SHANGHAI, 20 November 2014 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini menganjurkan Sidang Kemuncak Perikatan Penyelesaian eLTE keduanya di Shanghai berdasarkan tema "eLTE untuk Industri Terhubung Lebih Baik". Diasaskan oleh Huawei pada Februari 2014, Perikatan Penyelesaian eLTE menggalakkan penggunaan teknologi LTE profesional merentasi industri. Sidang kemuncak itu menghimpunkan hampir 300 pakar termasuk wakil daripada pertubuhan industri yang pakar dalam piawai penyaluran, penganalisis, rakan industri serta wakil pengguna dari China dan seluruh dunia.
En. David Wang, Presiden Rangkaian Produk Wayarles, Produk dan Penyelesaian, Huawei, memulakan acara sidang kemuncak itu dengan ucap utamanya yang bertajuk 'Sikap Terbuka, Kerjasama dan Menang-menang – eLTE untuk Industri Terhubung Lebih Baik'. "Huawei yakin teknologi LTE 4G ialah teknologi yang ideal untuk industri tertentu yang menggunakan jalur lebar mudah alih," kata En. Wang. "Dengan menawarkan sokongan berbilang frekuensi dan seni bina terbuka, penyelesaian penyaluran jalur lebar eLTE daripada Huawei telah digunakan oleh begitu banyak industri dan projek di seluruh dunia, bagi membantu membina dunia yang lebih terhubung. Huawei akan terus berusaha bersama rakan kongsi kami bagi menghasilkan penyelesaian inovatif dan melaksanakan strategi pemasaran bersama untuk mewujudkan ekosistem industri yang menggalakkan."
Sidang kemuncak tahun ini menyaksikan sejumlah 26 anggota baharu menyertai Perikatan Penyelesaian eLTE termasuk syarikat terkemuka industri seperti China Railway Eryuan Engineering Group Co. Ltd, Casco Signal Ltd., Getac (Su Zhou) Mobile Ltd., serta O3b Networks. Jumlah anggota Perikatan Penyelesaian eLTE berjaya mencecah 56 syarikat di sidang kemuncak itu.
Berkenaan kepentingan perkongsian industri, En. Patrick Zhang, Presiden Pemasaran dan Penyelesaian, Jabatan Produk dan Penyelesaian, Huawei, berkata, "Dalam tempoh lima tahun akan datang, Huawei berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsinya dan seluruh ekosistem teknologi perusahaan untuk mewujudkan peluang pasaran eLTE bernilai $10 bilion. Bagi mencapai sasaran ini, Huawei akan membantu rakan kongsi dengan menyediakan kit pembangunan perisian perusahaan (eSDK) kepada mereka, sokongan pembangunan dalam talian, kerjasama makmal terbuka, pemasaran bersama serta pelan insentif jualan (SIP) yang turut merangkumi diskaun tunai untuk rakan kongsi."
En. Miao Wei, Timbalan Pengurus Besar, Nanjing Commway Wireless Network, berkata, "Nanjing Commway Wireless Network dan Huawei menggunakan sistem penyaluran jalur lebar digital multimedia berasaskan eLTE yang pertama di dunia di Nanjing yang meliputi kawasan metropolitan di bandar ini pada tahun 2013. Pada Ogos 2014, penyelesaian eLTE Huawei menyediakan siri perkhidmatan berprestasi tinggi di Sukan Olimpik Remaja Musim Panas yang diadakan di Nanjing. Pada masa hadapan, Nanjing Commway akan terus bekerjasama dengan Huawei bagi mewujudkan perkhidmatan baharu berdasarkan rangkaian eLTE sedia ada di bandar Nanjing untuk menyokong perkhidmatan awam kerajaan dan pengurusan harian."
Menjelang penghujung suku ketiga tahun 2014, Huawei menandatangani 66 kontrak rangkaian LTE khusus industri dan menggunakan 20 rangkaian komersil khusus industri berasaskan eLTE. Di samping itu, Huawei memainkan peranan penting dalam menetapkan piawai penyaluran jalur lebar global. Sejak tahun 2010, 546 cadangan daripada Huawei telah diterima oleh piawai teras LTE 3GPP. Dengan 25 peratus daripada jumlah cadangan diterima pada peringkat global, Huawei menerajui industri ICT dengan cadangan piawai teras LTE 3GPP yang paling diterima ramai.
Penyelesaian eLTE Huawei adalah selaras dengan piawai Komunikasi Penyaluran Jalur Lebar (B-TrunC) berasaskan LTE, yang diguna pakai pada 11 November oleh Sektor Radiokomunikasi International Telecommunication Union (ITU-R) bagi menyokong inisiatif Perlindungan Masyarakat dan Bantuan Bencana (PPDR). Di China, Huawei turut menggunakan penyelesaian eLTE piawai B-TrunC sebagai sebahagian daripada projek e-Kerajaan Nanjing dan Tianjin.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak Perikatan Penyelesaian eLTE 2014, sila layari: http://enterprise.huawei.com/topic/elte_summit_2014_en/index.html
-Tamat-
Latar Belakang Huawei
Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka dengan wawasan untuk memperkaya kehidupan melalui komunikasi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Huawei secara dalam talian: www.huawei.com
Maklumat Perhubungan Media
Selina Xing
Tel: +86-755-8924-7615
E-mel: xingziyue@huawei.com
SUMBER HUAWEI