omniture

Forum Pelaburan dan Pembinaan Infrastruktur Antarabangsa ke-15 Bermula di Macau

China International Contractors Association
2024-06-24 13:53 14

Acara ulung bagi mendorong kerjasama dan inovasi infrastruktur global 

MACAU, 24 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Forum Pelaburan dan Pembinaan Infrastruktur Antarabangsa ke-15 (IIICF), dianjurkan secara bersama oleh China International Contractors Association (CHINCA) dan Macao Trade and Investment Promotion Institute (IPIM), telahpun diadakan di Macau pada 20 Jun 2024.

Diiktiraf sebagai acara global yang terkemuka bagi kolaborasi infrastruktur, IIICF berperanan sebagai platform antarabangsa yang utama untuk meningkatkan keterhubungan infrastruktur di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan. Tahun ini, forum ini menarik minat lebih 3,500 pemimpin industri dari lebih 70 negara, mewakili 800 organisasi.


Tema "Keterhubungan Digital Inovatif Hijau" menghimpunkan lebih 200 penceramah untuk meneroka industri yang sedang berkembang pesat ini dan terlibat dalam dialog yang merangsang pemikiran mengenai topik-topik baru muncul termasuk peralihan tenaga, evolusi digital, pelaburan hijau, pengurusan ESG, penyepaduan digital bagi projek-projek kejuruteraan antarabangsa, penyelesaian pertikaian, pengurangan risiko serta keterhubungan infrastruktur serantau. Perbincangan ini bertujuan untuk menyumbang kepakaran dan penyelesaian inovatif China kepada kerjasama infrastruktur antarabangsa, memangkinkan pertumbuhan baharu dalam perkongsian infrastruktur antara China dan negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Jalan serta memupuk kata sepakat dan pandangan demi pembangunan mampan industri infrastruktur global.

Kawasan pameran diperluas sebanyak 60% berbanding tahun sebelumnya, dengan lebih daripada 90% reruai disesuaikan mengikut spesifikasi peserta pameran. Pameran ini memaparkan empat sorotan utama:

  • Penekanan kepada Perlindungan Alam Sekitar Rendah Karbon: Dengan teknologi hijau di barisan hadapan, pameran ini menonjolkan kemajuan terkini dalam tenaga bersih, amalan bangunan hijau, inovasi bahan cekap tenaga, teknik rawatan kumbahan dan kejayaan pelaksanaan bandar pintar;
  • Kepimpinan Inovasi dan Teknologi: Fokus diberikan kepada paparan robot pembinaan, peralatan penderiaan dan pemantauan pintar, sistem penjadualan pintar, teknologi pemanduan autonomi, kaedah pembinaan pintar, bahan kejuruteraan baharu serta penyelesaian bangunan pasang siap;
  • Penyepaduan Digital dan Pemerkasaan Pintar: Pameran komprehensif penyelesaian infrastruktur digital dan aplikasi data raya, pengkomputeran awan dan Internet Pelbagai Benda (IoT) dalam projek-projek kejuruteraan antarabangsa. Ia juga akan mempamerkan amalan terkini dalam transformasi digital untuk pengurusan projek serta pembangunan bandar.
  • Keterhubungan dan Kejayaan Kolaboratif: Menonjolkan projek-projek mercu tanda yang menunjukkan keterhubungan infrastruktur global dan penyertaan China dalam usaha pembinaan bersama di negara-negara dan wilayah-wilayah yang disasarkan oleh Inisiatif Jalur dan Jalan. Ini termasuk pelabuhan, lebuh raya, jambatan, landasan kereta api, lapangan terbang dan projek pembangunan bandar, yang memaparkan kekuatan jenama "Pembinaan China".

Pameran yang berlangsung serentak pada tahun ini di forum ini mengalami peningkatan yang ketara, membangun berasaskan kepada kejayaan yang hebat daripada edisi tahun lalu. Acara ini membawakan barisan peserta pameran dan organisasi mantap terulung, yang terdiri daripada syarikat kejuruteraan yang terkemuka dalam industri termasuk China Communications Construction, China State Construction Engineering Group, China Railway Construction dan banyak lagi. Syarikat-syarikat ini terkenal dengan kehandalan teknologi yang mantap dan keupayaan penyepaduan sumber. Bersama-sama mereka ialah pengeluar peralatan dan komunikasi ulung, seperti Huawei, Caterpillar dan LiuGong, yang mewakili barisan hadapan dalam kecerdasan digital serta teknologi inovasi hijau. Di samping itu, pameran ini turut membawakan delegasi syarikat-syarikat tempatan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa perniagaan dari beberapa wilayah, bagi memperkayakan lagi kepelbagaian dan kedalaman pameran ini.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-15 Forum Pelaburan dan Pembinaan Infrastruktur Antarabangsa yang amat berjaya ini. Sepanjang satu setengah dekad yang lalu, forum ini menarik minat lebih 30,000 hadirin dari seluruh dunia, termasuk lebih daripada 570 di peringkat menteri atau lebih tinggi. Acara ini memangkinkan pembangunan lebih daripada 180 projek infrastruktur antarabangsa, dengan nilai kontrak tergabung melebihi AS$100 bilion. Ia memainkan peranan penting dalam memupuk kerjasama pragmatik dalam pelaburan dan pembinaan infrastruktur antara syarikat-syarikat kejuruteraan China serta negara-negara rakan kongsi yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Jalan.

 

Source: China International Contractors Association
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Utilities Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things