omniture

Vantage Connect dinobatkan sebagai "Pelaksanaan Perdagangan Terbaik" di Global Forex Awards - B2B 2024 buat kali kedua

Vantage
2024-06-27 16:41 12

LONDON, 27 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Connect, operasi institusi Vantage UK, dengan bangganya berjaya meraih anugerah "Pelaksanaan Perdagangan Terbaik" di Global Forex Awards - B2B 2024, untuk tahun kedua berturut-turut. Anugerah ini menonjolkan komitmen Vantage Connect dalam menyampaikan perkhidmatan pelaksanaan perdagangan yang unggul dalam sektor dagangan tukaran mata wang asing B2B.

Vantage Connect dinobatkan sebagai "Pelaksanaan Perdagangan Terbaik" di Global Forex Awards - B2B 2024 buat kali kedua
Vantage Connect dinobatkan sebagai "Pelaksanaan Perdagangan Terbaik" di Global Forex Awards - B2B 2024 buat kali kedua

Global Forex Awards - B2B, kini memasuki tahun kelimanya, meraikan syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi dan inovasi yang luar biasa dalam penyelesaian dagangan forex B2B. Anugerah ini, yang dianjurkan oleh Holiston Media, memberi penghormatan kepada syarikat-syarikat yang menetapkan piawaian industri dan cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan.

David Shayer, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage UK, mengulas, "Kami berbesar hati menerima anugerah 'Pelaksanaan Perdagangan Terbaik'. Di Vantage Connect, kami mempunyai pasukan berdedikasi yang focus untuk memantau dan menambah baik persekitaran perdagangan kami yang membolehkan kami menawarkan pelaksanaan pantas pada spread rendah kepada pelanggan institusi. Anugerah ini mengesahkan sekali lagi dedikasi kami untuk memperkasakan institusi-institusi kewangan dan firma-firma bagi merebut peluang pasaran dengan yakin."

Dengan komitmen terhadap inovasi dan kecemerlangan, Vantage Connect terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri dagangan forex B2B. Syarikat ini kekal komited untuk menyampaikan nilai dan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan institusinya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vantage Connect dan perkhidmatan pelaksanaan perdagangannya yang memenangi anugerah, sila kunjungi connect.vantagemarkets.co.uk.

Latar Belakang Vantage UK
Vantage UK (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan pantas dan hebat untuk memperdagangkan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage UK melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan.

berdagang lebih bijak @vantage

https://www.vantagemarkets.co.uk/ 

Amaran risiko: CFD dan Spread Bets ialah instrumen kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 73.5% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila memperdagangkan CFD dan Spread Bets dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan Spread Bets berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Sila dapatkan nasihat bebas jika perlu.  

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology