omniture

Badan Pentadbiran Mahkamah Timbang Tara Sukan Mengumumkan Ahli Baharu

The International Council of Arbitration for Sport (ICAS)
2014-11-18 06:00 342

LAUSANNE, Switzerland, 18 November 2014 /PRNewswire/ -- Majlis Timbang Tara Sukan Antarabangsa (ICAS) hari ini mengumumkan pelantikan ahli majlis baharu untuk penggal empat tahunnya yang seterusnya, bermula 1 Januari 2015. Undian dijalankan semasa Mesyuarat ICAS ke-42, yang diadakan pada 13 November 2014 di Lausanne, Switzerland.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141118/717233)

ICAS merupakan badan pentadbiran Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan mengurus pentadbiran dan kewangannya. Ia terdiri daripada dua puluh hakim antarabangsa atau peguam yang aktif dalam penghakiman, timbang tara antarabangsa serta pentadbiran sukan. Keahlian ICAS termasuklah enam bekas atlet antarabangsa, empat daripadanya merupakan pemegang pingat Olimpik.

CAS merupakan institusi bebas, berpusat di Lausanne, yang terlibat dalam usaha menyelesaikan pertikaian undang-undang dalam bidang sukan melalui timbang tara dan pengantaraan. Bidang kuasa CAS diiktiraf oleh semua persekutuan sukan Olimpik dan banyak persekutuan bukan Olimpik. CAS mendaftarkan lebih 400 kes setiap tahun.

Selain dua belas ahli yang telah dilantik semula, ICAS mengalu-alukan lapan ahli baharu:


Ahli yang dilantik semula:






 Ahli baharu:










Pn. Tjasa Andree-Prosenc (Slovenia)






Dr. Abdullah Al Hayyan (Kuwait)










En. Patrick Baumann (Switzerland)






En. Scott Blackmun (AS)










En. John D. Coates (Australia)






Cik Alexandra Brilliantova (Rusia)










Cik Moya Dodd (Australia)






En. Miguel Cardenal Carro (Sepanyol)










Yang Berhormat Hakim Nabil Elaraby (Mesir)






Cik Carole Malinvaud (Perancis)










Hakim Ivo Eusebio (Switzerland)






Hakim Yvonne Mokgoro (Afrika Selatan)










En. Michael B. Lenard (AS)






Hakim Wilhelmina Thomassen (Belanda)










Hakim Ellen Gracie Northfleet (Brazil)






Hakim Hanqin Xue (China)










En. Goran Petersson (Sweden)
















En. Richard W. Pound (Kanada)
















Cik Corinne Schmidhauser (Switzerland)

Cik Tricia C.M. Smith (Kanada)















En. John Coates, Presiden ICAS, berkata: "Tarikh ini adalah penting dalam sejarah ICAS, yang bakal mencecah tahun ke-20 kewujudannya. Kesemua lapan ahli ICAS baharu ini mempunyai latar belakang mengagumkan dan pengalaman mereka tentu akan memberi manfaat kepada institusi ini. Saya juga sangat gembira kerana perwakilan geografi ICAS yang meluas diperkukuh, yang menjamin perwakilan wajar bagi budaya juridikal berbeza demi kebaikan Mahkamah Sukan Agung dunia ini. Turut diperhatikan, buat kali pertama, ICAS terdiri daripada bilangan wanita dan lelaki yang sama."

Biografi ringkas ahli yang baru dilantik itu adalah seperti berikut.

Dr. Abdullah Al Hayyan 
Dr. Al Hayyan ialah Profesor Undang-undang di Universiti Kuwait, Ahli Jawatankuasa Etika FINA, Perunding di Partner International Legal Group dengan Kerjasama Baker & Botts dan Ketua Tribunal Timbang Tara Sukan Kebangsaan di Kuwait. Dr Al Hayyan memegang ijazah daripada Universiti Kuwait dan ijazah kedoktoran daripada Universiti Wales.

En. Scott Blackmun
En. Blackmun ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Olimpik AS (USOC) sejak tahun 2010. Sebelum ini, beliau menghabiskan 20 tahun mengamalkan undang-undang sebagai rakan kongsi dalam dua firma antarabangsa yang bertumpu pada bidang sukan dan hiburan. Kemudian beliau menyertai USOC untuk berkhidmat sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (2001), pengarah urusan kanan sukan (2000) dan juga penasihat undang-undang (1999). Pada tahun 2001, En. Blackmun keluar USOC buat sementara waktu dan menjadi Ketua Pegawai Pengendalian Anschutz Entertainment Group sehingga tahun 2009.

Cik Alexandra Brilliantova 
Cik Brilliantova ialah Ketua Jabatan Perundangan Majlis Olimpik Rusia, Presiden Persatuan Undang-undang Sukan Rusia dan Ahli Mahkamah Timbang Tara Sukan Rusia. Sebelum menjadi ahli ICAS, Cik Brilliantova merupakan penimbang tara CAS dan sebahagian daripada Divisyen ad hoc CAS untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi pada tahun 2014.

En. Miguel Cardenal Carro 
En. Cardenal Carro ialah Setiausaha Negara Sepanyol untuk Pendidikan, Budaya serta Sukan, Profesor Undang-undang dan juga Presiden Majlis Tertinggi Sukan. Sebelum menjadi ahli ICAS, En. Cardenal Carro merupakan penimbang tara CAS.

Cik Carole Malinvaud 
Cik Malinvaud ialah rakan kongsi firma undang-undang di Paris, Perancis yang mengkhusus dalam timbang tara antarabangsa, Pengerusi suruhanjaya timbang tara antarabangsa Dewan Perdagangan Antarabangsa Perancis (ICC Perancis) serta Pengerusi Comite Francais de l'Arbitrage. Cik Malinvaud ialah pakar dalam undang-undang komersil antarabangsa dan timbang tara antarabangsa. Beliau memegang ijazah daripada Universiti Paris II dan Fakulti Undang-undang Harvard, serta keahlian dalam badan peguam Paris dan New York.

Hakim Yvonne Mokgoro
Hakim Mokgoro ialah ahli lembaga Pusat Hak Asasi Manusia di Universiti Pretoria dan pengerusi Suruhanjaya Pembaharuan Undang-undang Afrika Selatan. Beliau merupakan bekas hakim Mahkamah Perlembagaan Afrika Selatan, serta hakim dalam pejabat Hakim Besar. Beliau juga mempunyai pengalaman akademik menyeluruh sebagai pensyarah dan profesor madya. Hakim Mokgoro mempunyai ijazah undang-undang daripada Universiti Bophuthatswane dan Universiti Pennsylvania.

Hakim Wilhelmina Thomassen 
Hakim Thomassen ialah perunding undang-undang asasi, Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Majlis Khidmat Nasihat Belanda untuk Hal Ehwal Antarabangsa (AIV) dan Ahli Gantian Suruhanjaya Venice. Sebelum ini, beliau memegang jawatan di Mahkamah Agung Belanda, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah serta Mahkamah Rayuan The Hague. Hakim Thomassen memegang ijazah sarjana dalam Undang-undang Swasta Belanda.

Hakim Hanqin Xue
Hakim Xue ialah hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Naib Presiden dan Ahli Lembaga Persatuan Undang-undang Antarabangsa China serta profesor di Fakulti Undang-undang Universiti Wuhan. Sebelum ini, beliau merupakan ahli Kementerian Luar Negeri China. Hakim Xue memegang ijazah daripada Universiti Beijing dan Universiti Columbia.

Undian bagi jawatan Presiden, Naib Presiden dan juga Presiden Divisyen ICAS serta timbalan mereka akan diadakan pada Mei 2015.

SUMBER  Majlis Timbang Tara Sukan Antarabangsa (ICAS)

Source: The International Council of Arbitration for Sport (ICAS)
Keywords: Publishing/Information Service Sports Personnel announcements