HOBART, Australia, 15 November 2014 /PRNewswire/ -- Malam tadi, pilihan makanan dan wain paling berpengaruh dan dihormati di dunia dihidangkan di Hobart's Museum of Old and New Art (MONA), bagi acara Gala 'Jemput Dunia Menikmati Makan Malam' yang dinanti-nantikan itu, anjuran Tourism Australia.
Bagi melihat halaman multimedia, sila layari: http://www.prnasia.com/mnr/tourism_australia_hosts_restaurant_australia_invite_the_world_to_dinner_gala_event_en.shtml
Lebih 80 individu yang terdiri daripada penulis makanan dan wain, kolumnis, pengkritik, jurumasak selebriti, personaliti TV pada peringkat antarabangsa, termasuk Heston Blumenthal, Alice Waters, A.A. Gill, Sanjeev Kapoor serta Yifan Liu menyertai para penggemar makanan Australia seperti Maggie Beer, Matt Preston serta Matt Moran bagi merasai hidangan yang amat hebat, dihasilkan oleh sekumpulan Ketua Jurumasak Restaurant Australia, yang terdiri daripada Ben Shewry, Peter Gilmore dan juga Neil Perry AM.
Acara tersebut menandakan bermulanya kempen Restaurant Australia, bagi memperkenalkan kepada dunia individu yang hebat, hasil yang luar biasa dan juga tempat menarik yang menjadikan makanan dan wain Australia sungguh unik.
Kembara gastronomi itu dimulakan dengan detik di permaidani merah 'Gemerlapan dan Laut' di Elizabeth Street Pier. Para tetamu menjelajah ke sesi keduanya, 'Tanah, Api & Air' yang diadakan di Glenorchy Art and Sculpture Park (GASP!) bagi merasai hidangan kreatif yang pertama daripada sejumlah besar hidangan kreatif yang disediakan.
Para tetamu yang berangkat meninggalkan GASP! pula akan ke MONA's Nolan Gallery untuk 'Seni dan Hasil' – yang merupakan hidangan utama. Di sini, setiap tiga Jurumasak itu masing-masing menggabungkan masakan dan seni, dengan menyediakan hidangan istimewa, dihidangkan dengan enam wain Australia yang sepadan.
Bagi sesi terakhirnya, 'Lekit dan Manis', para pengunjung menikmati pelbagai juadah yang kesemuanya manis di galeri MONA's Void berserta pilihan keju termasuk keju biru mentah pertama yang dihasilkan di Australia; King Saul oleh pembuat keju Australia Selatan, Udder Delights.
Dengan menghimpunkan bersama individu berpengaruh peringkat global dengan jangkauan kolektif lebih 400 juta, makan malam tersebut memperlihatkan keluaran dan pengalaman makanan dan wain terbaik di Australia dari setiap pelosok negara itu.
John O'Sullivan, Pengarah Urusan Tourism Australia berkata acara Gala tersebut merupakan kemuncak yang sempurna untuk kempen Restaurant Australia yang begitu berjaya setakat ini, bertujuan untuk merapatkan jurang persepsi pilihan makanan dan wain di Australia.
"Kempen Restaurant Australia pada peringkat global kami ini bertujuan untuk memperkenalkan makanan dan wain menarik di Australia yang disediakan untuk dunia, mengetengahkan kehebatan dan kepelbagaian pengeluar tempatan kami, jurumasak serta pembuat wain – acara malam tadi adalah di luar jangkaan kami."
"Segala yang disediakan oleh Jurumasak kami dan suasana bagi menghidangkan juadah tersebut adalah amat mengagumkan dan benar-benar memperlihatkan hasil yang sememangnya berkualiti dan tersendiri yang dapat kami tawarkan di Australia."
"Kami berharap semua tetamu kami pulang dengan rasa juadah Australia masih kekal pada deria rasa mereka, dan kami juga berharap para tetamu dapat berkongsi pengalaman mereka bersama pengikut mereka yang ramai itu."
Ben, Peter serta Neil bersetuju peluang yang diberikan kepada mereka merupakan suatu penghormatan hebat, kerana mereka dapat memasak untuk dunia dan memperkenalkan makanan serta wain yang luar biasa di Australia yang dihidangkan untuk para pelancong yang datang dari seluruh dunia.
Sebelum acara Gala pada malam tadi di MONA, jelajah 'Jemput Dunia Menikmati Makan Malam' menyaksikan para tetamu antarabangsa menjelajah ke negara tersebut bagi merasai lebih satu ribu makanan dan wain terbaik di Australia, yang diperoleh dari setiap Negeri dan Wilayah.
Kempen makanan dan wain global oleh Tourism Australia, Restaurant Australia berhasrat untuk meningkatkan kesedaran pada peringkat antarabangsa terhadap pilihan makanan serta wain di Australia, dan seterusnya meningkatkan aktiviti pelancongan ke negara ini.
Layari: www.restaurantaustraliamedia.com
Hubungi
+61-403-602-345
restaurantaustralia@thisismango.com.au
Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201411/ta/ta_201411.mp4
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141115/8521406755-a
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141115/8521406755-b
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141115/8521406755-c
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141115/8521406755-d