omniture

VoltDB Lantik Mantan Eksekutif HP untuk Perluasan ke Rantau Asia Pasifik

VoltDB
2014-11-17 08:00 100

-- Shyam Sundar, Mantan Eksekutif HP, Akan Memperluas Kehadiran VoltDB di Negara "Mengutamakan Mudah Alih" bagi Menggalakkan Pertumbuhan dan Perkembangan Data Pantas

BEDFORD, Massachusetts, 17 November 2014  /PRNewswire/ -- VoltDB, peneraju bagi penyelesaian data pantas yang membolehkan pembangunan aplikasi data penstriman, hari ini mengumumkan Shyam Sundar telah menyertai syarikat itu bagi memimpin bahagian jualan di rantau Asia Pasifik. Pelantikan Sundar ini meneruskan strategi VoltDB untuk mengembangkan perniagaannya di negara pembangun aplikasi generasi seterusnya menggunakan data pantas dan aplikasi data penstriman dalam industri seperti Telekomunikasi, Perkhidmatan Kewangan, Media dan Pengiklanan, Peruncitan/e-dagang serta Tenaga Pintar.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141113/158468LOGO

"Mobiliti mendorong keperluan baharu dalam analisis data dan pembangunan aplikasi," ujar Sundar. "Negara yang mengutamakan mudah alih ini semakin maju, dan meninggalkan teknologi lama serta menerima pakai teknologi baharu yang menyediakan infrastruktur masa nyata dan aplikasi data penstriman. VoltDB amat sesuai untuk menerajui anjakan paradigma ini. Saya berharap dapat memanfaatkan kepakaran saya untuk memperluas kehadiran syarikat ini di rantau Asia Pasifik."

Sundar pernah memegang pelbagai jawatan eksekutif bahagian jualan dan pembangunan perniagaan di HP dan Greenplum. Pengetahuan beliau yang luas terhadap rantau ini dan kepakaran beliau membina perniagaan pengurusan data akan menggalakkan kepimpinan VoltDB dalam data pantas di rantau Asia Pasifik. Lokasi VoltDB terdapat di seluruh rantau, termasuk beberapa pejabat di sekitar China, India, Jepun, Korea, Singapura serta Australia.

"Jarang sekali eksekutif jualan HP terkemuka memutuskan untuk menyertai syarikat dibantu modal teroka seperti VoltDB," kata Bruce Reading, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif VoltDB. "Shyam mengetahui secara langsung daripada tugasan beliau bersama para pelanggan di rantau itu tentang peluang pertumbuhan yang wujud. Beliau mengetahui aplikasi data pantas dapat menyediakan tahap pelibatan pelanggan dan ciri peribadi yang sebelum ini sukar dicapai, mewujudkan nilai perniagaan baharu yang signifikan dan aliran tunai. Kami amat teruja apabila beliau bersetuju untuk menyertai pasukan ini dan akan bekerjasama dengan kami bagi menjadikan VoltDB sebagai peneraju dalam bidang data pantas."

Latar Belakang VoltDB
VoltDB merupakan pangkalan data SQL penskalaan memori utama, yang dibina khas untuk memperkasa aplikasi generasi baharu yang bergantung pada data pintar yang pantas. Menerusi kelajuan kilat dan analisis masa nyata VoltDB, organisasi mampu menambahkan konteks dan kepintaran kepada data – sebaik sahaja data muncul – bagi membuat keputusan transaksi masa nyata yang memaksimumkan hasil perniagaan. Pangkalan data hubungan dibina bagi memenuhi keperluan yang berbeza bagi data yang pantas, yang menghasilkan Data Besar. Organisasi dalam pasaran seperti mudah alih, perkhidmatan kewangan, tenaga, pengiklanan, sekuriti dan juga permainan bergantung pada VoltDB untuk memproses data pintar dengan pantas bagi mendapatkan peluang hasil baharu, mendorong kelebihan daya saing serta mewujudkan interaksi yang amat khusus. VoltDB ialah syarikat milik persendirian dengan beberapa pejabat di Bedford, Massachusetts dan juga Santa Clara, California.

Source: VoltDB
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Personnel announcements