-- Cityzenith memperkenalkan keluaran baharu Platform Visualisasi Data 5D Smart City™ di Barcelona
BARCELONA, Sepanyol, 17 November 2014 /PRNewswire/ -- Cityzenith, penyedia pilihan penyelesaian platform teknologi untuk bandar paling pintar di dunia, hari ini memperkenalkan platform visualisasi data revolusioner versi 2.0 untuk bandar, yang dikenali sebagai 5D Smart City™, di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar di Barcelona. Kota Barcelona ialah bandar dunia utama pertama yang menggunakan 5D Smart City™ versi 2.0 itu, dan akan diikuti oleh bandar Amsterdam, San Francisco serta Chicago, selain beberapa bandar lain di Amerika Utara dan Eropah, Asia, Timur Tengah dan juga Amerika Latin.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141113/158553
Dihasilkan oleh salah satu pencipta asal Google Earth™, 5D Smart City™ ialah penyelesaian Perisian-sebagai-Perkhidmatan, berasaskan awan yang memetakan sejumlah besar data yang terhasil daripada bandar moden—IoT Internet Perkara (IoT), Mesin-ke-Mesin (M2M) dan juga Media Sosial—kepada model digital 3D bandar yang intuitif dan interaktif sepenuhnya yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, sama ada Datuk Bandar mahupun juruteknik bidang itu sehinggalah penduduk tempatan yang berjalan menyusuri jalanan.
Penggunaan 5D Smart City™ di Barcelona turut digandingkan dengan usaha berterusan oleh bandar itu untuk membangunkan pangkalan data induknya sendiri, City DB, yang bertujuan untuk menambah baik komunikasi di seluruh agensi perbandaran di Barcelona. Ini akan menyediakan akses yang sama untuk para pengguna agensi kerajaan kepada model visual 3D yang interaktif untuk aset infrastruktur dan bangunan di atas dan di bawah tanah.
Manel Sanroma, Ketua Pegawai Maklumat Barcelona, mengulas tentang peranan Cityzenith dalam projek City DB itu: "Majlis Perbandaran Barcelona sedang menghasilkan sistem pengurusan data untuk seluruh bandar, bergelar City DB, yang akan menggabungkan maklumat masa nyata merentasi seluruh agensi bandar. Platform 5D tersendiri Cityzenith akan menghasilkan komponen penting untuk penyelesaian Bilik Situasi kami, dan akan memperkasa kepimpinan agar dapat membuat keputusan yang lebih baik serta berinteraksi dengan jabatannya serta para penduduk dengan cara yang lebih bermakna."
City DB akan membekalkan data daripada bacaan pengesan masa nyata, arkib sejarah, kemas kini trafik, notis keselamatan awam, media sosial serta sumber data lain secara terus kepada aset dalam model 5D, lalu membolehkan agensi bandar untuk bekerjasama, merancang dan turut beroperasi dengan lebih cekap. Pada masa akan datang, beberapa bahagian daripada model Barcelona akan disediakan secara dalam talian kepada masyarakat awam bagi meningkatkan capaian mereka kepada data dalam bandar itu.
"Kami teruja untuk memperkenalkan 5D Smart City™ versi 2.0 di Barcelona," kata Michael Jansen, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Cityzenith. "Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakan usaha sama kami di Majlis Perbandaran Barcelona dan rakyat Barcelona atas sokongan, dorongan dan kerja keras sepanjang dua tahun ini. Kami menghasilkan platform ini untuk digunakan oleh semua individu di bandar ini."
Latar Belakang Cityzenith
Misi Cityzenith adalah untuk menjadikan data boleh digunakan dan berguna di bandar untuk kerajaan bandar, perniagaan dan juga rakyat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cityzenith.com
Bagi mendapatkan maklumat terkini tentang syarikat tersebut, ikuti Michael Jansen melalui Twitter @MichaelCAJansen