PARIS, 25 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Tanggal 21 Jun, Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Perancis 2024 dan edisi kedua Jerayawara Perancis Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) telahpun diadakan di ibu negara Perancis. Acara itu berlangsung serentak dengan lawatan delegasi perniagaan China yang diketuai oleh Ren Hongbin, Pengerusi Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT). Penceramah-penceramah utama melibatkan Ren Hongbin; Jean-Pierre Raffarin, bekas Perdana Menteri Perancis dan Pengerusi Foundation Prospective and Innovation; Caroline Penard, Pengurus Besar Dewan Perniagaan dan Industri Perancis di China (CCIFC); Xiao Liang, Pengerusi CCIFC; dan André Chieng, Naib Presiden Jawatankuasa Perancis-China.
Ren Hongbin, Chairman of the China Council for the Promotion of International Trade, Cited Numerous Examples of Supply Chain Alliances and Mutually Beneficial Cooperation between China and France, Expressing Hope that Companies from Both Nations Will Leverage Their Respective Advantages to Unlock Potential Cooperation.
En. Ren berbicara mengenai integrasi mendalam dan kekuatan pelengkap antara China dan Perancis, dengan memetik banyak contoh berhubung pakatan rantaian bekalan yang berjaya dan kerjasama yang saling menguntungkan. Beliau menyatakan bahawa komuniti perniagaan merupakan kedua-dua arkitek dan penerima manfaat daripada hubungan China-Perancis, menyatakan harapan bahawa syarikat dari kedua-dua negara akan memanfaatkan kelebihan masing-masing, meluaskan kerjasama yang berpotensi dan memperbesar skop kepentingan bersama. Beliau menggalakkan penyertaan Perancis yang lebih besar dalam CISCE Kedua yang akan datang bagi meningkatkan kolaborasi rantaian bekalan China-Perancis dan menstabilkan rantaian bekalan global.
En. Raffarin menekankan hubungan erat antara China dan Perancis sejak mereka menjalin hubungan diplomatik 60 tahun yang lalu, menonjolkan pelaburan besar oleh perniagaan Perancis di China dan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala yang boleh dicontohi. Beliau menekankan kepentingan meningkatkan persefahaman dan kepercayaan bersama bagi merangsang pertumbuhan ekonomi global.
Cik Penard menyatakan sokongan CCIFC untuk meningkatkan penglibatan Perancis dalam Ekspo ini untuk terus memupuk kerjasama serta inovasi. Semasa berlangsungnya forum ini, eksekutif korporat China dan Perancis berkongsi kajian kes mengenai perkongsian perindustrian dan rantaian bekalan, meneroka tema memperkukuh kerjasama serta memajukan perkongsian industri untuk menjamin rantaian bekalan yang stabil dan cekap.
China International Exhibition Center Group, penganjur bagi CISCE ke-2, menandatangani perjanjian dengan beberapa perniagaan dan organisasi Perancis di acara ini. Hampir 300 eksekutif daripada syarikat-syarikat China dan Perancis mengambil bahagian.
CISCE kedua, yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 30 November 2024, di Beijing, akan membawakan kawasan pameran untuk pembuatan termaju, kenderaan pintar, pertanian hijau, tenaga bersih, teknologi digital, kehidupan sihat serta perkhidmatan rantaian bekalan. Persediaan sedang berjalan lancar, dengan pendaftaran yang kukuh baik daripada syarikat-syarikat China mahupun antarabangsa.
Sila kunjungi https://en.cisce.org.cn/ dan https://en.prnasia.com/mediaroom/23651-0.shtml untuk maklumat lanjut.