omniture

Pusat Data EDGNEX oleh DAMAC mengumumkan Pelaburan Pusat Data 20MW di Bangkok

EDGNEX Data Centres By Damac
2024-06-26 02:54 61

BANGKOK, 25 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pusat Data EDGNEX oleh DAMAC, penyedia infrastruktur digital global dan sebahagian daripada DAMAC Group, telah mengumumkan pengembangan terkini di rantau APAC dengan membangunkan pusat data terkini di Bangkok. Pengumuman itu dibuat semasa kehadiran EDGNEX di acara DCD Connect Asia Pacific – Bali 2024. Fasa pertama pusat data kolokasi Tahap 3 berbilang tingkat seluas 19,000 meter persegi dijadualkan akan beroperasi menjelang tahun 2026, menandakan langkah penting dalam meningkatkan keupayaan digital di seluruh rantau ini. Usaha baharu ini menegaskan komitmen berterusan EDGNEX untuk menyokong transformasi digital pesat yang sedang dijalankan di negara-negara APAC.

EDGNEX Data Centres by DAMAC announces 20MW Data Centre Investment in Bangkok
EDGNEX Data Centres by DAMAC announces 20MW Data Centre Investment in Bangkok

Dalam APAC, pasaran pusat data Thailand dijangka akan berkembang dengan ketara, didorong oleh pelaburan besar negara tersebut dalam pembangunan bandar pintar, analisis data raya dan integrasi IoT. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat, merangsangkan daya saing ekonomi dan meletakkan Thailand sebagai peneraju dalam inovasi digital di rantau ini.

Hussain Sajwani, Pengasas dan Pengerusi DAMAC Group, berkata: "Pengumuman dan kemasukan kami ke Thailand tiba pada masa yang strategik, mengiktiraf peningkatan permintaan untuk infrastruktur data yang andal untuk memacu cita-cita di Thailand dan memupuk ekosistem digital yang teguh. Di seluruh APAC dan pada peringkat global, kami terus mencari pasaran yang berkembang pesat dan berpotensi apabila kerajaan mempunyai visi yang kukuh yang sejajar dengan pertumbuhan dan visi kami sendiri sebagai perniagaan dan sebagai Kumpulan."

Kemudahan EDGNEX yang baharu ini ditempatkan secara strategik di kawasan utama Rama 9 CBD, Bangkok. Terletak di sekitar Bursa Saham Thailand dan pusat data antarabangsa sedia ada, Pusat Data EDGNEX berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan perniagaan dengan ketersambungan luar biasa, kependaman minimum bagi operasi tempatan dan global. Menampilkan akses dua jalan dan kesalinghubungan yang sangat baik ke Lebuhraya Si Rat, kemudahan ini akan merentangi dua bangunan. Bangunan pertama, dijadualkan beroperasi pada tahun 2026 akan menawarkan output sebanyak 10MW, diikuti dengan tambahan 10MW di bangunan kedua, memastikan pertumbuhan berskala besar bagi memenuhi permintaan perniagaan yang semakin meningkat. Pusat data ini akan memenuhi profil pelanggan yang pelbagai, termasuk runcit, borong dan nod pinggir hiperskala, memastikan perkhidmatan yang cekap untuk pelbagai keperluan perniagaan.

Danish Nayar, Naib Presiden Kanan (SVP) Pelaburan dan Pengambilalihan, DAMAC Capital, menambah: "Pengembangan kami ke Thailand merupakan peristiwa penting dalam strategi APAC kami. Dalam era yang dicirikan oleh pertumbuhan pesat data, dipacu oleh AI, pusat data baharu ini akan menjadi aset kritikal yang bersedia menyokong ekosistem digital Thailand yang semakin berkembang. Kemudahan ini akan menangani permintaan yang semakin meningkat untuk infrastruktur digital yang teguh."

Pengembangan di Bangkok ini berikutan pengumuman EDGNEX yang dilakukan baru-baru ini mengenai pusat data di Jakarta, Indonesia, yang mengukuhkan lagi kehadiran syarikat itu di rantau APAC. Pelaburan berterusan EDGNEX dalam pusat digital generasi akan datang sejajar dengan matlamat syarikat yang lebih luas untuk meningkatkan ketersambungan digital dan kecekapan operasi di seluruh rantau ini, membuka jalan untuk masa depan yang lebih berintegrasi secara digital.

Maklumat Tentang EDGNEX

EDGNEX ialah syarikat infrastruktur digital global yang beribu pejabat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Ini ialah anak syarikat milik penuh DAMAC Group. EDGNEX menyediakan asas untuk inovasi tempatan di seluruh dunia dan mengganggu pasaran pusat data dengan kelajuan dan ketangkasan baharu. Syarikat tersebut secara proaktif membina, membeli, atau menjadi rakan kongsi bagi memenuhi gelombang permintaan seterusnya untuk perkhidmatan pusat data.

Ke Mana Sahaja Kita Pergi, Pasti Ada yang Mengikuti (Where We Go, Others Follow).

www.edgnex.com 

Butiran Hubungan:
Jai Tolani
Pengarah Kanan, Komunikasi Korporat
+971 55 82 11998
jai.tolani@damacgroup.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2446265/EDGNEX_Data_Centres_by_Damac.jpg?p=medium600

Source: EDGNEX Data Centres By Damac
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion