omniture

Desa Shicheng di Daerah Wuyuan - Destinasi Pelancongan Paling Terkenal di China bagi Menikmati Keindahan Daun Maple

Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
2014-11-18 21:58 209

WUYUAN, China, 18 November 2014 /PRNewswire/ -- Pada bulan November, daun maple yang kemerah-merahan warnanya dan kabus pagi yang melatari pokok Chinaberry yang berwarna merah menyala dengan ginkgo yang berwarna kuning keemasan, merupakan landskap semula jadi luar biasa yang telah mengubah Desa Shicheng di Daerah Wuyuan kepada suatu tempat yang amat indah. Kawasan ini telah memenangi gelaran "Destinasi Pelancongan Maple Paling Terkenal di China." Pemandangan musim luruh telah berjaya menarik hampir 10,000 pengunjung ke Wuyuan pada setiap hujung minggu sejak penghujung Oktober lalu.

Pictures of Shicheng Village in Wuyuan County As They Appeared on the Large Screen Overlooking New York’s Time Square.
Pictures of Shicheng Village in Wuyuan County As They Appeared on the Large Screen Overlooking New York’s Time Square.

Daerah Wuyuan, yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Jiangxi, terletak di bahagian timur China. Menerusi ekologi semula jadi yang mengagumkan dan warisan sejarah yang lama, kawasan tersebut terkenal sebagai "Negeri Paling Indah di China." Ia telah lama diketahui sebagai tempat untuk menikmati keindahan bunga di rantau itu yang berkembang mekar pada musim bunga, sukan air pada musim panas, melihat kecantikan daun maple yang berwarna merah pada musim luruh serta menghayati tradisi dan cerita rakyat di kawasan itu pada musim sejuk. Antara kesemua tarikan itu, daun maple merah pada musim luruh mendapat paling banyak tarikan daripada pengunjung tempatan mahupun pelancong yang datang dari jauh bagi menyaksikan keindahan tersendiri itu. Landskap yang jelas berbeza daripada rumah tradisional berdinding putih yang dihiasi jubin hitam dengan berlatarkan kawasan hutan maple merah telah menjadi tarikan untuk ramai jurugambar amatur dan pelancong yang berkunjung ke kawasan perkampungan tersebut saban tahun. Desa Shicheng telah acap kali dipilih sebagai "Destinasi Pelancongan Paling Terkenal bagi Menikmati Keindahan Daun Maple di China" serta "Syurga untuk Jurugambar Amatur" oleh pihak akhbar China.

Dengan sejumlah besar peminat fotografi yang dijangka akan mengunjungi perkampungan tersebut dan mengambil gambar daun maple merah serta landskap di sekelilingnya, Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd. tidak lama lagi akan memulakan kempen pelancongan dengan tema – "Nikmati keindahan kampung halaman kami – jadilah antara mereka yang dapat menikmati musim luruh di Wuyuan." Kempen tersebut terdiri daripada beberapa acara yang telah dirancang termasuk lawatan musim luruh, parti perkhemahan, paparan filem kampung, pertandingan fotografi dan juga sukan musim luruh yang akan diadakan di kawasan perkampungan maple paling terkenal di Shicheng, Jiangling serta Yantian.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141117/0861408610-b

Source: Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
Keywords: