omniture
China Daily
2024-06-24 13:58 66

BEIJING, 24 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Laporan daripada China Daily:

Status China sebagai kuasa besar industri yang terkemuka di dunia akan menjadi lebih ketara dalam era AI, memandangkan teknologi kecerdasan buatan terus maju di China dan pendigitalan industri pembuatan mencapai kemajuan selanjutnya, kata pemimpin perniagaan dan pakar pada hari Jumaat.

Mereka turut berkata pembangunan teknologi pintar di China akan membentuk semula banyak industri dan mencipta lebih banyak peluang pertumbuhan untuk perusahaan di dalam dan luar negara.

Mereka membuat kenyataan ini semasa perbincangan meja bulat "CEO: Grow with China" ("Ketua Pegawai Eksekutif: Berkembang bersama China"), yang diadakan secara bersama oleh China Daily, Jabatan Publisiti Jawatankuasa Perbandaran Tianjin Parti Komunis China serta Biro Perindustrian dan Teknologi Maklumat Tianjin.

Acara ini merupakan acara sampingan Ekspo Kecerdasan Dunia 2024 yang sedang berlangsung, yang dibuka pada hari Khamis di Tianjin.

 "Teknologi AI dan teknologi inovatif (lain) di China akan maju ke arah yang betul," kata Rani Jarkas, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Cedrus Group, yang percaya China akan menjadi peneraju terkemuka dalam bidang ini menjelang tahun 2030 hingga 2035.

 "Amat jelas sekali bahawa berserta pelaburan dalam kapasiti, kami telah menyaksikan pengenalan automasi yang lebih besar, serta aplikasi teknik-teknik pembuatan digital. Kami juga dapat menyaksikannya dalam rantaian bekalan kami di China hari ini," kata Julian MacCormac, pengarah wilayah Rantau Besar China di Rolls-Royce.

Wei Jianguo, bekas naib menteri perdagangan China, berkata sektor pembuatan global ketika ini sedang distrukturkan semula. Sektor ini mara ke arah menjadi lebih digital, pintar dan rendah karbon, serta untuk menyediakan perkhidmatan yang kualiti lebih tinggi.

"Dapat diramalkan bahawa pendigitalan akan terus memperkasa penaiktarafan industri dan pembuatan pintar China. Negara ini dijangka memberi sumbangan baharu kepada kemajuan perindustrian global dan pembangunan ekonomi," kata Zhao Zhongxiu, presiden University of International Business and Economics di Beijing.

Lan Jun, pengurus besar Agela & Phenomenex China, berkata bahawa didorong oleh sokongan kerajaan dan permintaan pasaran, industri pintar China bersiap sedia untuk memainkan peranan yang semakin penting di persada global.

Pemimpin perniagaan dan pakar dalam sesi meja bulat ini membincangkan dengan teliti model baharu dan daya penggerak bagi pembangunan industri pintar dan pembuatan pintar Tianjin. Mereka percaya pembangunan bandar yang berkualiti tinggi akan mewujudkan lebih banyak peluang baik untuk syarikat China mahupun syarikat asing.

Huang Yanxiang, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CarbonNewture, berkata pelabuhan karbon sifar pintar dan taman perindustrian rendah karbon Tianjin merupakan contoh-contoh tipikal penyepaduan amalan mesra alam dan teknologi hijau ke dalam proses pembuatan bagi meningkatkan daya saing.

Baru-baru ini, Cedrus Group melancarkan dana di Kawasan Baharu Binhai Tianjin, untuk memanfaatkan potensi kerjasama pelaburan dalam industri bioperubatan.

The “CEO: Grow with China” roundtable was held Friday as part of the ongoing World Intelligence Expo 2024 in Tianjin.
Zhong Nan, Zhou Lanxu, Zheng Yiran, Ouyang Shijia and Zhuang Qiange contributed to the story
The “CEO: Grow with China” roundtable was held Friday as part of the ongoing World Intelligence Expo 2024 in Tianjin. Zhong Nan, Zhou Lanxu, Zheng Yiran, Ouyang Shijia and Zhuang Qiange contributed to the story

 

Source: China Daily
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news Artificial Intelligence