omniture

SHUAA Lapor Hasil AED 188.0 juta dan Keuntungan Bersih AED 40.7 juta pada Sembilan Bulan Pertama 2014

SHUAA Capital
2014-11-18 00:23 109

DUBAI, UAE, 18 November 2014 /PRNewswire/ --

Sorotan penting bagi suku ketiga tahun 2014:

  • Jumlah pendapatan meningkat 31.1 peratus kepada AED 71.8 juta
  • Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada para pemegang saham meningkat kepada AED 26.2 juta
  • Semua bahagian perniagaan menguntungkan, termasuk bahagian korporat
  • Pertumbuhan pendapatan faedah sebanyak 9.3 peratus kepada AED 32.0 juta
  • Pertumbuhan bayaran bersih & komisen sebanyak 63.2 peratus kepada AED 19.4 juta

Sorotan penting sembilan bulan tahun 2014: 

  • Jumlah pendapatan meningkat 40.0 peratus kepada AED 188.0 juta
  • Keuntungan bersih meningkat kepada AED 40.7 juta berbanding kerugian bersih tahun lalu
  • Pertumbuhan pendapatan faedah sebanyak 23.2 peratus kepada AED 94.7 juta
  • Pertumbuhan bayaran bersih dan komisen sebanyak 91.6 peratus kepada AED 54.2 juta

Sorotan penting Kunci Kira-kira:

  • Asas aset stabil AED 1.499 bilion bagi jumlah aset
  • Peningkatan 17.1 peratus daripada segi tunai dan deposit dengan bank kepada AED 221.8 juta
  • Pengurangan 10.0 peratus bagi jumlah liabiliti kepada AED 338.2 juta

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141116/717281)

Lanjutan daripada penerbitan keputusan awal pada 13 Oktober 2014, hari ini SHUAA Capital membentangkan maklumat kewangan yang digabungkan dan diringkaskan interim yang disemak oleh juruaudit, bagi suku ketiga tahun 2014 dan tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2014.

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, bagi suku ketiga, pendapatan meningkat sebanyak 31.1 peratus kepada AED 71.8 juta berbanding AED 54.8 juta seperti yang dilaporkan pada Suku Ketiga tahun 2013. Untung bersih adalah sebanyak AED 26.2 juta, menyaksikan peningkatan sebanyak enam kali jumlah sebelumnya berbanding tempoh yang sama tahun lalu sebanyak AED 3.6 juta.

Untung bersih dan komisen adalah sebanyak AED 19.4 juta, meningkat AED 7.5 juta daripada AED 11.9 juta seperti yang dilaporkan pada Suku Ketiga tahun 2013. Pelaburan dalam dana yang diuruskan SHUAA berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak AED 20.3 juta, suatu peningkatan tahun ke tahun sebanyak AED 8.2 juta. Jumlah perbelanjaan telah dikurangkan sebanyak AED 4.9 juta kepada AED 45.9 juta pada suku ketiga, ketika perniagaan tersebut terus mengurus kos sambil menambahkan hasil.

Pada tempoh sembilan bulan itu, pendapatan adalah berjumlah AED 188.0 juta, suatu peningkatan sebanyak 40.0 peratus daripada AED 134.3 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. Untung bersih yang boleh diagihkan kepada para pemegang saham adalah AED 40.7 juta, berbanding kerugian sebanyak AED 0.96 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

SHUAA mengekalkan kunci kira-kira yang sangat mantap dan kedudukan kecairan yang baik. Setakat 30 September 2014, SHUAA mempunyai wang tunai dan deposit bersama bank yang berjumlah AED 221.8 juta, suatu peningkatan sebanyak 17.1 peratus berbanding pada akhir tahun 2013. Jumlah aset adalah AED 1.499 bilion, meningkat secara berperingkat daripada AED 1.489 bilion pada Disember 2013. Jumlah liabiliti adalah sebanyak AED 338.2 juta, menurun sebanyak 10.0 peratus berbanding pada akhir tahun 2013.

Yang Terutama Sheikh Maktoum Hasher Al Maktoum, Pengerusi Eksekutif SHUAA Capital, mengulas tentang hasil kewangan tersebut:

"Hasil ini memperlihatkan prestasi syarikat yang paling mantap semenjak tahun 2009, daripada segi pendapatan suku tahun dan dalam tempoh sembilan bulan. Kami menyaksikan keuntungan yang besar di seluruh perniagaan tersebut tahun demi tahun dan semua bahagian menunjukkan prestasi yang baik, hasil daripada aktiviti pelanggan yang semakin meningkat. Bayaran dan komisen, yang memperlihatkan perolehan yang lebih berkualiti, telah meningkat dengan ketara hasil daripada prestasi kedua-dua Perbankan Pelaburan dan Pengurusan Aset." 

SUMBER  SHUAA Capital

Source: SHUAA Capital
Keywords: Banking/Financial Service Earnings