turut menawarkan pelbagai fungsi ADS-B IN Airbus seperti ATSA-AIRB (Pengawasan Trafik Udara Dipertingkat) serta ATSA-ITP (Prosedur Dalam Jejak) bagi kapal terbang Satu Lorong dan Jarak Jauh.

[3] Integra ELT merupakan Pemancar Lokasi Kecemasan dan lanjutan daripada jenis ELT OROLIA (sebelum ini KANNAD) yang pembangunannya adalah berdasarkan penambahbaikan keselamatan penerbangan. Hasil daripada GPS terbina dalam dan antena dalaman, INTEGRA adalah berautonomi sepenuhnya. Ia merupakan satu-satunya ELT yang mampu menukarkan antena dalaman secara automatik apabila kegagalan pada sambungan antena luaran dikesan.

Latar Belakang Thales

Thales merupakan peneraju teknologi global dalam pasaran Aeroangkasa, Pengangkutan serta Pertahanan & Sekuriti. Pada tahun 2013, syarikat ini meraih pendapatan sebanyak EUR14.2 bilion dan mempunyai seramai 65,000 kakitangan di 56 negara. Dengan 25,000 jurutera dan penyelidik, Thales mempunyai keupayaan tersendiri untuk mereka bentuk, membangunkan dan turut menggunakan peralatan, sistem serta perkhidmatan yang memenuhi kehendak sekuriti paling rumit. Thales juga mempunyai jejak antarabangsa yang luar biasa, dengan beberapa operasi di seluruh dunia yang berurusan dengan para pengguna dan rakan kongsi tempatan.

Sila layari:

Thales Group 
Thales Civil Aerospace
Thales Press

Latar Belakang Lion Air

Lion Air berlepas ke angkasa dari Indonesia pada tahun 2000 dengan satu kapal terbang daripada kumpulannya. Dalam tempoh lapan tahun beroperasi, Lion Air kini melakukan penerbangan ke lebih 36 bandar di Indonesia dan banyak lagi destinasi lain seperti, Singapura, Malaysia dan juga Vietnam dengan kumpulan kapal terbang serba baharu. Sebagai syarikat penerbangan swasta terbesar di Indonesia, Lion Air bukan sekadar menawarkan kepada para pelanggan tambang penerbangan berpatutan yang terdapat dalam pasaran, malah perjalanan udara yang selamat, selesa, andal dan juga mudah.

Maklumat Perhubungan Akhbar

Thales, Perhubungan Media
Aeroangkasa Awam
Giaime Porcu
+33 (0)1 57 77 92 18
giaime.porcu@thalesgroup.com

Source: Thales
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Passenger Aviation Contracts