omniture

TUMI MEMPERKENALKAN TEGRA-LITE® DAN ALPHA BRAVO UNTUK KEMPEN MUSIM LURUH 2024 BERSAMA PEMAIN BOLA SEPAK PROFESIONAL SON HEUNG-MIN

Tumi, Inc.
2024-06-20 21:00 92

Kempen terkini jenama tersebut, Dibuat Untuk Detik Yang Menjadikan Kita (Made For Moments That Make Us), membawa penonton ke belakang tabir perjalanan duta global bersama TUMI

NEW WORK, 20 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, jenama perjalanan dan gaya hidup antarabangsa TUMI melancarkan kempen baharu untuk koleksi mereka yang digemari orang banyak, Tegra-Lite® dan Alpha Bravo. Dibintangi oleh Duta Global dan pemain bola sepak profesional, Son Heung-Min, kempen ini merakam Son dalam elemennya di rumah keduanya, Stadium Tottenham Hotspur yang terkenal, serta menampilkan sepintas lalu kehidupannya yang serba pantas bersama TUMI di sisinya. 

irakamkan oleh WARD pembikin filem ala dokumentari dan dua jurugambar Korea JI + DOH, kempen itu mengambil pendekatan lebih intim dan bergaya dan membawa kemesraan dan kepekaan di belakang tabir kepada kempen terkini TUMI. "Saya secara peribadi teruja kerana kempen ini diadakan di rumah saya yang jauh dari tanah air," kata pemain bola sepak profesional Son Heung-Min. "Saya sentiasa menghargai bahawa TUMI ada untuk saya dan menyokong saya, dalam semua perjalanan yang saya lalui."

Dalam tempoh tiga tahun sebagai Duta Global TUMI, Son telah berusaha bersungguh-sungguh dari hari ke hari untuk merealisasikan impiannya – daripada bersaing dalam Piala Dunia FIFA, hingga menerima Kasut Emas yang dihargai, serta dilantik sebagai Kapten kelab pasukan Tottenham dan banyak lagi, sentiasa bersama-sama dengan TUMI Kempen baharu ini menjelaskan disiplin yang diperlukan untuk berjaya, dengan koleksi Tegra-Lite® dan Alpha Bravo daripada TUMI yang dipercayai dan anggun sebagai sahabat setia Son. Dilihat sepanjang kempen, koleksi produk dipamerkan dengan cara yang unggul dan tulen. Ia dirakamkan di belakang tabir di stadium ikonik dan menampilkan perjalanan Son di jalan raya. Dari saat kemenangan terbesar hingga detik usaha berterusannya, TUMI ada di sana untuk membantunya bertahan dan beraksi pada tahap tertinggi.

"Tidak ramai yang tahu bahawa lagak aksi sambutan 'kamera' istimewa Son adalah simbolik kepada keinginannya untuk merakam detik itu dan menyimpannya untuk diri sendiri. Kempen terkini kami menarik inspirasi kreatif daripada konsep itu; kami sentiasa bersama kehidupan serba pantas Son dan TUMI dibuat untuk membawa momen-momen yang membentuk kita," kata Jill Krizelman, SVP, Pemasaran Global & e-Dagang. "Sebagai dua daripada koleksi ikonik TUMI, Tegra-Lite® dan Alpha Bravo mewakili kekuatan, kefungsian dan daya tahan istimewa jenama ini. Kempen ini menghidupkan tonggak-tonggak ini, menunjukkan dengan tepat bagaimana TUMI direka untuk setiap langkah perjalanan."

Setiap lapisan luar dalam koleksi Tegra-Lite® TUMI (USD895 - USD1,295) dibuat dengan bahan Tegris®, bahan tahan lasak tetapi ringan yang digunakan dalam perisai keselamatan, kereta lumba dan peralatan sukan profesional. Cangkerang Tegra-Lite® terdiri daripada lapisan bahan yang disatukan, menjadikannya pilihan berdaya tahan untuk banyak perjalanan pada masa akan datang. Koleksi Alpha Bravo (USD195 - USD1,095) menampilkan beg-beg hiper-fungsi untuk kehidupan yang serba pantas. Setiap beg Alpha Bravo dibuat dengan nilon balistik, fabrik istimewa TUMI selama lebih tiga dekad. Tegra-Lite® dan Alpha Bravo ialah koleksi TUMI yang telah terbukti dan mencerminkan DNA jenama serta sentiasa mendapat kasih sayang pelanggan.    

Penuh dengan fungsi, direka dengan tujuan, dan dibina untuk ketahanan, TUMI dibuat untuk momen-momen yang membentuk kita. Dapatkan koleksi Tegra-Lite® dan Alpha Bravo di TUMI.com dan kedai-kedai TUMI di seluruh dunia serta dapatkan kit media penuh di sini.    

Maklumat Tentang TUMI
Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta perniagaan, perjalanan dan keperluan mewah prestasi bertaraf dunia, direka bentuk untuk menaik taraf, tidak merumitkan dan mencantikkan semua aspek kehidupan semasa sedang bergerak. Menggabungkan fungsian yang sempurna dengan semangat kepintaran, kami komited untuk memperkasa perjalanan sebagai rakan kongsi seumur hidup kepada penggerak dan pembuat dalam usaha mengejar minat mereka. Untuk maklumat lanjut tentang TUMI, kunjungi TUMI.com dan ikuti kami di InstagramTikTokFacebook dan YouTube.

TUMI dan logo TUMI ialah tanda dagangan berdaftar Tumi, Inc. © 2024 Tumi, Inc.

Hubungan Media TUMI
Alexandra Gillis
TUMI
ALEXANDRA.GILLIS@TUMI.COM

Hailey Hauldren
SHADOW
HHAULDREN@WEARESHADOW.COM

TUMI Global Ambassador and pro footballer Son Heung-Min with Tegra-Lite®
TUMI Global Ambassador and pro footballer Son Heung-Min with Tegra-Lite®

 

TUMI's Tegra-Lite® collection
TUMI's Tegra-Lite® collection

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2423872/TUMI_BLACK_Logo.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2423873/1080X1080_240311_JD_TUMI_SHOT_08_FW24_SON_TALENT_TEGRA_INTL_CO_BLACKGRAPHITE_061_FINAL_RGB_300.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2423874/1080X1080_240311_JD_TUMI_SHOT_04_FW24_SON_TEGRA_INTLCO_AND_EXTTRIP_EMERALD_090_FINAL_RGB_300.jpg?p=medium600

Source: Tumi, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Travel New products/services