omniture

Penghantaran kumulatif modul 210mm melebihi 260GW, dengan tujuh daripada 10 pembuat modul terkemuka keluarkan modul jenis-n 210mm

Trina Solar Co., Ltd
2024-07-08 08:43 36

CHANGZHOU, China, 8 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Menurut TrendForce, menjelang suku pertama tahun ini penghantaran kumulatif bagi modul 210mm (termasuk 210R) melebihi 260GW. Jelas sekali bahawa modul jenis-n 210mm muncul sebagai pilihan utama dalam pasaran, dengan tujuh daripada 10 pembuat modul terkemuka mengeluarkan modul jenis-n 210mm.

TrendForce menyebut bahawa menjelang akhir tahun ini pengembangan kapasiti pengeluaran untuk wafer format-besar akan terus dipercepatkan, dengan kapasiti diunjurkan mencapai 1,174GW, menyumbang sebanyak hampir 99% daripada bahagian pasaran, lantas menguasai pasaran. Khususnya, kapasiti pengeluaran untuk wafer 210mm (termasuk 210R) telahpun mencapai 457GW, menyumbang sebanyak 38.46% daripada jumlah keseluruhan.

Wafer segi empat tepat, yang dimulakan oleh Trinasolar pada tahun 2022, menjadi inovasi utama untuk syarikat-syarikat yang menyasarkan untuk meningkatkan kecekapan modul. Penembusan pasaran bagi wafer segi empat tepat 210R dijangka dipercepatkan bermula daripada separuh kedua tahun 2024.

Menurut TrendForce, bahagian kapasiti pengeluaran untuk sel format-besar akan menghampiri 99% menjelang tahun ini, dengan kapasiti pengeluaran sel format-besar mencapai 1,549GW. Dalam tempoh ini, kapasiti pengeluaran keseluruhan untuk sel 210mm akan mencapai 1,296GW, mewakili bahagian pasaran sebanyak 82.66%.

TrendForce meramalkan bahawa kapasiti pengeluaran untuk sel jenis-n akan mencapai kira-kira 1,078GW, atau 68.8%, menjelang akhir tahun ini. Daripada nilai ini, kapasiti pengeluaran untuk sel TOPCon akan mencapai kira-kira 909GW, menyumbang sebanyak 58% daripada pasaran sel jenis-n. TrendForce meramalkan bahawa bahagian pasaran global untuk modul jenis-n akan meningkat dengan ketara, daripada 26.22% pada tahun lalu kepada 68.93% tahun ini.

Kapasiti pengeluaran untuk modul format-besar akan mencapai 1,365GW pada tahun ini, dengan bahagian pasaran mencecah 96.7%, menurut TrendForce. Khususnya, kapasiti pengeluaran untuk modul 210mm akan mencapai 1,105GW, menyumbang sebanyak 78.3%. Dari segi penghantaran, modul format-besar dijangka dipercepatkan, menyumbang sebanyak lebih 85% daripada pasaran. Menjelang suku pertama tahun ini penghantaran kumulatif bagi modul 210mm (termasuk 210R) telahpun melebihi 260GW.

Tujuh daripada 10 syarikat terkemuka mengeluarkan modul jenis-n 210mm, mempercepatkan langkah bagi mencapai kuasa melebihi 700W. Antara syarikat-syarikat ini, Trinasolar merupakan yang pertama mengeluarkan modul TOPCon melebihi 700W secara besar-besaran dan memulakan Perikatan Ekologi Inovasi Terbuka PV 700W+ (700W+ PV Open Innovation Ecological Alliance) bagi memacu kemajuan ini. Trinasolar mengumumkan bahawa penghantaran kumulatif bagi modul 210mm melebihi 120GW menjelang suku pertama tahun 2024, mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju global.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research