omniture

JA Solar Cipta Rekod Output Kuasa Melebihi 280W untuk Modul Suria 60 Sel Berbilang-Si

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2014-11-18 00:18 242

SHANGHAI, 18 November 2014 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "Syarikat"), salah satu pengeluar terbesar di dunia bagi produk kuasa suria berprestasi tinggi, mengumumkan hari ini kuasa terkadar bagi modul suria yang siap dipasang dengan 60 sel silikon pelbagai hablur ("berbilang-Si") telah mencapai penanda aras baharu melebihi paras 280 W.

Keputusan yang baru dicapai ini, yang telah disahkan dan diperakui secara bebas oleh Pusat Ujian Shanghai TUV Rheinland Jerman, mencipta rekod melebihi 17.2 peratus kecekapan penukaran yang boleh didapati setakat ini untuk panel PV yang terdiri daripada 60 sel berbilang-Si bersaiz industri biasa (156x156 mm2) dan menggunakan kotak simpang standard tunggal.

"Keputusan terkini bagi kuasa output melebihi paras 280W daripada modul 60 sel berbilang-Si ialah hasil usaha berterusan pihak penyelidikan & pembangunan (R&D) kami berikutan kemajuan JA Solar yang diumumkan baru-baru ini yang berjaya mencapai rekod kecekapan baharu bagi sel suria berbilang-Si," kata En. Jian Xie, presiden JA Solar. "Pencapaian penting baharu ini sekali lagi memperlihatkan kesungguhan JA Solar dalam menghasilkan secara berkesan kos sel dan modul suria berprestasi tinggi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk kuasa suria berprestasi tinggi."

"Kuasa output modul suria dengan rekod terkini yang berjaya kami hasilkan ini dapat terus dipertingkat melalui penalaan teliti proses pemasangan modul kami dan bahan pemerangkapan," En. Yong Liu, Ketua Pegawai Operasi JA Solar berkata lagi. "Sekurang-kurangnya penambahan sebanyak lima watt lagi dapat dilakukan. Ini akan menambahkan nilai signifikan untuk para pelanggan hiliran kami daripada segi meningkatkan penjanaan kuasa dan mengurangkan kos pemasangan."

Latar Belakang JA Solar Holdings Co., Ltd.

JA Solar Holdings Co., Ltd. merupakan pengeluar terkemuka untuk produk kuasa suria berprestasi tinggi yang dapat menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik untuk penjanaan kuasa skala penggunaan kediaman, komersil dan juga kemudahan. Syarikat tersebut ialah salah satu pengeluar terbesar di dunia bagi produk kuasa suria. Tawaran produk yang standard dan berkecekapan tinggi adalah antara yang paling berkuasa dan berkesan daripada segi kos yang terdapat dalam industri ini. Syarikat tersebut juga mengedarkan produk di bawah jenamanya sendiri dan turut menghasilkan produk bagi pihak pelanggannya. Syarikat ini berjaya menghantar produk kuasa suria bernilai sebanyak kira-kira 2.0 GW pada tahun 2013. JA Solar mempunyai ibu pejabat di Shanghai, China dan mengurus kemudahan pengeluarannya di Shanghai, selain wilayah Hebei, Jiangsu serta Anhui. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jasolar.com.

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities