omniture

Mercuria Memeterai Kemudahan Kredit Pusingan Asia Bernilai $1.0 Bilion USD

Mercuria
2014-11-20 02:31 129

SINGAPURA, 20 November 2014 /PRNewswire/ -- Sekumpulan 38 bank bergabung dengan Mercuria Energy Group Ltd. (Mercuria), kumpulan tenaga dan komoditi global, bagi mengumumkan kejayaan memeterai perjanjian kemudahan kredit Asia bernilai USD 1 bilion.

Bank yang terdiri daripada Australia and New Zealand Banking Group Limited, The Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ, Ltd., DBS Bank Ltd., Emirates NBD Capital Limited, First Gulf Bank PJSC, Cawangan Singapura, Industrial and Commercial Bank of China Ltd, ING Bank N.V., The Royal Bank of Scotland plc, Société Générale Corporate & Investment Banking serta Sumitomo Mitsui Banking Corporation berperanan sebagai Pengatur Utama Mandat dan juga Pengendali Tempahan (Bookrunner).

Kemudahan tersebut, yang dimeterai pada 18 November 2014, terdiri daripada tranche baharu untuk 364 hari berjumlah USD 622 juta dengan pilihan 'swingline' dan Renminbi China Luar Pesisir (CNH) serta tranche pusingan tiga tahun bernilai USD 378 juta. Kemudahan tersebut disediakan untuk Mercuria Energy Trading Pte. Ltd. dan Mercuria Asia Group Holdings Pte. Ltd.

Mercuria akan memanfaatkan kemudahan tersebut untuk tujuan korporat am dan untuk membiayai semula kemudahan kredit pusingan yang sedang matang milik Kumpulan tersebut bernilai USD 530 juta untuk 364 hari dan USD 470 juta untuk tiga tahun bertarikh 30 November 2013.

Kemudahan baharu itu dilancarkan pada 17 September dengan mengadakan mesyuarat bersama bank di Dubai, Shanghai, Taipei dan juga Singapura, serta mencatatkan lebihan langganan yang signifikan, lebih 60 peratus melebihi jumlah yang dilancarkan pada peringkat awal.

"Kami amat berbesar hati dengan hasil yang mantap daripada lebihan langganan dan 38 bank yang menyatakan komitmen untuk kemudahan ini," jelas Guillaume Vermersch, Ketua Pegawai Kewangan Mercuria. "Jumlah bank baharu di pelbagai lokasi, serta kumpulan bank terkemuka Pengatur Utama Mandat Pengendali Tempahan dan Pengatur Utama Mandat yang lebih luas memperlihatkan kekuatan sindiket dan keyakinan berterusan rakan niaga kami terhadap model perniagaan Mercuria, selain tarikan yang mantap oleh kemudahan tersebut. Kami berharap dapat terus bekerja rapat bersama kumpulan perbankan kami."

Bank berikut menyertai Pengatur Utama Mandat dan Pengendali Tempahan melalui pensindiketan am:

Pengatur Utama Mandat
Al Ahli Bank of Kuwait
Arab Petroleum Investments Corporation (APICORP)
The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited
Mizuho Bank, Ltd
Cooperatieve Centrale Raiffeisen-Boerenleenbank B.A. (Rabobank International)
Standard Chartered Bank

Pengatur Utama
Banco do Brasil AG
Bank of China Limited
BNP Paribas
Indian Bank
Oversea-Chinese Banking Corporation Limited
State Bank of India
Westpac Banking Corporation

Pengatur
Commonwealth Bank of Australia
CTBC Bank Co., Ltd.
Garanti Bank International
Hang Seng Bank Limited
Indian Overseas Bank
Qatar National Bank
UBS AG
United Overseas Bank Limited

Pengatur Bersama
The Bank of East Asia, Limited
Mashreqbank psc
Mega International Commercial Bank Co., Ltd.
Raiffeisen Bank International AG
Union National Bank PJSC

Pengurus
Union de Banques Arabes et Françaises
Zenith Bank (UK) Limited

Latar Belakang Mercuria

Mercuria merupakan kumpulan tenaga dan komoditi terkemuka. Dengan perolehan sebanyak USD 112 bilion pada tahun 2013, Mercuria yang memberi tumpuan utama kepada tenaga, berada dalam seluruh rantaian nilai komoditi melalui aktiviti yang membentuk gabungan seimbang antara aliran komoditi dan aset strategik. Lebih 1,000 individu menjalankan tugas daripada pejabat di seluruh dunia bagi mengekalkan jangkauan perniagaan Kumpulan yang luas menerusi pengetahuan, kepelbagaian dan pengalaman terhadap pasaran.

Kepakaran Mercuria terdiri daripada semua segmen pasaran tenaga, termasuklah produk alam sekitar yang berkaitan dan turut merangkumi bijih besi, barang kering pukal, logam asas dan juga petrokimia.

Kumpulan ini turut melabur dalam aset minyak, gas serta perlombongan arang batu huluan di serata dunia. Pelaburan ini mengukuhkan kehadiran Mercuria yang terus berkembang sebagai peneraju utama dalam pasaran global.

Kumpulan ini juga mengekalkan keupayaan infrastruktur yang mantap, termasuk terminal simpanan produk minyak petroleum dan juga aset pengeluaran. Kemudahan logistik, simpanan serta pengadunan milik Mercuria membolehkan kami menyediakan pelbagai jenis produk tepat pada masanya dan di mana-mana sahaja di dunia.

Baru-baru ini, Mercuria telah menyelesaikan pengambilalihan perniagaan komoditi fizikal J.P. Morgan Chase & Co., yang seterusnya mempelbagaikan pilihan perkhidmatan untuk ditawarkan kepada para pelanggannya dan rakan niaga di samping mengimbangi kedudukannya pada peringkat global.

SUMBER  Mercuria

Source: Mercuria
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Corporate Expansion Financing agreements