omniture

SUEZ menang tiga projek air baharu di Asia

SUEZ
2024-06-21 20:02 30

SINGAPURA, 21 Jun 2024 /PRNewswire/ -- SUEZ, peneraju global bagi penyelesaian kitaran untuk pengurusan air dan bahan buangan, mengumumkan tiga projek baharu di Asia semasa Minggu Air Antarabangsa Singapura (SIWW), mempamerkan pendekatan inovatifnya terhadap pengurusan air dalam kedua-dua sektor perbandaran dan perindustrian. Memfokuskan kepada penyelesaian digital, penyahgaraman air laut dan penggunaan semula air, kolaborasi di Singapura, China dan di Filipina ini menggambarkan komitmen SUEZ untuk menyelesaikan isu-isu air yang kritikal dengan membolehkan masyarakat menyesuaikan diri dengan impak iklim menerusi daya tahan yang dipertingkat. Ini dapat dicapai melalui perkongsian strategik dan penyelesaian kitaran.

SUEZ and JEMCO, a premier construction company in the Philippines, are collaborating to design, build, and operate a large-scale seawater reverse osmosis desalination plant.
SUEZ and JEMCO, a premier construction company in the Philippines, are collaborating to design, build, and operate a large-scale seawater reverse osmosis desalination plant.

Menyediakan Platform Analitis Grid Air Pintar inovatif kepada Agensi Air Kebangsaan Singapura

Baru-baru ini, SUEZ dianugerahkan kontrak baharu oleh PUB, Agensi Air Kebangsaan Singapura, untuk menggunakan dan menyelenggara Platform Analitis Grid Air Pintar bagi rangkaian bekalan airnya. Berdasarkan kepada platform Rangkaian Air AQUADVANCED® SUEZ, sistem termaju ini akan menyumbang untuk memperkukuh kecekapan dan kebingkasan operasi PUB.

Platform Analitis Grid Air Pintar dapat menemui dan mengesan dengan tepat kualiti air serta isu tekanan dalam rangkaian. Ia boleh menghasilkan simulasi yang tepat dan mencadangkan tindakan pemulihan yang diperlukan bagi membuat keputusan yang lebih berkesan.

PUB akan memperoleh keterlihatan yang lebih baik berhubung keadaan rangkaian, dengan keupayaan analitis yang dipertingkat untuk mensimulasikan dan membuat jangkaan. Ini akan membolehkan PUB merangka strategi pengurusan rangkaian yang lebih global, mengoptimumkan lagi operasinya dan meminimumkan kesulitan untuk pelanggannya.

Loji penyahgaraman di wilayah Iloilo untuk memulihkan kekurangan air

SUEZ dan JEMCO, sebuah syarikat pembinaan ulung di Filipina, berkolaborasi untuk mereka bentuk, membina dan mengendalikan loji penyahgaraman osmosis songsang (SWRO) air laut berskala besar di Metro Iloilo bagi menangani masalah kekurangan air minum yang kritikal di wilayah berkenaan. Ditugaskan oleh Metro Pacific Investment Corporation, loji ini bersedia menjadi kemudahan terbesar seumpamanya di Filipina, menghasilkan kira-kira 66,500 meter padu air setiap hari, membekalkan air minum kepada hampir 50,000 isi rumah dan keperluan air perindustrian bagi loji janakuasa berhampiran.

Projek ini menandakan satu lagi kolaborasi yang berjaya antara SUEZ dan JEMCO, susulan usaha sama mereka bagi kemudahan tebus guna air yang utama di Bandar Muntinlupa, Metro Manila. Direka bentuk demi kecekapan dengan melaksanakan teknologi Penapis SeaDAF™ termaju SUEZ, loji kompak ini dijangka siap dalam tempoh 24 bulan bermula daripada permulaan pembinaan.

Menggalakkan pelepasan cecair sifar dan kitar semula air di Taman Perindustrian Jining

Di China, susulan kejayaan projek rawatan air buangan perbandaran Qufu, di Wilayah Shandong, SUEZ dan Shandong Public memperluaskan perkongsian mereka untuk melabur, membina dan mengendalikan loji rawatan air buangan industri di Taman Perindustrian Bahan Baharu Jining melalui usaha sama yang baharu. Dengan kapasiti harian sebanyak 10,000 meter padu, projek ini dianugerahkan konsesi selama 30 tahun. Ia akan menukar air buangan dengan tahap kemasinan tinggi kepada air industri untuk menyediakan bekalan kepada syarikat-syarikat di dalam taman, bertujuan untuk mencapai 100% kitar semula air buangan.

Bagi menyokong cita-cita Taman ini untuk mencapai pembangunan hijau, rendah karbon dan berkualiti tinggi sebagai salah satu daripada 20 taman perindustrian kimia terunggul di China, projek ini akan menghasilkan manfaat alam sekitar yang ketara. Loji rawatan air buangan baharu ini akan berupaya menghasilkan kira-kira 3.6 juta meter padu air alternatif setahun - bersamaan dengan isipadu sekitar 1,500 kolam renang bersaiz Olimpik. Di samping itu, 85% daripada produk garam terhablur yang berasal daripada air buangan dengan tahap kemasinan tinggi boleh dikitar semula bagi penghasilan natrium sulfat melalui proses rawatan.

