omniture

Misi Perniagaan Brazil Melawat Maghribi bagi tujuan Mencari Peluang Pelaburan Ketika LAWATAN KERJA

BUSINESS TRIP
2014-11-15 05:08 124

SAO PAULO, 15 November 2014 /PRNewswire/ -- LIDE - Grupo de Lideres Empresariais ('Kumpulan Pemimpin Perniagaan'), suara utama bagi komuniti perniagaan di Brazil, sedang melakukan misi perniagaan ke Marrakesh, Maghribi, bermula pada 19 hingga 24 November. Jawatankuasa Brazil itu, yang terdiri daripada pegawai eksekutif dan pegawai politik, mempunyai matlamat untuk memupuk dan merangsang perniagaan baharu antara kedua-dua negara itu.

Selama sebelas tahun menjalankan aktiviti, LIDE mempunyai 1,620 syarikat gabungan yang mewakili 52 peratus daripada KDNK swasta Brazil, dan hadir di 16 negara di Amerika, Eropah, Asia dan juga Afrika, termasuk Maghribi. Matlamat Kumpulan ini adalah untuk menyebarkan dan mengukuhkan prinsip etika tadbir urus korporat di rantau yang mempunyai kehadirannya, lalu mendorong dan menggalakkan hubungan perniagaan.

Melalui ENCONTRO BILATERAL BRASIL-MARROCOS ('PERTEMUAN DUA HALA BRAZIL-MAGHRIBI) wakil daripada Brazil akan mengambil bahagian dalam beberapa pusingan perbincangan perniagaan bersama pegawai dan ahli perniagaan tempatan. Menteri Penerbangan Awam, Moreira Franco; Menteri Pelancongan, Vinicius Lages; Gabenor Negeri Goias, Marconi Perillo; Senator Luis Henrique da Silveira; Duta Brazil di Maghribi, Frederico Duque Estrada; serta mantan Menteri Pembangunan, Industri dan Perdagangan Luar Negeri, Luiz Fernando Furlan, merupakan pegawai dari Brazil yang akan mengambil bahagian dalam perbincangan berkenaan.

Para pegawai eksekutif Brazil daripada industri farmaseutikal, makanan, aeronautik, elektronik, automotif, kesihatan serta insuran akan mengambil bahagian dalam pertemuan tersebut bagi mengenal pasti peluang sinergi dan pembangunan perniagaan di Maghribi.

Beberapa pegawai dan ahli perniagaan Maghribi yang disahkan kehadiran mereka ialah Menteri Pelancongan, Lahcen Haddad; Menteri Hubungan Luar Negeri, Salaheddine Mezouar; Presiden Royal Air Maroc, Driss Benhima; Presiden CGEM (Confederation Generale des Entreprises du Maroc), Miriem Bensalah-Chaqroun; dan juga Presiden LIDE MARROCOS, Hassan Aitali.

Menjelang akhir Seminar ini, CGEM (Confederation Generale des Entreprises du Maroc), yang diketuai oleh Miriem Bensalah-Chaqroun dan LIDE –Grupo de Lideres Empresariais ('Kumpulan Pemimpin Perniagaan'), akan menandatangani perjanjian yang dikenali sebagai Memorandum Persefahaman, dengan tujuan untuk menggalakkan pertukaran maklumat dan pengalaman serta mengenal pasti kepentingan bersama syarikat gabungan, berdasarkan prinsip kerjasama dan menghormati autonomi dan juga undang-undang kedua-dua negara.

Maklumat untuk pihak akhbar:
CDN Comunicacao Corporativa
Rose Rocha:
rose-rocha@cdn.com.br
Talian: +55-11-3643-2952

Source: BUSINESS TRIP
Keywords: Banking/Financial Service Accounting news, issues Economic news, trends, analysis Trade show news