omniture

Rolls-Royce Power Systems dan CATL umum kerjasama strategik untuk barisan produk TENER

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2024-06-20 20:11 20

MUNICH, 20 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Rolls-Royce Power Systems (RRPS) dan CATL dengan gembiranya mengumumkan kerjasama strategik yang akan membawa barisan produk TENER ke pasaran EU dan UK. Produk rintis ini direka bentuk dengan mengutamakan aspek keselamatan serta, peningkatan tempoh guna, kecekapan dan ketersediaan. Bergantung pada barisan produk dan kes penggunaan pelanggan, tanpa degradasi sehingga 5 tahun boleh dijangkakan daripada produk TENER baharu ini. RRPS telah mula menawarkan produk TENER sebagai sebahagian daripada penyelesaian mtu EnergyPack QG mereka. Kedua-dua syarikat ini bersama-sama membina hubungan yang erat berhubung penyepaduan produk TENER ke dalam projek-projek siap guna EPC yang mantap dengan penyelenggaraan perkhidmatan merangkumi semua.


Sistem storan tenaga skala grid mengupayakan penyepaduan sumber tenaga boleh baharu yang berubah-ubah ke dalam grid dan dalam masa yang sama meningkatkan kestabilan serta keandalan grid. Penyelesaian bersepadu penuh ini akan membolehkan Pelanggan melaksanakan perkhidmatan grid dan perdagangan terkini yang tersedia dalam grid pemodenan yang pantas di UK dan EU. Penyelesaian ini akan membantu mempercepatkan peralihan tenaga dan membina infrastruktur tenaga yang lebih mampan.

Lewat tahun lalu, RRPS dan CATL menandatangani perjanjian pembekalan jangka panjang, yang meliputi kerjasama perniagaan lebih daripada 10 GWj. Perjanjian ini mengukuhkan perbadanan perniagaan antara kedua-dua syarikat dan membantu mempermudah pertumbuhan dalam pasaran EU dan UK. Dedikasi kedua-dua syarikat kepada teknologi, kualiti, keselamatan dan penyerahan tepat pada masanya menjurus kepada peningkatan keselamatan pelaburan untuk pelanggan. Perkongsian ini menjangkau inovasi produk pintar seperti penyelesaian automasi mtu EnergetIQ pintar RRPS dan platform digitalnya mtu Go! dengan platform diagnostik pintar CATL dan BMS. Perkongsian ini mengukuhkan keupayaan kedua-dua syarikat untuk menyerahkan projek-projek berskala besar dan kompleks. Kedua-dua syarikat berjaya menyerahkan pelbagai projek di EU dengan barisan produk EnerOne dan mempunyai beberapa projek yang dikontrakkan di EU untuk barisan produk EnerC+.

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Oil/Energy Utilities Contracts