omniture

Envision Energy Lancar Sistem Storan Tenaga Bateri Bekas 5 MWj Canggih dengan Piawaian Keselamatan yang Menerajui Industri

Envision Energy
2024-06-20 22:39 16

MUNICH, 20 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju bagi teknologi hijau dan pengeluar storan tenaga global Peringkat-1 yang diberi kedudukan oleh BloombergNEF, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Sistem Storan Tenaga Bateri Sejuk Cecair Bekas 5 MWj. Sistem canggih ini bukan sahaja meningkatkan barisan produk storan tenaga Envision tetapi turut menetapkan tanda aras baharu untuk keselamatan dan prestasi dalam industri ini.

Ciri-ciri Keselamatan Tiada Tandingan

Envision memberi penekanan tinggi kepada keselamatan, mengamalkan etos keselamatan "pencegahan diutamakan" yang membawakan mekanisme keselamatan berbilang lapisan. Setiap unit menyepadukan sistem keselamatan elektrik enam peringkat yang sofistikated, termasuk sistem pengesanan gas lepas termaju untuk mengenal pasti permulaan sebarang kejadian terma lebih awal. Sistem ini juga termasuk sistem pengurusan larian terma berasaskan bahan pendingin peringkat pek yang direka bentuk untuk memadamkan kebakaran yang berpotensi berlaku dengan cepat dan ditambah dengan sistem renjisan air apabila perlu. Pad aerogel antara sel digunakan untuk menghalang penyebaran haba, manakala pengudaraan aktif, panel deflagrasi dan sistem pemantauan kebakaran pintar dan kerosakan prediktif berasaskan AI IoT menangani kebimbangan keselamatan yang mungkin berlaku secara proaktif.

ESS Bekas 5 MWj mematuhi piawaian keselamatan tertinggi, memperoleh pensijilan UL 9540A, UL 1973, IEC 62 933 serta mematuhi NFPA 855 dan banyak lagi, seterusnya menerajui jalan dalam mewujudkan penanda aras keselamatan bertaraf global.

Reka Bentuk Dioptimumkan untuk Ketumpatan Tenaga Tinggi

Direka bentuk untuk storan tenaga berkapasiti tinggi, ESS Bekas 5 MWj memaksimumkan kecekapan ruang dalam bekas 20-kaki kompak, mengurangkan kos baki loji (BOP) dengan ketara berbanding reka bentuk lain.

Sistem ini menggunakan sel LFP 315 Ah, diiktiraf lantaran ketumpatan tenaganya yang tinggi dan jangka hayat yang dilanjutkan. Penyepaduan lancar Sistem Penukaran Kuasa (PCS) dan Sistem Pengurusan Tenaga (EMS)/sistem SCADA Envision Energy menghapuskan isu-isu keserasian, memastikan operasi yang lancar dan meningkatkan kecekapan sistem keseluruhan.

"Pengenalan kepada ESS Bekas 5 MWj menandakan kemajuan yang besar dalam portfolio storan tenaga kami," kata Kane Xu, Naib Presiden Global Envision Energy. "Produk ini menekankan komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian tenaga termaju, selamat dan berdaya maju dari segi ekonomi yang menyokong pelanggan global kami dalam peralihan mereka kepada tenaga mampan."

ESS Bekas 5 MWj Envision kini tersedia di seluruh dunia.

 

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services