omniture

Nomad Temporary Housing Membuka Pejabat Serantau Asia Pasifik di Hong Kong

Nomad Temporary Housing
2014-11-20 10:16 149

HONG KONG, 20 November 2014 /PRNewswire/ -- Nomad Temporary Housing, yang merupakan peneraju global daripada segi penyelesaian perumahan sementara, dengan bangganya mengumumkan pembukaan pejabat serantaunya di Asia Pasifik. Terletak di kawasan Causeway Bay Hong Kong, pejabat ini menyediakan pilihan pangsapuri khidmat yang berkualiti di seluruh rantau ini untuk pelanggan Nomad yang semakin meningkat jumlahnya di Asia Pasifik, di samping pelanggan Amerika Syarikat yang sudah tetap.

Pejabat serantau ini mengendalikan semua aspek penyampaian perkhidmatan di seluruh Asia Pasifik, termasuk India, China, Australia, Jepun dan juga Asia Tenggara. Melanie Pilz, naib presiden pengendalian Asia Pasifik (APAC) mengetuai pejabat ini sebagai veteran dalam industri penempatan semula. Beliau membawa pengalaman selama 12 tahun untuk Nomad dan yang paling terkini sebagai pengarah operasi global di Brookfield Global Relocation Services di Hong Kong dan Shanghai.

"Perluasan luar biasa Nomad di seluruh dunia didorong oleh pelanggan semasa yang meminta Nomad untuk mewujudkan operasi di Asia Pasifik," kata Gavan James, presiden dan ketua pegawai eksekutif untuk Nomad Temporary Housing. "Pembukaan ini juga menyusuli pejabat baharu kami di London, yang menyediakan perkhidmatan di rantau EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika)." Selain itu, naib presiden eksekutif Nomad, Karl Thuge berkata, "Model kami ialah satu-satunya model penyampaian pilihan yang tidak berat sebelah sepenuhnya, yang membawa bersama-sama pelbagai jalan penyelesaian pangsapuri khidmat yang boleh didapati pada peringkat global. Kami mempunyai lebih 300 hartanah empat dan lima bintang di seluruh rantau APAC, semua ini ditawarkan di bawah naungan syarikat perkhidmatan bertaraf dunia. Semua bangunan jenama terkemuka ini, mempunyai pelbagai kemudahan, serta menawarkan penginapan jangka pendek dan jangka panjang yang berkualiti. Berbanding penyedia rangkaian yang turut mengurus jenama tertentu, kami bebas untuk menawarkan penyelesaian perumahan yang terbaik, tanpa sikap berat sebelah, kerana kami tiada hubungan kewangan dengan mana-mana bangunan atau apa jua jenama dalam pasaran tertentu. "

Nomad Temporary Housing, yang berpangkalan di San Diego, California ialah penyedia terkemuka bagi pangsapuri sementara, pangsapuri khidmat serta penyelesaian hotel penginapan lanjutan di seluruh dunia. Nomad memanfaatkan pelbagai rakan kongsinya untuk menawarkan 79,000 pangsapuri dan beribu-ribu lagi bilik hotel mewah kepada pelanggan di lokasi yang mereka perlukan, dengan pilihan yang diingini. Pelanggan utama kami melaporkan penyampaian perkhidmatan Nomad mengatasi penyampaian perkhidmatan apa jua jenama perkhidmatan penginapan khidmat global yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nomadtemphousing.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Gavan James di talian + 1-619-313-4300 atau gjames@nomadtemphousing.com

Source: Nomad Temporary Housing
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Corporate Expansion