omniture

Paul G. Allen Komited Tingkatkan Perkhidmatan Komunikasi di Afrika Barat Bantu Bendung Wabak Ebola

Sumbang 10,000 Telefon Pintar Bantu Pengumpulan Data dan Pengenalpastian Keperluan Bantuan Wabak Ebola; Geran untuk NetHope Tingkatkan Ketersambungan Sedia Ada
Paul G. Allen Family Foundation
2014-11-18 00:01 139

SEATTLE, 18 November 2014 /PRNewswire/ -- Dermawan Paul G. Allen mengumumkan hari ini beliau dan Yayasan Keluarga Paul G. Allen akan menyumbangkan lebih 10,000 telefon pintar yang diprogramkan khas ke Afrika Barat bagi mempertingkat pengumpulan data dan juga mengenal pasti keperluan bantuan. Selain itu, En. Allen turut menyumbangkan geran untuk NetHope bagi terus meningkatkan ketersambungan perkhidmatan di seluruh Liberia, Guinea serta Sierra Leone. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan En. Allen berjumlah $100 juta bagi membendung krisis Ebola.

Penghantaran telefon pintar: Telefon pintar akan membolehkan para kakitangan kerajaan dan sukarelawan bantuan kemanusiaan untuk mengumpul data yang andal tentang keberkesanan usaha bantuan pemulihan di kawasan yang terjejas. Telefon tersebut diperoleh hasil daripada gabungan pemberian daripada syarikat selain pembelian oleh Yayasan Keluarga Paul G. Allen.

Data yang diperoleh akan digunakan bagi membantu pertubuhan bantuan persendirian dan kerajaan untuk menilai keperluan mendesak di kawasan terjejas dengan lebih berkesan dan menghantar sumber yang terbaik untuk menangani keperluan tersebut. Misi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Tindak Balas Kecemasan Ebola (UNMEER) meletakkan ketersambungan sebagai antara keutamaan penting dalam usaha menangani krisis Ebola. UNMEER akan melaksanakan penyelesaian jalur lebar di bandar utama bagi memperluas ketersambungan selular. Para pekerja bantuan akan menggunakan telefon tersebut untuk mengumpul maklumat tentang situasi krisis Ebola itu untuk dikongsi bersama Pertukaran Data Kemanusiaan.

Bantuan NetHope: NetHope ialah konsortium yang terdiri daripada 42 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang antara lain, mengkhusus dalam menambah baik perkhidmatan komunikasi teknologi maklumat bersama pertubuhan tindak balas kecemasan dan kemajuan antarabangsa. Sumbangan daripada En. Allen kepada NetHope akan membolehkan Dana Pemecut Ketersambungan (CAF) diwujudkan untuk meningkatkan ketersambungan sedia ada di 45 lokasi; penggunaan sehingga 10 satelit Terminal Apertur Amat Kecil (VSAT) bagi menggalakkan komunikasi di 30 lokasi tambahan; menambahkan kapasiti mudah alih dengan membiayai pelbagai projek sektor swasta jangka pendek; serta bekerjasama dengan para pengendali rangkaian mudah alih untuk menghubungkan kapasiti baharu kepada rangkaian mudah alih sedia ada.

Petikan kata Sokongan:

"Kami memerlukan data yang andal untuk memahami situasi sebenar yang berlaku di kawasan terjejas bagi menangani krisis Ebola," kata En. Allen. "NetHope bekerja rapat dengan PBB dan semua pertubuhan tindak balas yang besar bagi mengenal pasti jurang yang wujud dalam kapasiti komunikasi. Hari ini, kami menyediakan sumber yang diperlukan untuk merangsang komunikasi dan perkhidmatan pengumpulan data bagi membendung wabak Ebola di Afrika Barat dengan lebih berkesan."

"Pelaburan Paul Allen untuk menambah baik komunikasi dan kapasiti pengumpulan data di rantau itu akan memberi manfaat kepada para pekerja bantuan kemanusiaan serta para sukarelawan di kawasan yang paling sukar untuk didatangi," kata Lauren Woodman, Ketua Pegawai Eksekutif NetHope. "Wabak Ebola merupakan kecemasan yang rumit dan En. Allen mempunyai wawasan serta kefahaman yang jelas terhadap kepentingan pengumpulan data yang tepat pada masanya serta sokongan keputusan berpandukan data bagi menangani cabaran krisis pelbagai peringkat itu."

Sumbangan En. Allen Sehingga Kini:

Bermula pada peringkat awal berlakunya wabak itu, En. Allen dan Yayasan Keluarga Paul G. Allen bertumpu pada usaha mencari, membiayai dan turut menyelaraskan penyelesaian strategik yang dapat menangani keperluan paling kritikal bagi mereka yang dijangkiti. En. Allen juga mewujudkan TackleEbola.com bagi menyediakan langkah mudah untuk orang ramai menyumbang kepada pertubuhan tertentu dan membiayai keperluan tindak balas kritikal.

Untuk maklumat lanjut dan senarai lengkap sumbangan En. Allen, sila layari www.tackleebola.com dan ikuti @TackleEbola serta @PaulGAllen melalui Twitter atau Facebook.

Maklumat Perhubungan Akhbar:

Alexa Rudin
Vulcan Inc.
+1-206-342-2230
alexar@vulcan.com

Dana Lengkeek
Burson-Marsteller
+1-415-994-4008
dana.lengkeek@bm.com

Source: Paul G. Allen Family Foundation
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Telecommunications Telecommunications Equipment Not for profit