omniture

Kajian Global Zebra Technologies Mengesan Perkembangan Momentum Internet Perkara dalam Perusahaan

Zebra Technologies Corporation
2014-11-19 09:00 151

- Syarikat menyatakan IoT merupakan inisiatif teknologi transformatif bagi dekad ini menurut kajian bebas

LINCOLNSHIRE, Illinois, 19 November 2014 /PRNewswire/ -- Zebra Technologies Corporation (NASDAQ: ZBRA), peneraju global bagi produk dan perkhidmatan yang menyediakan kebolehlihatan masa nyata terhadap aset organisasi, individu dan urusniaga, hari ini mengeluarkan keputusan tinjauan yang menunjukkan kebanyakan pembuat keputusan syarikat memahami dan berada dalam proses untuk menggunakan Internet Perkara (IoT) sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan mereka. Forrester Consulting menjalankan kajian yang dimulakan pada November 2014 bagi pihak Zebra Technologies, dan meninjau pembuat keputusan IT serta perniagaan dalam hampir 600 syarikat global dalam industri peruncitan, produk pengguna, pembuatan, pengangkutan, kerajaan, minyak/gas, rawatan kesihatan dan juga hospitaliti. Kepakaran Zebra dalam kebanyakan industri ini telah berkembang melalui pengambilalihan perniagaan Motorola Solutions' Enterprise pada Oktober 2014.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141117/159115-INFO

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140731/132232

Zebra merintis penyiasatan awal terhadap kefahaman dan kadar penggunaan IoT dalam perusahaan menerusi kajian tahun 2012 bertajuk "Membina Nilai daripada Kebolehlihatan," yang menentukan dasar untuk penggunaan IoT global dalam perniagaan. Salah satu titik data menunjukkan terdapatnya peningkatan dalam penggunaan IoT sejak dua tahun lalu yang menandakan hanya 15 peratus syarikat yang ditinjau menerima pakai IoT pada tahun 2012 – jumlah ini meningkat kepada 25 peratus pada tahun 2014.

DAPATAN UTAMA

  • Syarikat global mengiktiraf peranan transformasi oleh penyelesaian IoT. Lebih 80 peratus daripada syarikat yang ditinjau yakin penyelesaian IoT akan menjadi inisiatif teknologi paling strategik untuk organisasi mereka dalam satu dekad. Syarikat ini memilih penyelesaian IoT sebagai langkah untuk menangani pelbagai cabaran strategik, operasi dan juga perniagaan.
  • Momentum penggunaan penyelesaian IoT yang kuat dalam kalangan syarikat global. Hampir 65 peratus syarikat yang ditinjau menggunakan atau berusaha untuk menerima pakai penyelesaian IoT. Terdapat juga momentum penggunaan IoT yang kuat di seluruh dunia, dengan lebih 70 peratus daripada syarikat di Asia Pasifik menggunakan penyelesaian IoT, atau dalam proses untuk menerima pakai penyelesaian IoT. Bandar, bangunan serta infrastruktur baharu di kebanyakan negara Asia Pasifik telah menghasilkan kadar penggunaan mantap ini. Apabila dibuat perbandingan, 60 peratus syarikat di Amerika Utara, 52 peratus syarikat di Eropah dan 71 peratus syarikat di Amerika Latin berada pada peringkat penggunaan penyelesaian IoT yang sama.
  • Wi-Fi, pengesan lokasi masa nyata serta pengesan sekuriti merupakan unsur penting penyelesaian IoT. Daripada semua syarikat yang ditinjau, 83 peratus mengenal pasti infrastruktur Wi-Fi dan teknologi mengesan lokasi masa nyata sebagai asas yang penting atau amat penting untuk penyelesaian IoT. Teknologi pengesan untuk memantau aset dan keadaan persekitaran juga dikenal pasti sebagai unsur teknologi yang penting atau amat penting oleh lebih 80 peratus syarikat global.
  • Pengalaman pengguna yang lebih baik dikenal pasti sebagai kelebihan perniagaan utama yang dibantu oleh IoT. Hampir separuh daripada syarikat yang ditinjau mengenal pasti pengalaman pelanggan yang lebih baik merupakan salah satu daripada lima kelebihan utama apabila menggunakan penyelesaian IoT. Pengoptimuman rantaian bekalan, kebolehlihatan, pencegahan kehilangan serta kecekapan kos juga dikenal pasti sebagai antara lima kelebihan utama oleh 44 peratus hingga 46 peratus syarikat yang ditinjau.

PETIKAN KATA SOKONGAN

Anders Gustafsson, Ketua Pegawai Eksekutif, Zebra Technologies

"Sepanjang dua tahun lalu, terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk organisasi mendapatkan gambaran penuh operasi perniagaan mereka. Saya yakin hasil tinjauan ini jelas memperlihatkan perusahaan dalam industri utama pada peringkat global menerima pakai penyelesaian Internet Perkara bagi melengkapkan perusahaan mereka dengan risikan dan data masa nyata untuk menjadi lebih pintar dan lebih terhubung. Di Zebra, kami yakin IoT dan penyelesaian kebolehlihatan dapat membantu perniagaan untuk mencapai tahap kecekapan baharu dan menyediakan nilai lebih hebat untuk para pelanggan."

SUMBER SOKONGAN
Laman Web:
blogs.zebra.com/forrester
Facebook: Zebra Technologies
Twitter:
@ZebraTechnologies

Latar Belakang Zebra Technologies

Zebra (NASDAQ: ZBRA) menjadikan perniagaan sepintar dan terhubung seperti mana dunia masa kini. Penyelesaian kebolehlihatan dan penjejakan oleh Zebra mengubah keadaan fizikal kepada digital, menghasilkan aliran data yang diperlukan perusahaan untuk memudahkan operasi, mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan mereka dan turut memperkasa tenaga kerja mudah alih mereka. Untuk maklumat lanjut, layari www.zebra.com/possibilities.

©2014 ZIH Corp. Zebra, grafik bahagian kepala Zebra dan logo Zebra Technologies merupakan tanda dagangan ZIH Corp, didaftarkan pada pelbagai bidang kuasa di seluruh dunia. Hak cipta terpelihara. Kesemua tanda dagangan lain ialah hak milik pemilik masing-masing.

Maklumat Perhubungan Media:
Therese Van Ryne
Zebra Technologies
+1-847-370-2317
therese.vanryne@zebra.com

Maklumat Perhubungan Penganalisis Industri:
Carolyn Buerger
Zebra Technologies
+1-224-316-0066
carolyn.buerger@zebra.com 

Source: Zebra Technologies Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:ZBRA
Related Links:
Keywords: Internet Technology Survey, Polls & Research