omniture

Praj Peroleh Pesanan Rs. 235 Crore Kelincir Proses Minyak & Gas untuk Projek Petrobras di Brazil

Praj Industries Limited
2014-11-18 08:30 169

PUNE, India, 18 November 2014 /PRNewswire/ -- Praj Industries, syarikat penyelesaian proses global, telah memperoleh pesanan bernilai Rs.235 crore bagi kelincir proses minyak & gas untuk Petrobras, syarikat multinasional Minyak & Gas senarai Fortune 500 yang berpangkalan di Brazil.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121106/573460 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141117/717310 )

QGIT, kontraktor utama bagi projek Petrobras di Brazil, telah dianugerahkan dengan pesanan kelincir melalui Praj. Melalui projek ini, Praj akan menyediakan kejuruteraan, perolehan dan juga pembuatan kelincir secara terperinci berserta semua peralatan yang berkaitan. Berat satu kelincir adalah antara 50 hingga 150 tan. Beberapa unit kelincir adalah bersaiz besar dan berbilang tingkat.

Praj akan menghasilkan kelincir proses ini seperti mana keperluan kod ASME dan Brazil di unitnya di Kandla SEZ (Zon Ekonomi Khas), yang terletak di Gujarat, India.

Pada kesempatan ini, En. Pramod Chaudhari, Pengerusi Eksekutif, Praj Industries berkata, "Pesanan ini amat berprestij untuk Praj dan untuk Perniagaan Baru Muncul bagi Peralatan & Sistem Proses Kritikal (CPES). Ia membuka peluang kepada perniagaan CPES Praj dalam pasaran Amerika Latin. Perniagaan etanol milik Praj sudah mantap di Amerika Latin sejak dua dekad lalu dengan memperoleh bahagian pasaran yang signifikan. Pelaburan kami dalam kemudahan pembuatan tambahan di Kandla semakin membuahkan hasil. Praj juga semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama bagi peralatan & sistem proses dalam sektor hidrokarbon."

Perniagaan Peralatan dan Sistem Proses Kritikal Praj:

Praj memulakan perniagaan Peralatan dan Sistem Proses Kritikal (CPES) pada tahun 2009, memanfaatkan kelebihannya dalam kejuruteraan dan pembuatan peralatan & sistem kilang siap guna serta tugasan memasang siap yang berkualiti tinggi dan juga kritikal.

Praj menawarkan Peralatan & Sistem Proses Kritikal untuk pelbagai jenis aplikasi di seluruh industri seperti minyak & gas, bahan kimia, baja dan sebagainya.

Praj berkebolehan mereka bentuk dan menghasilkan peralatan statik serta kelincir proses mengikut pelbagai piawai global, lalu memberikannya kelebihan daya saing. Perniagaan CPES milik Praj telah membekalkan Peralatan dan Kelincir ke lebih 15 negara di serata dunia sejak 5 tahun lalu. Praj mempunyai empat kemudahan pembuatan serba lengkap yang dapat berhubung dengan sangat baik ke Pelabuhan dan Lebuh Raya.

Bagi tugasan memasang siap berat, kemudahan pembuatan khusus telah ditubuhkan di Kandla SEZ dengan beberapa kedai berasingan untuk memasang siap keluli tahan karat dan keluli karbon. Kemudahan ini beroleh pensijilan Cap U dan U2 ASME dan diluluskan oleh sejumlah besar Pelanggan pada peringkat global hasil daripada penyumberan globalnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.praj.net.

Pertanyaan media:

Vinati Moghe
Naib Presiden, Korporat
vinatimoghe@praj.net

Sohini Dam
Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat
sohinidam@praj.net

Suman Sharma
Metigon Enterprises
suman.sharma@metigon.com

Sumber: Praj Industries Limited

Source: Praj Industries Limited
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Contracts