Sabrina Soussan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SUEZ berkata: "Saya dengan sukacitanya mengumumkan tiga projek baharu kami di Asia sempena Minggu Air Antarabangsa Singapura, sebuah platform hebat yang memupuk kolaborasi antara pihak berkuasa awam dan industri ini. Asia merupakan pasaran strategik utama untuk SUEZ yang melaluinya perjalanan kami bermula lebih 70 tahun yang lalu. Bersama-sama rakan kongsi tempatan kami, kami komited untuk memacu kemajuan dalam memerangi isu-isu air yang kritikal dan perubahan iklim melalui penyelesaian yang inovatif."

Latar Belakang SUEZ 

Berhadapan dengan cabaran alam sekitar yang semakin meningkat, SUEZ telahpun menyampaikan perkhidmatan penting yang melindungi dan meningkatkan kualiti hidup kita selama lebih 160 tahun lamanya. SUEZ menyediakan kepada pelanggannya dengan penyelesaian yang inovatif dan bingkas untuk perkhidmatan air dan bahan buangan. Dengan 40,000 pekerja merentas 40 negara, Kumpulan ini bekerjasama dengan pelanggan untuk mencipta nilai melalui kitar hayat penuh aset dan perkhidmatan mereka serta untuk memacu peralihan rendah karbon mereka. Pada tahun 2023, SUEZ menyediakan air minum untuk 57 juta orang di seluruh dunia dan perkhidmatan sanitasi untuk lebih daripada 36 juta orang. Kumpulan ini menjana 7.7 TWj tenaga daripada bahan buangan dan air buangan. Pada tahun 2023, SUEZ menjana hasil sebanyak 8.9 bilion euro. Untuk maklumat lanjut: www.suez.com  / X @suez / LinkedIn @SUEZ.

Di Asia, perjalanan SUEZ bermula kira-kira 70 tahun yang lalu, yang pertama di Asia Tenggara dan kemudian berkembang ke China hampir 50 tahun yang lalu. Dengan lebih 6,500 pekerja di seluruh Asia, SUEZ membina lebih 600 loji rawatan air dan air buangan. Bersama-sama rakan kongsi tempatan kami, kami turut menyediakan perkhidmatan kitar semula dan pemulihan air dan bahan buangan untuk lebih 25 juta orang dan 20 taman perindustrian di seluruh rantau ini. SUEZ diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling berpengaruh di China dan penanda aras perkhidmatan untuk industri alam sekitar Asia yang terkemuka. Hari ini, SUEZ bekerjasama dengan pelanggan perbandaran dan industri di lebih daripada 30 bandar dan wilayah utama di seluruh China. SUEZ turut mengurus kontrak air PPP pertama China di Macau, mengendalikan salah satu kemudahan penunuan sisa berbahaya Asia yang terbesar di Shanghai serta melabur sebanyak lebih RMB 4 bilion di Chongqing.

Latar Belakang Shandong Public

Shandong Public Holding Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai "Shandong Public") ialah penyedia perkhidmatan bandar dan luar bandar bersepadu yang mengintegrasikan hal ehwal air bandar dan luar bandar, kojana haba dan kuasa, bekalan gas, teknologi perlindungan alam sekitar, sanitasi alam sekitar, kejuruteraan pembinaan, pembangunan hartanah, operasi komersial dan perkhidmatan kewangan. Modal berdaftar syarikat ialah RMB10 bilion dan ia mempunyai subsidiari-subsidiari seperti Shandong Public Water Group, Shandong Public Thermal Power Group, Shandong Public Utilities Construction Engineering Group, Shandong Public Environmental Protection Technology Group, serta Jinan Zhongshan Public Water, Jinan Huaren Gas dan Jinan Huayuan Thermal Power, antara lain. Menjelang akhir tahun 2023, jumlah aset syarikat mencapai RMB 67.68 bilion, dengan pendapatan kendalian tahunan sebanyak RMB15 bilion, lebih daripada 11,000 pekerja, kapasiti bekalan air harian sebanyak 1.5 juta meter padu, kapasiti rawatan air buangan harian sebanyak 1.8 juta meter padu, kawasan pemanasan seluas lebih daripada 68 juta meter persegi, lebih 600,000 pengguna gas asli dan menawarkan perkhidmatan kepada penduduk seramai lebih 15 juta orang. 

Latar Belakang Metro Pacific Water Investment Corporation

Komited untuk menyediakan liputan air dan sanitasi kepada komuniti yang paling memerlukannya, Metro Pacific Water (MPW) merupakan pelabur utama untuk semua projek infrastruktur air dan air buangan Metro Pacific Investments Corp. (MPIC) di luar Metro Manila dan di seluruh Asia. MPW ialah subsidiari milik penuh MPIC - syarikat induk infrastruktur yang terkemuka di Filipina. MPW diperbadankan di Filipina dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada 19 Ogos 2011. MPIC ialah syarikat induk infrastruktur yang terkemuka di Filipina yang menyelenggara dan membangunkan aset infrastruktur yang pelbagai bagi utiliti air, jalan tol, pengagihan elektrik, operasi hospital, logistik, dan rel ringan.

Latar Belakang JEMCO  

Ditubuhkan pada tahun 1961 oleh bekas Presidennya, En. Justo E. Manalo, firma ini menyertai perdagangan kontrak sebagai keempunyaan tunggal. Pada Disember 1969, syarikat diperbadankan dengan permodalan sebanyak P1,000,000,00. Ia bertapak kukuh dalam pasaran industri menerusi pembinaan bangunan dan kemudahan perindustrian serta komersial. Rangkaian aktiviti pembinaannya berbeza-beza bermula daripada kerja pelabuhan, jalan raya dan jambatan, sistem pembetungan dan bekalan air, hinggalah loji dan bangunan perindustrian.

Source: SUEZ
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities