omniture

Khidmat Selama Tiga Dekad untuk Industri Bebas Cukai & Perniagaan Pelancongan Global

TFWA
2014-11-19 03:26 277

CANNES, Perancis, 19 November 2014 /PRNewswire/ -- Selepas perkhidmatan selama tiga dekad untuk industri bebas cukai & perniagaan pelancongan, Persatuan Dunia Bebas Cukai(TFWA) mampu berpuas hati dengan sumbangannya terhadap pertumbuhan 1000 peratus daripada segi jualan global, daripada USD $6 bilion pada tahun 1985 kepada USD $60 bilion tahun lalu, dan menyokong industri ini menempuh pelbagai keadaan yang amat mencabar.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/72762513-30th-duty-free-travel-retail-summit

Sebagai pertubuhan keahlian bukan berasaskan keuntungan yang berkhidmat menggunakan cogan kata 'melalui perdagangan, untuk perdagangan', TFWA mengadakan pameran perdagangan bebas cukai & perniagaan pelancongan pertamanya di Nice pada tahun 1985 dan seterusnya beralih ke Palais des Festivals et des Congrès, Cannes dan sejak itu, acara tahunan tersebut terus diadakan di situ.

Ketika Pameran & Persidangan Dunia TFWA ke-30 melabuhkan tirainya, TFWA menyatakan jumlah pengunjung sekali lagi melangkaui jangkaan, dan berjaya mengatasi jumlah kehadiran berbanding semua acara lain dalam sejarah Persatuan tersebut.

"Kami amat berpuas hati dengan acara keseluruhan sekali lagi pada tahun ini," ulas Erik Juul-Mortensen, Presiden TFWA. "Kebanyakan gerai pameran bagi syarikat yang terlibat dalam pameran ini amat cemerlang, kandungan persidangan serta bengkel juga sangat mendidik, jumlah perniagaan yang dijalankan adalah mengagumkan dan suasana umum pula adalah amat positif. Angka pengunjung yang memberangsangkan memperlihatkan industri bebas cukai & perniagaan pelancongan ini semakin berkembang. Saya berharap ini dapat menjelaskan keyakinan saya yang kita akan mencapai kemajuan perniagaan yang hebat pada beberapa tahun yang akan datang. Mudah-mudahan kita akan beroleh peningkatan jualan global sebanyak sepuluh kali jumlah sebelumnya dalam tempoh tiga dekad akan datang."

Sejumlah 6,701 pengunjung daripada 3,105 syarikat hadir pada acara tersebut, yang diadakan di Palais des Festivals et des Congrès bermula pada Ahad 26 Oktober hingga Jumaat 31 Oktober, pertambahan sebanyak 6 peratus berbanding tahun 2013. Daripada jumlah itu, 2,132 pengunjung (32 peratus) merupakan "pembeli utama" – pengendali bebas cukai & perniagaan pelancongan dan juga pemilik lapangan terbang, syarikat penerbangan, feri dan syarikat perkapalan, kedai bebas cukai di sempadan serta di pusat bandar. Pertambahan ejen dan pengedar ke dalam angka ini menghasilkan sejumlah 4,511 eksekutif jualan berpengaruh daripada 1,750 syarikat.

Pelawat perdagangan ini hadir untuk berurus niaga dengan 471 syarikat yang terlibat dalam pameran, 45 daripadanya merupakan syarikat yang baru terlibat atau kembali semula mengadakan pameran, bagi memaparkan beribu-ribu produk.

Butiran acara akan datang boleh didapati di http://www.tfwa.com.

SUMBER  TFWA

Source: TFWA
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Retail Travel Not for profit