SHANGHAI, 27 Jun 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, akan mempersembahkan penyelesaian inovatif dan kes kejayaan dalam ketersambungan, kuasa pengkomputeran, pendigitalan industri dan peranti terminal di MWC Shanghai 2024, komited untuk membina asas kukuh dengan penyelesaian pengkomputeran pintar tindanan-penuh dan senario-penuh.
ZTE highlights building solid foundations with full-stack intelligent computing solution at MWC Shanghai 2024
Selain daripada pameran, ZTE akan mengambil bahagian dalam pelbagai forum, berkongsi pandangan mengenai topik sohor kini, termasuk AI, 5G, pendigitalan dan sebagainya. Sementara itu, syarikat ini akan menganjurkan satu siri acara pelancaran, mempamerkan produk 3D tanpa cermin mata berkuasa-AI dan Nebula Telecom Large Model.
Berpegang teguh kepada strategi "ketersambungan + pengkomputeran", ZTE menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem dinamik bersama rakan kongsi industri, menekankan keterbukaan serta penyahgandingan. Melalui inovasi yang berterusan, ZTE berusaha untuk membawakan masa depan pintar.
Kuasa Pengkomputeran: Pengkomputeran Pintar Tindanan-Penuh sebagai Asas Cekap
ZTE menyediakan penyelesaian pengkomputeran pintar tindanan-penuh dan senario-penuh yang melibatkan kuasa pengkomputeran, rangkaian, keupayaan, kecerdasan dan aplikasi. Dengan siri pelayan penuh, produk storan berprestasi tinggi, rangkaian tak hilang dan pusat data hijau, ZTE mencipta enjin yang mantap untuk pusat pengkomputeran pintar yang pelbagai.
Ketersambungan: Era Baharu Pengalaman 10Gbps
Bersama-sama rakan kongsi industri, ZTE terus meneroka inovasi dalam teknologi 5G-A merentas senario dan industri yang berbeza, serta memperkasa perkhidmatan B2B dan B2C baharu yang terpelbagai berdasarkan kepada pengalaman 10Gbps+. Sementara itu, ZTE juga menerajui teknologi OTN global dan memacu secara aktif evolusi ketersambungan semua-optik, membina rangkaian 10Gbps untuk bandar dan memperkasa kehidupan pintar berdasarkan pengkomputeran pintar.
Industri: Penumpuan Fizital untuk Pembangunan Inovatif
ZTE mencadangkan penyelesaian "infrastruktur pengkomputeran pintar + Digital Nebula," yang memudahkan inovasi fizital dan meningkatkan produktiviti dalam era pintar. ZTE membangunkan beratus-ratus projek teladan dalam sektor-sektor utama dan ZTE Digital Nebula 3.0 menjadi "otak super" pendigitalan industri, bagi membolehkan pelanggan dan rakan kongsi industri memupuk ekosistem yang mampan dan pintar.
Peranti Mudah Alih ZTE: Ekosistem Pintar Senario-Penuh AI 3.0
Dengan strategi produk "AI buat Semua", ZTE melancarkan rangkaian penuh peranti AI, termasuk telefon pintar, tablet, komputer riba, PC dan produk internet mudah alih, dikhususkan untuk membina Ekosistem Pintar Senario-Penuh AI 3.0. Muncul sebagai pelopor dalam PC awan, ZTE memiliki kumpulan pengguna global seramai lebih 3 juta.
Untuk maklumat lanjut mengenai sorotan ZTE di MWC Shanghai 2024, sila kunjungi: https://www.zte.com.cn/global/about/news/zte-highlights-building-solid-foundations-with-full-stack-intelligent-computing-solution-at-mwc-shanghai-2024.html
PERTANYAAN MEDIA:
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn